Saturday, August 13, 2011

Kuih siput pedas

600gram tepung gandum
2 oz marjerin
10 tangkai cili kering(cheFa guna cili boh-dlm 1 1/2 sudu besar dh cukup utk rasa pedas2 sikit)
3 pelepah daun kari (cheFa dh try,rasanya klu pelepah 2 kecik ltk xtra pn xpe..bru terasa)
1 biji telur ayam
1 cawan teh air
1 sudu teh penuh garam halus
minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1. tepung gandum dan marjerin digaul rata dengan menggunakan tangan dan diketepikan.

2. cili kering yang dibuang biji ditumbuk dan ditambah padanya daun kari yang dibuang urat daunnya, tumbuk sehingga hampir lumat.

3. cili kering dan daun kari yang telah ditumbuk dibancuh bersama air, garam dan telur kemudiannya dituang ke dalam adunan tepung tadi, diuli sehingga rata.

4. Jika adunan agak keras, tambah air sedikit-sedikit, jika agak lembik tambah gandum sedikit sedikit, terus menguli hingga adunan menjadi lembut dan sekata.

5. doh digentel bulat-bulat berdiameter lebih kurang 1 cm, kemudian digelek di atas acuan kuih siput (siput yg dh digelek ltkkan atas tudung periuk yg ditabur tepung...bila dh byk trus goreng) -part ni xde dlm blog yg cheFa tiru tu,so permulaannya cheFa getel byk2 dlm mangkok tp sume melekat2.so terpaksa gentel semula dgn letakkan atas tudung periuk)

6. selepas siap ia digoreng dengan minyak yang banyak dibalik-balik agar masak sekata.

7.  Kuih siput sudah masak apabila kelihatan keperang-perangan, diangkat dan ditoskan

Friday, August 12, 2011

Famous amos chocoChip

Ni resepi yg dh lama cheFa cari..akhir nya ketemu juga...



Bahan-bahannya:

1 cawan mentega @ 227 g
 3/4 cawan gula halus
1 cawan gula perang
2 biji telur
1 sk esen vanila
2 cawan tepung serbaguna
1 sk soda bicarbonat
1 sk baking powder
2 1/2 oat blend tp jgn halus sangat
 1 1/2 cawan coklat chip
1/2 sk garam
1 cawan coklat bar(apa2 brand pn blh)
2 biji telur
1 1/2 cawan kekacang almond @ pecan @ walnut yang telah dicincang
(panaskan sekejap dlm oven)

Cara membuatnya: 

1.Pukul mentega dan kedua-dua gula sehingga kembang. 
2. Masukkan telur dan vanila dan pukul lagi. 
3. Masukkan tepung, oat, garam, baking powder dan soda bikarbonat. 
4. Masukkan choc chips, choc bar dan kacang. Gaul rata.
5. Bulatkan atau sudukan dan letak di atas dulang pembakar dengan jarak 2 inci. 
6. Bakar selama 10-12 minit dengan suhu 160C. 
7. Sejukkan dahulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara

Thursday, August 11, 2011

Biskut Oat Salju

Ni resepi biskut raya ke dua yg cheFa nk buat.ni febret ank2...biskit ni blh buat bersama2 sebagai aktiviti keluarga..masing2 nnt guna acuan kegemaran dia orang...hehehe...

Bahan-bahannya :
250 grm oat
430 grm tepung gandum
230 gram gula caster
11/2 sudu makan cocoa powder
200 grm minyak sapi Ghee
125 grm mentega
susu tepung secukup utk salut.
Cara-caranya :

1. Satukan semua bahan kecuali susu tepung. Adun hingga sebati dan lembut.

2. Ambil adunan terap ikut acuan kesukaan. Bakar dalam oven 160c hingga masak.

3. Biarkan ia betul-betul sejuk baru salut dengan susu tepung tadi.

4. Simpan dalam bekas kedap udara.

Golden rainbow flakes


Assalam...cheFa dh start bau jiran2 cheFa membakar kuih raya..mulalah cheFa pun gatal2 tangan..tahun ni nak buat GRF(golden rainbow flakes)..dh dpt tempahan pn.so b4 start cuti sekolah kena lh siapkan tempahan..


