Sunday, May 8, 2011

Kek POLKA DOT

assalam...haaaa...akhirnye ada kesempatan cheFa wat kek polka dot...walaupun chefa xpandai shot gambar tp yg penting rasanye...hehehehehe...xper,nnt cheFa bljar fotografi...ni lah kek cheFa...



500gm biskut tunjuk (stick biscuits)
250gm mentega
4 biji telur
1/2 tin kecil Susu pekat manis
2 sudu besar Gula pasir
1 botol kecil Browning sugar
2-3 sudu makan Horlick
2 sudu besar Milo
2 sudu besar Susu tepung

Cara membuatnya:
1. Mentega, gula dan telur dipukul sehingga sebati. (blh blend@guna shaker)

2.Kemudian masukkan susu pekat, browning sugar, horlick, milo dan susu tepung. Gaul sehingga sebati.

3.Kemudian masukkan adunan tadi ke dalam kuali dan kacau di atas api yang sederhana.

4.Apabila adunan agak pekat, tutupkan api. Biarkan sejuk sekejap barulah dimasukkan roti tunjuk dan gaul rata.

5.susun adunan biskut tadi satu persatu di dalam bekas SQUARE yang telah dilapik dengan kertas plastik. Susun memanjang dan tekan kuat-kuat supaya ianya padat. Buat begini sehingga adunan habis.

6.simpan dalam peti sejuk hingga diperlukan. Potong melintang untuk menampakkan corak polka dotnya.

Actually resepi ni sama cm wat kek batik sarawak..bezanya yg tu guna biskut marrie..klu x dpt cari biskut jari yg plain,guna yg bersalut coklat pn jadi gak..wat hantaran bertunang@kawen pn blh..ikt keartiviti masing2..save budget kan?