Thursday, August 11, 2011

Biskut Oat Salju

Ni resepi biskut raya ke dua yg cheFa nk buat.ni febret ank2...biskit ni blh buat bersama2 sebagai aktiviti keluarga..masing2 nnt guna acuan kegemaran dia orang...hehehe...

Bahan-bahannya :
250 grm oat
430 grm tepung gandum
230 gram gula caster
11/2 sudu makan cocoa powder
200 grm minyak sapi Ghee
125 grm mentega
susu tepung secukup utk salut.
Cara-caranya :

1. Satukan semua bahan kecuali susu tepung. Adun hingga sebati dan lembut.

2. Ambil adunan terap ikut acuan kesukaan. Bakar dalam oven 160c hingga masak.

3. Biarkan ia betul-betul sejuk baru salut dengan susu tepung tadi.

4. Simpan dalam bekas kedap udara.

1 comment: