Saturday, August 20, 2011

Char kuey teow

Assalam...pg2 td dh g ronda pasar tani..tgk udang yg segar2 teringin lak nk buat char kuey teow..FYI, paste char kuey teow ni blh disimpan dlm peti ais..so buat lebih pn xper.nma lh tau kan nnt masa raya blh masak bla tetiba ada tetamu dtg...

Bahan2:

200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sudu besar sos tiram
3 sudu kecil  kicap pekat
3 sudu besar  kicap manis
1 sudu kecil petis
2 sudu besar pati ikan bilis / pati udang
2  sudu kecil  garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sudu kecil)
1 sudu kecil gula
Untuk Mee
300 gm kuey teow
1 sudu besar cili boh
kerang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur
Cara-cara
UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
UTK KUEY TIAW- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4 sudu besar paste tadi. Masukkan udang yg telah direbus tadi dan  kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min jer, pastikan api kuat semasa memasak.
**Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tapi petis kena tambah lagi, jd 1 sudu besar. Paste ini juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tapi kalau rasa cam tawar leh adjust eh..

Rendang Serai Daging

2kg daging batang pinang
2 biji kelapa 
1/2 biji di buat kerisik 
1kg bawang merah dimayang & digoreng
1 labu bawang putih ( di kisar )
3 " halia ( di kisar )
30 batang serai di hiris nipis & digoreng
2 paket kecil rempah kari 
1 rempah rendang adabi
2 cawan minyak untuk menumis
1 keping gula kabung
1/2 sudu kecil ajinomoto
garam & gula secukup rasa
1 cawan cili boh ( ikut kepedasan )
5 helai daun kunyit ( dihiris halus )


Cara2:
1. Daging di potong ikut suka dan bersihkan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yang telah di kisar bersama rempah kari sehingga pecah minyak.
3. Masukkan daging dan masak sehingga air daging kering.
4. Masukkan bawang dan serai yg dh digoreng.
5. Masukkan santan dan kerisik serta bahan2 perasa.
6. Masak sehingga daging empok dan sedikit pekat.
7. Masukkan daun kunyit.
8. Kacau sehingga rata dan tutup api.

Friday, August 19, 2011

Tart Nanas


Bahan2:

250 gm butter(seketul)
1/2 senduk nasi gula icing
1/2 senduk nasi susu tepong
11/2 biji kuning telor
Tepong gandum medium protien @ Superfine (tuang sikit2,agak2 smp doh x melekat kt tgn)

Cara membuatnyer:

1.Pukul mentega,telor,gula dan susu tepong hingga putih.
2.Masukkan tepong dan gaul hingga menjadi adunan yang lembut
3.Ambil sedikit adunan,leperkan dan letak inti di tengahnyer.Bentukkan seperti nenas dan gunting2kan.Sapu kuning telor yg tlh di campurkan dgn sedikit pewarna kuning telor.Bakar dgn suhu 180C utk lbh kurang 20min..

INTI JEM NENAS:

4 biji nenas-parut dan buang airnyer
21/2 cawan gula
2 helai daun pandan
5 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum buah pelaga.

Semuanyer di masak hingga kering dan pekat....

Tip-Jangan uli adunan,cukup sekadar kita menggaulkannyer hingga sebati sahaja.adunan doh akan menjadi keras jika di uli terlalu lama.

CheFa amek resepi kak Rozie..mmg sdp..secukup rasa...

Goreng kunyit udang+nanas

1/2 biji nanas dipotong nipis2
Udang secukupnya
3 ulas bwg merah*
2 ulas bwg putih* dimayang
1 inci kunyit*
3,4 biji cili padi* ditumbuk halus
1/2 s.teh biji sawi
1/3 biji santan
1 serai dititik

Cara2:
1.tumis bwg serai n biji sawi smp naik bau
2.msukkn kunyit n cili padi
3.msukkn nanas,goreng sekejap
4.masukkan udang
5.bila dh 1/2 kering msukkn santan msk smp pekat
6.tambah gula&garam.

* bila dh siap,nanas tu jd lembut n kuah tu bersalut cantik pd nanas n udang...

Rendang Ayam Ros

Assalam..ari ni wat rendang ayam..hmmrendang ayam ros..sbb apa nmanye ayam ros?sbb yg bagi resepi ni kt cheFa nmanye Ros. Rendang ayam ros ni dh smp ke U.K... Dulu ada kwn cheFa nk g U.K melawat ank dia, so dia minta Ros buatkan... Popular gitu..

Bahan:
1 ekor Ayam

Bahan A:(blend)
1peket ketumbar (paket yg rm1-1.50)
2sudu besar jintan putih
2sudu basar jintan manis
2labu bawang besar
5biji bawang merah
2biji bawang putih
2inci halia
1inci lengkuas
2-3 batang serai
15 biji cili kering
10 biji cili padi (kurangkan klu xnk pedas)

Bahan B:
2biji santan
1peket kerisik
2helai daun kunyit(mayang halus2)
2keping asam keping
Garam&gula secukup rasa
Sedikit serbuk perasa

1. Masukkan semua bahan A&B.
2. Kerisik, asam keping,garam,gula & serbuk perasa masukkan kemudian.
3. Reneh smp 1/2 kering.
3. Masukkan ayam.
4. Masukkan asam keping. Bila dh kering masukkan kerisik.
5. Sebelum tutup api, masukkan semua perasa secukupnya.

Thursday, August 18, 2011

Lai chee kang A.K.A chee kong

Bahan2:
kurma merah
biji teratai
kembang semangkuk
cendawan putih - potong kecil2
halwa kundur
gula batu secukupnya
biji selasih
Sagu biji (warna-warni)
Buah kabung

(Guna dalam segenggam setiap jenis ke... sebab kalau dah campur2 nt jadi banyak )
cara2:
1. Rebus kurma merah, cendawan putih dan biji teratai hingga empuk.
2. Bila empuk masukkan gula batu mengikut rasa dan halwa kundur.
(boleh tambah air jika air dah berkurangan dan rasa agak manis)
3. rendam kembang semangkuk, sagu biji dalam air panas hingga kembang.(dlm mangkuk berasingan)
4. rendam juga biji selasih dalam air panas/sejuk.
5. Angkat rebusan kurma dan masukkan kembang semangkuk yang telah kembang di dalam mangkuk  serta biji selasih.
6. Campurkan semua bahan n air rebusan td dan hidangkan.

* boleh masukkan laici dalam tin atau nata de coco. Klu zaman cheFa kecik2 dulu, slalu minum lai chee kang yg di letak telur puyuh rebus..perrggghh..mmg terangkat!

Ada orang suka bubuh kacang goreng, kismis,  ikut kreativiti masing2.

Psstt: Sedap diminum suam2 dan amat menyegarkan badan setelah meminumnya....

Tuesday, August 16, 2011

Terlur bungkus bistik daging/ayam

Assalam...hmmmm..kebuntuan idea sebenarnya nk masak apa hari ni..gi kt dapur tgk ada telur..daging dah di lembutkan..
Ni lah hidangan berbuka ari ni disamping tomyam campur..



Bahan-Bahan:
5 biji telur
2 s/b susu segar

Bahan Inti
100 gm isi ayam @ daging dicincang
1 ulas bawang putih *
1 ulas bawang besar *mayan
1 biji tomato [ dadu]
3 sudu besar cili sos
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar  sos tiram
1 sudu besar sos lada hitam
Sedikit kicap pekat
1/2 btg karot(mayang)
1 biji kentang (dadukan kecil2)
garam secukup rasa
daun sup [dipotong 1 inci ]
minyak

Cara:
1. Telur dipukul dan digoreng dadar. Ketepikan.
2. Tumis bawang putih sehingga kekuningan kemudian masukkan isi ayam @ daging.
3. Masukkan karot & kentang. Setelah masak masukkan sos cili, sos tomato,sos tiram, sos lada hitam, kicap, garam,bawang besar sehingga bawang layu.
4. Masukkan tomato masak sebentar kemudian angkat .
5. Masak telur atas kuali yg besar dan letakkan bistik ke atas telur dadar.
5.Letakkan daun sup dan bungkus telur berbentuk empatsegi.

Sunday, August 14, 2011

Biskut Masam Manis

Assalam...hmmm esk dh masuk hari ke 15 berpuasa..pantasnya masa berlalu..
Mlm ni nk share resepi feberet cheFa..tp chefa mls nk terap guna acuan jd cheFa gentel bulat2 jer...

250 gm mentega
150 gm gula perang
1 biji kuning telur
2 sudu makan madu
50 gm gajus – kisar halus
50 gm asam gambir (haw flakes) – hancurkan
200 gm tepung gandum
Bahan hiasan:
Kuning telur
Asam gambir (haw flakes)
Cara Penyediaan:
Pukul mentega, gula perang, telur kuning dan madu hingga sebati.
Masukkan gajus, asam gambir dan tepung gandum, gaul sehingga membentuk doh.
Taburkan tepung pada meja kerja untuk mengelakkan doh melekat.
Canai doh anggaran setebal 8mm. Terap mengikut corak yang anda suka dan susun atas dulang pembakar yang telah digris.
Sapu kuning telur pada permukaan atas dan letakkan sekeping asam gambir sebagai hiasan.
Bakar pada suhu 180ÂșC selama lebih kurang 15 hingga 20 minit.

* gambar lum sempat nk upload..byk resepi bln ramadan ni yg cheFa x sempat nk upload..