Saturday, June 4, 2011

Yong Tau Foo

Assalam...cheFa tonton TV suria td..tgk program Boommz..ala2 Jln2 Cari Mkn kt TV3 tu..hati tertarik dgn menu Fruit Yong Tau Foo..tp xde lk resepinya dlm tenet.jumpa resrpi ni..Sos dia ala2 Ampang Yong Tau Foo...

Kuah:
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
10 tangkai cili kering
gula melaka
bijan goreng
gula(kalau kurang manis)
1 s.k garam
3 cm belacan
300 ml air
1 sudu besar minyak
1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
sedikit ajinomoto
Cara-cara

Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
 masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang.

Sos:

Sos Hitam
Bahan-bahan:
200 g taucu hitam (dikisar)
1 cawan air
1/2 cawan kicap pekat
1 sudu makan minyak masak
1/2 sudu makan tepung jagung (dicampur bersama sedikit air)
gula secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak, masukkan taucu kisar & tumis sekejap.
2. Masukkan air, kacau seketika & biarkan mendidih
3. Masukkan kicap dan kacau
4. Masukkan gula & pekatkan sos dgn campuran tepung jagung tadi.

Sos Pedas
Bahan-bahan:
20 biji cili merah (dibuang biji & dikisar)
1 cawan air
2 sudu makan bijan
2 sudu makan kacang tanah (digoreng tanpa minyak & ditumbuk)
1 sudu makan tepung jagung (dicampur bersama sedikit air)
garam, gula & cuka secukup rasa
2 sudu makan sos plum

Cara menyediakan:
1. Masak air hingga mendidih.
2. Masukkan cili, kacau sekejap & biar hingga cili masak.
3. Masukkan cuka, sos plum, garam & gula secukup rasa.
4. Masukkan campuran tepung jagung.
5. Akhir sekali, tabur bijan & kacang tanah ke dalam sos.

Sup Yong Tau Foo(utk rebus bhn2 yong tau foo)
Bahan-bahan:
2 cawan air
1 kiub ayam
Bebola/fishcake (bahan-bahan yong tau foo)
Garam & gula secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Didihkan air.
2. Masukkan kiub ayam maggi & kacau hingga larut.
3. Masukkan bebola/fishcake & masak hingga timbul.
4. Keluarkan bebola/fishcake.
5. Masukkan garam & gula secukup rasa.

Friday, June 3, 2011

Tauhu sumerdang ala cheFa

Tauhu-potong 4
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Serbuk secukup rasa Knor
Telur-di pukul

Cara2:
Campur sume bahan & gaul(jgn smp tauhu pecah!)
Perap dlm peti sejuk slama semalaman..
Goreng dgn api sederhana...
Pastu,mkn......

Pssstt:buat grg tempe pn sedap..tp klu guna tempe yg balut daun tu,hiris2 nipis2 baru rangup...

Wednesday, June 1, 2011

Udanh oh-tai

Udang oh-tai

Bahan2:
A:
Sejumlah udang secukupnya-bersihkan
1/2 paket rempah kari dgg
Garam secukupnya
2sudu daun basil kering
B:
1 inci halia di ptong halus memanjang
1 mangkuk sos bawang putih thai

Cara2:
1. Gaulkan semua bahan A perap 1/2 jam.
2. Goreng udang smpai masak.
3. Keluarkan dari kuali dan toskan minyak.
4. Tumis halia dan masukkan sos dan campur sekali dengan udang.

Sedap.....

Tuesday, May 31, 2011

Sambal berlado & ayam penyek ala cheFa

Sambal berlado
Resepi ni blh disajikan bersama dengan lauk-pauk masakan Padang. Juga blh dijadikan pelengkap lauk yang dibakar dan digoreng. Contohnya AYAM PENYEK...

BAHAN:
15 biji cili merah 
10 biji bawang merah
½ sdt serbuk perasa
½ sdt garam halus
1 sdm gula pasir
50 ml air
2 sdm air limau kasturi
5 sdm minyak 

CARA MEMBUAT:
1. Belah dua memanjang cili merah,  tumbuk kasar. Tumbuk kasar juga bawang merah.
2. Panaskan minyak goreng, lalu tumis cili merah dan bawang merah hingga layu dan naik bau.
3. Tambahkan serbuk perasa, garam, dan gula pasir.
4.  Tambahkan air dan air limau nipis, kacau smp mendidih. Angkat dan sajikan.

Untuk Ayam
Bahan A:
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)- guna air ni jgk utk masak nasi

Bahan B:
½ sudu besar Jintan Manis*
½ sudu besar Jintan Putih *
3 sudu besar Biji Jintan Manis* sangar
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang Putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam

Bahan C:
Minyak masak untuk menggoreng.

Cara2:
1. Blend sume bahan B.
2. Gaulkan pada ayam yg telah direbus..perap semalaman.
3. Goreng dlm minyak yang banyak..
4. Angkat ayam dan toskan..gunakan pisau yg paling besar yg ada kt dapur tu utk penyekkan ayam..

Psstt:agak2 xde pisau,guna lesung batu pn blh kot...he3

Cokkodok healthy

1 cwn tepung gandum
4sudu oat
4sudu nestum
1biji telur
2 biji pisang-potong membulat&nipis2
2 sudu gula
Secubit garam 
Air secukupnye

Cara2:

1.Campur semua bahan..masukkan air secujupnya cm nak buat jemput2..
2.Panaskan minyak..campak kan adunan td..ikutlah nk pakai tgn @ pn sudu..
3.Angkat n toskan minyaknya..

*blh mkn begitu saja atau cicah gulai smlm yg dh dipnskan..