Bahan-bahannya :
2 cawan cornflakes
1/3 cawan gula pasir
90 gram mentega
2 sudu besar madu
1peket badam cincang(panaskan dlm oven utk kekalkan kerangupannya)
1/2 peket cerry hijau n merah
Cawan kertas - bersaiz kecil - secukupnya

Cara Membuatnya :
1. Panaskan gula pasir, mentega dan madu hingga cair di atas dapur.
2. Masukkan cornflakes dan digaul rata. Tutup api.
3.Masukkan badam n cerry. Gaul sehingga rata.
4.Kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam cawan kertas sebelum dibakar.
5.Bakar sehingga kuning keemasan - 150 darjah celsius - 10 minit.

Nasi kerabu

Assalam..ni resepi feberet dr "adik" cheFa-cik mek klate..cik nick...mmg sgt2 cheFa suka..sdgkan dulu2 cheFa x pernah jamah pn nasi kerabu ni (cheFa ni pelik,klu x pernah rasa sesuatu makanan tu,mmg payah nk try)..tp nasi kerabu cik nick ni je cheFa mkn...jom tgk bahan2nye..

Bahan2&cara2:


1 Bwg putih*
1 Bwg besar*
1inciLengkuas*
7biji Lada kering* tumis
2-3 btg Serai
Budu secukupnya(1/4botol)
Asam kpg
Garam gula
Rm 1.50Santan

Tumis smp garing 
Masuk santan kacau
Masukkan serai,budu,gula ,grm,asam kpg..
Reneh smp naik minyak

1/2 biji Kelapa parut-goreng & ramas smp hancur
1 bwg besar
1sudu lada hitam
5ekor ikan selayang direbus,amek isi n tumbuk
2btg Serai ditumbuk
Gula mekaka sikit

1/2kg dgg
1sudu besar soda bikabonat
Jintan manis,putih,ketumbar
Bwg besar,bwg putih,serai
Sos tiram,garam n gula melaka
(perap dgn dgg 2-3 jam)0

Potong ulam2
Telur masin

Masak nasi dgn 3 daun limau purut
Pastu gaulkan sume..

Tuesday, August 9, 2011

French toast OMLAYU..


Assalam..haaa... Nama french toast omlayu terhasil sbb yg masak ni org melayu (cheFa lg tu)...apa pn nama nya janji mudah n sedap..

Bahan2:
6 kpg roti
3biji telur
1/4 cawan susu segar
Garam secukupnya
1sk daun basil kering
1sk serbuk lada hitam
1/2sk serbuk HILAL(serbuk sesedap rasa tu..)

Cara2:
1.pukul semua bahan kecuali roti
2.panaskan kuali leper & lenserkan dgn butter..
3.celup roti dlm telur hingga betul serap..
4.panggangkan atas kuali leper
5.Bla dh nmpk coklat2 kalernya terbalikkan..

Klu telur tu betul serap dlm roti,roti tu akn jadi lembut n fluffy..

Psssttt:blh mkn dgn pisang(gulung dlm roti),kaya,jem atau madu...

Monday, August 8, 2011

Mee Kuah Pantai Murni


Assalam..ni resepi turun temurun  keluarga cheFa..dulu ummi cheFa pernah buka gerai makan kt tepi Pantai Murni,Yan..ni mmg mee feberet cheFa dulu kini dan selamanya...
Jom tgk bahan2 & cara2 nya...

Bahan2:

1kg Mee kuning
(cheFa gantikan dgn speghetti coz hubby cheFa xleh mkn mee kuning)
3ulas bwg merah }
2ulas bwg putih} tumbuk
1/2 kg daging direbus(nnt kita gunakan air rebusan sbg kuah)
2,3 sudu besar cili boh
2biji tomato } dibelah 4
1mangkuk kecil sos cili
1mangkuk kecil sos tomato
1mangkuk kecil kacang tanah ditumbuk
3sudu tepung jagung

Utk hiasan:
2 keping tauhu digoreng & dipotong dadu
3 biji telur rebus
Daun sup & daun bawang secukupnya
Cili merah
Bawang goreng

Cara2:
1.tumis bawang n masukkan cili boh& sume sos.
2.masukkan air rebusan daging.masak hingga mendidih
3.masukkan tepung jagung n kacang goreng yg dh ditumbuk td
4.masukkan mee n kacau sebentar
5.angkat & masukkan dlm mangkuk/pinggan.
6.taburkan bahan2 hiasan dan daging yg dipotong nipis2...