Tips:tok minah cheFa ajar,klu nk cokkodok kita jd bulat cantik kita kna buat dgn sabar coz jgn letak byk2 sekali gus dlm minyak..n mesti sentiasa kacau..kompen jd bulat2 cantik...

roti Lapez daging


·                     3 biji kentang di potong dadu
·                     500gm daging cincang
·                     1 biji bawang besar
·                     3 ulas bawang putih
·                     1 sudu besar serbuk kari 
·                     1 sudu besar sos tomato 
·                     2 sudu besar sos cili 
·                     3 sudu makan minyak untuk menumis
·                     12-14 keping roti
·                     500ml susu segar
·                     3 biji telor
·                     secubit garam 
·                     Parutan cheese (banyak ikut suka) 
·                     Sedikit marjerin untuk melenser
Cara-cara
1.                   Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam+sos tomato+sos cili.
2.                  Satukan Susu+telor+ garam.
3.                  Pukul susu+telor+garam hingga sebati.
4.                  Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi.
5.                  Ramas-ramaskan kesemua roti tadi.
6.                  lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit marjerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas.
7.                  Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti.
8.                  Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
9.                  Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka).
10.               Bakar dengan api sederhana selama 30-45 mins atau sampai lidi tak lekat.
11.                Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka.
12.               Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos. 

* ni ala2 resepi puding roti...

Monday, May 30, 2011

DAGING CABE HIJAU


ni lak resepi kedua...dari indonesia

bahan2 nyer:

600 gm daging
10 biji cili padi*
3 biji cili hijau*
1 batang serai
2 sudu ketumbar biji*
1 sudu jintan kecil*
1 sudu jintan besar*disangar dan ditumbuk kasar2

2 labu bawang besar *
6 ulas bawang putih* disangar dan di blend dgn sedikit air

1@2 keping asam
garam&gula merah secukup rasa
1 keping daun limau purut..

cara2:

1. Goreng daging yg telah di potong nipis2 dalam minyak yang banyak hingga betul2 masak. Tapis kan minyaknya.
2. Kluarkan minyak dan tinggalkan utk menumis jer.
3. Tumis bawang yg telah di blend td bersama serai yg telah diketuk hingga naik bau dan masukkan rempah dan cili yang ditumbuk kasar tadi.
4. Goreng hingga garing baru masukkan daging.
5.Tambahkan dgn gula merah secukup rasa,masak sebentar.
6. Tambahkan garam.
7. Potongkan halus2 daun limau purut.gaul dan hidangkan..

*mungkin nampak cerewet masakan ni coz kena sangar hampir sume bahan..tp hasil nya pasti sehebat penyediaannya...cik abang makan dah x toleh kiri kanan dah...lasat sekali dengar burp...yg panjang... cheFa pun tersenyum panjang...ALHAMDULILLAH...

DUMIS CAMPUR

assalam frens...
ari ni bru terasa like in heaven..coz dpt masak dgn tenang n happy skali...ye la..after kesibukan melampau dgn urusan kerja n anak2....
ari ni cheFa masak Dumis Campur..resepi dari Brunei..if org brunei tgk resepi ni x mcm the ori resepi org brunei..kira halalkan je lah...
resepi ni after di tilik, di belek2 cam sayur campur kita jer cuma dia tambah belacan jer...

ni resepinya:

2 bungkus tauhu telur
sedikit isi ayam
sayur-sayuran yg ada kt dapur
1 sudu belacan serbuk
2 ulas bwg putih di cincang utk menumis
1 biji cili merah dipotong menyerong utk menumis
1 biji telur

cara2:
1. Masukkan minyak 2 sudu n biarkan panas
2. Tumis bwg putih n cili merah
3. Masukkan ayam goreng hingga masak
4. masukkan sayur
5. Keluarkan sume bahan yg telah di goreng..
6. Tambahkan sedikit air dan biarkan hingga mendidih, masukkan serbuk belacan
7. Pecahkan telur dan kacau hingga telur berketul2 halus
8. Tambahkan garam dan perasa,masukkan semula sayur n ayam yg telah digoreng td..
    SIAP...

*klu cukup rasa masin,manis...kompen lazat...

Sunday, May 29, 2011

Apam sesukehati...

3 biji telur(jgn ambil telur dri peti sejuk,nnt telur yg di pukul ssh nk kembang)
200 gm gula icing (boleh kurangkan jika tak suka manis)
275 gm tepung gandum*
3 sudu teh baking powder* (diayak bersama tepung gandum)
150gm susu segar (fresh milk) cheFa ganti dgn susu sejat
1 sudu teh ovallete
Filling blueberry/strawberry/kaya secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna & Esen Vanilla

Cara-cara

1.Pukul telur dan gula hingga kembang dgn kelajuan maxima selama 10 minit.
2. Masukkan susu BERSELANGSELI dengan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul perlahan dengan mixer. Tambah esen vanilla & Ovallette ,pukul lagi sehingga sebati dan nampak adunan akan berubah texture menjadi gebu .
3.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ,titiskan pewarna mengikut citarasa
4.Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
5.Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas(anggaran 1/2 acuan) yang telah disusun didalam acuan lompang. *blh guna acuan tart , acuan apam..boleh je mana2..asalkan berlapik
6.Picitkan blueberry filling secukupnya
 7.Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan(atau ikut sukehati-cam cheFa hehehehe) dengan warna pilihan
8.Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit
Jangan buka api besar semasa mengukus. Nanti merekah
9.Boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka.

*tu sbb nama apam ni APAM SESUKAHATI coz design kt atas apam tu ikut sedap ati je cheFa buat)