Monday, December 26, 2011

Parpu Goreng Pedas

Dingin nye patang2 isnin ni...nak kata hujan x hujan...panas pun tidak..syukur pada Allah....ni semua rahmat Allah..kan..
smlm cheFa dh janji kt MukaBuku nk tuliskan resepi parpu goreng pedas yg cheFa dh buat..ni lah dia...td ada kawan mesej bertanya apa tu parpu? hehehehe..ni bahasa org kedah..kacang dhal sebenarnya...proses ni amek masa dlm 24jam untuk siap..tentu ada yang ckp lg senang klu g bli yg dah siap...tp tulah kan...buat sendiri ni memberikan kepuasan..n ada "kab" "ba" "ra" "ka" "alif" "ta" "nun"....




bahan2 :

1 peket kacang dhal (yg cheFa beli tu 500 g)
* rendam 24 jam, basuh n tos sekejap
5 biji bawang putih
* tumbuk hingga lumat
3 sudu besar cili boh
1 sudu asam jawa diperah airnya (klu ada serbuka asam boi pn boleh gantikan air asam jawa)
2 sudu cili sos
2 sudu gula
sedikit garam
jangan dilupa 1 tangkai daun karipolle (daun kari)
minyak untuk menggoreng

cara2:
1. goreng kacang dhal yg dh ditos sampai garing (tp jgn sampai keras ye...sesekali tu amek sebijik utk test tahap kerangupannye)
2. tumis bawang putih, goreng hingga kekuningan.
3. masukkan daun karipolle
4. maukkan cili dan bahan2 lain...kacau hingga pekat
5. masukkan kacang dhal..gaul rata dan goreng lagi hingga sampal bersalut cantik pada kacang dhal..

dh sejuk boleh masukkan dalam balang bertutup...

Friday, December 23, 2011

tart telur

salam jumaat yg dingin buat rakan2...td dh bertungkus lumus kt dapur buah 2nd adunan untuk blueberry cheese tart.at last ada lg kulit tart yg lebih..lebih kurang 20 biji...hmmmm after dok tenung2 kulit tu terkuar plk mentol (idea) utk jadikan tart telur (egg tartlets)..so trus lh cheFa pn gi godak2 benda2 kt dapur..ni kira 1005 idea sendiri..sumenya main agak2 jer tp ank cheFa ckp sedap secukup rasa...


bahan2 kastard telur (utk 20 biji kulit tart) :

2 sudu besar tepung kastard (membukit)
1 biji telur
3 sudu whipping cream
3-4 sudu gula
3-4 sudu air
secubit garam
1/2 sudu kecil esen vanila

cara2nya :

1. blend sume bahan dlm blender
2. tapis ke dalam mangkuk
3. sudukan kedalam kulit tart.
4. bakar pada suhu 180c selama lebih kurang 10 minit

* kalau ikut adunan di bawah ni blh dapat 90-100 biji kulit tart..so kalau ni buat egg tartlets blh lh darab 5 semua bahan kastard telur tu...

ni bahan2 untuk kulit tart:
300g tepung }
150g butter}
1 sudu garam}    gaul semua hingga jadi sebuku doh
1 sudu esen vanila}
1 biji telur}
2 sudu susu tepung}

Thursday, December 22, 2011

blueberry cheese tarts

assalam...sejak dr mlm td bz sediakan kulit tart ni..resepi dr Nor Yusuff  kt group Chef Mom Vs Chef Dad kt FB...(ada ke cheFa panggil dia kak..rupa2nya cik Nor kita ni lg muda dri cheFa...hehehehehehehe) ..apa2 pn ni mmg chistat yg paling cheFa suka sbb x manis...ala2 sweet2 cheFa jer...hehehehehe


jom tengok resepinya...

Kulit tat
300 gm tepung gandum
150 gm butter (kalau guna marjerin tambah 2 sudu besar susu tepung)
1 biji telur
3 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 sudu teh vanilla

Cara-caranya:
* tepung + telur + butter + gula + garam + vanilla...adunkan sume dlm mixer uli sampai jd doh
* rehatkan doh dlm peti ais selama 30 minit
* canai & terapkan doh dgn acuan tat
* bakar 160C lebih krg 15-20 minit (senang cite dah masak ler)
* angkat & sejukkan

Filling :
250 gm cream cheese Philadelphia
3 sudu besar gula
1 biji telur
6 sudu besar krim putar
2 sudu besar tepung gandum
blueberry filling secukupnya (ni boleh gak klu nk guna strawberry...jadilah strawberry cheese tart lak...hehehee)

Cara-cara:
* cream cheese + gula...pukul kembang
* masukkan telur pukul lg & diikuti dgn tepung gandum...kaup balikkan hingga rata & sebati
* isikan filling blueberry dlm kulit tat td tapi jg penuh sangat kemudian masukkan cream cheese pulak (3/4 penuh)
*lorekkan atas cream cheese dgn sedikit blueberry filling...ni nk bg nmpk corak-corak...make-up...hehehee
* bakar selama 10 minit dgn suhu 180C
* waallaaaaah...dah siap & sedia utk dimakan
mesti cuba taw sbb...cedappp sangattt...rangup & lemak berkrim 


tp che fa x buat lorek2 tu...tak larat dah...
senang bha......

Tuesday, December 20, 2011

roti Arab cicah kari ayam

chefa mkn roti arab ni kt Jln Anak Bukit, Aloq Staq masa g ronda2 Aloq Staq...pepagi dah kuar umah..(cam le jauh bebeno nk smp Aloq Staq ni...).cheFa angkut semua isi rumah...my grand livina dh mendak bila sumbat semua suku-sakat kt umh tu...

cam x percaya...1 set roti arab+kari ayam(1 peha tau!)=rm 1.50. agak2 klu JB dpt x harga tu? anyway bkn nk wat comparison tp nak share cara nak wat roti arab ni jer...

1 peket (11gm) yis mauripan
1 Sb gula
1/4 cawan air
500 gm tepung gandum
1 sk garam
1 sb gula
2 sb marjerin @ mentega
200 ml susu cair
minyak utk menggoreng
Air secukupnya -masukkan sikit -sikit semasa menguli.

Cara-cara

 penyediaan yis , masukkan yis dlm mangkuk + gula + air dan kacau. tutup dan biarkan sebentar.yis yg elok ia akan berbuih.
 Tepung gandum + gula + garam + marjerin ,gaul sebentar dan masukkan bancuhan yis tadi.
kemudian masukkan susu.sambil tu tambah air sedikit2.uli hingga jadi doh.
 Doh harus lah lembut dari doh roti canai.tak perlu uli hingga licin spt buat roti2 lain.tak mengapa jika adunan melekat ditangan,jgn tambah tepung.
tutup dengan kain lembab dan perap selama 1 jam.
selesai perap,tumbuk2 kan doh utk mengeluarkan angin dan bahagikan kepada 16 ketul.buat bulat2.
 Ambil sebiji dan canai.jgn terlalu nipis.agak2 sndir lah ye..!kemudian letak di dlm dulang yg telah ditabur sedikit tepung.canai hingga habis.
 bila selesai semuanya boleh digoreng.semasa menggoreng simbah2 kan minyak ke atas roti dan ia akan mengelembung.api jgn terlalu kuat sbb jika minyak terlalu panas roti x sempat kembung.
alih2 kan roti dan masak hinga kekuningan.angkat dan toskan.siap utk dihidang.

beef/chicken lasagna

assalam...lama betul cheFa x jengah blog ni...bila bercuti maknanya sume aktiviti pn bercuti...actually cuti2 sklah ni makin byk keje berbanding time bekerja....
resepi lasagna ni dh lma dapat dr kak junaidah ariffin..x smpat jer nk buat...



BEEF/CHICKEN LASAGNA
Sumber :hanamemories.blogspot

Bahan-bahan

8-10 keping kulit lasagna
300g daging cincang
1/2 biji bawang besar holland - cincang
2 ulas bwg putih - cincang
1 tin sos spaghetti original
3 sudu besar tomato puree@ 2 biji tomato cincang
1/2 biji carrot - potong dadu (optional)
3 biji cendawan butang - hiris nipis
1 sk oregano
Air
minyak zaitun
garam, gula secukup rasa
keju mozarella secukupnyer

UNTUK SOS PUTIH
1/2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan susu segar
1/3 cawan keju pilihan
3 sudu besar butter
lada hitam, garam

Cara-cara

1. Rebus kulit lasagna instant mengikut arahan peket. (hana rebus dengan sedikit minyak) Tapi ada jenis lasagna yg tak perlu direbus. Kemudian ketepikan.

2. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan daging. Kacau hingga daging bertukar warna. Masukkan pula tomato puree@tomato cincang. Masak hingga tomato hancur. Kemudian masukkan sos spaghetti, carrot, mushroom, oregano, garam dan gula secukup rasa. Masukkan sedikit air jika kuah terlalu pekat. Masak hingga mendidih dan ketepikan.

3. Utk membuat sos putih , satukan semua bahan dan kacau di atas api yg kecil hingga pekat.

4. Sediakan mangkuk yg bersesuaian utk membakar. Susun kulit lasagna, kemudian sapu rata sos daging... sapu pula sos putih dan taburkan keju mozarella (jika inginkan rasa cheese yg lebih pada setiap lapisan. Jika tak nak ltk pong tk mengapa.) Lapiskan lagi dengan kulit lasagna dan ulangi proses tadi hingga habis. dan last skali adalah sos putih. taburkan keju dan sedikit daun parsley jika suka.

5. Bakar selama 40-60min atau hingga permukaan lasagna keperang2an. Boleh dimakan sejuk atau panas.

Friday, November 25, 2011

K-PoP kek



assalam...ari ni cam bz je pepagi..menyelesaikan urusan anak2 yg x habis2... plan nak wat pop kek ni dh seminggu bertangguh...jd hari ni mmg dh bertekad MESTI BUAT...jd time dah tenang2 pas solat zuhur td cheFa pn dgn riang hati memulakan proses wat pop kek ni...tp assual 1/2 of the kek mmg habuan ank2..diaorang dah suka kan....biarlah...jadi at the end of proses dpt 25 biji jer...agak2 blh dpt lebih tp memasing dh join..hehehehe
masa nak celup dlm coklat cair pn diaorg dh amek..hai...ank...ank...
jom tgk bahan2 mudah pop kek ni....

bahan2 :
1 buku kek (cheFa guna marble kek)
1 cawan peanut butter (ada sesetengah org guna coklat paste)
1 bar coklat masak (dark coklat)
1/2 bar coklat (perasa strwaberri)-sekadar taambahan sekiranya nak lh
1 sudu penuh shortening/lemak sayuran
batang lolipop secukupnya
piping bag
sedikit rainbow strand(ala...coklatrice color2 tu  )

cara2 :

1. hancurkan kek dalam mangkok besar. blh guna manual (tangan) atau kisar sekejap dlm blander.
2. campurkan peanut butter dan gaul sampai serbuk kek tadi boleh dibulat2. ukuran bulat tu adalah sebesar duit 50sen atau bulat sebesar jari kita bila kita buat sign OK
3. simpan bebola kek tadi dalam peti ais selama 1/2 jam
4. sambil2 tu bleh lah panaskan cdark oklat sampai cair. masukkan dalam mangkok dan campurkan shortening dalam tu.gaulkan sampai shortening tu betul2 sebati dan nampak sedikit pekat..
5. celup batang lolipop dalam coklat dan cucukkan ke dalam bebola kek hingga habis. tujuannya supaya batang tu melekat dengan baik kt dalam bebola kek.
6. celup bebola kek dalam coklat (klu xdpt celup sepenuhnya blh guna sudu dan tunagkan pada bebola kek.
7. ketuk2 kan pada hujung sudu tujuannya supaya lebihan coklat x akan meleleh pada batang lolipop.
8. selesai proses bolehlah di simpan dalam peti ais utk seketika sampai coklat membeku.
9. kluarkan dan boleh lh hiasan dengan membuat corak2 menggunakan coklat strawberri cair yg diletakkan dalam piping bag.

tips : klu nak taburkan coklatrice tu blh tabur selepas celup bebola kek dlm dark coklat.

Monday, November 21, 2011

Nugget ayam PotatoChips

assalam...td sesaja bkk you tube..tgk cara wat nugget ayam..rupanya serbuk roti tu dia guma potato chips..hmmm penemuan baru bg cheFa..esok cuti HARI KEPUTERAAN SULTAN JOHOR..(happy birthday my lovely SULTAN..)blh la cheFa try wat resepi ni...

bhn2nye :

1kg fillet ayam di potong 3
2biji telur ayam diperasakan bersama :
                          sedikit garam
                          lada hitam yg ditumbuk kasar
                          serbuk perasa
tepung jagung yg secukupnye (tuang dlm pinggan leper supaya senang nak gaul isi ayam)
1/2 peket potato chips perasa kekemaran masing2)-masukkan  dalam plastik dan hancurkan guna roller atau apa2 yang sewaktu dengannye...  :)

cara2ny2:

1. bersihkan isi ayam
2. gaul dalam tepung
3. celup dalam telur
4. gaul dalam serbuk potato chips
5. deep fry hingga kekuningan
6. toskan minyak dan hidangkan...

sure anak2 suka...

Saturday, November 19, 2011

Pepes Ayam Setia

Assalam...cuti dh bermula..maklum2 je lah..yg ada kt rumah mmg semua yg aktif n lasak...cukup masa je mesti dengar "ummi masak ape? Dh lapar ni..." so b4 tido cheFa dh plan nak masak apa..(bkn senang nk jadi seorang ibu tau...
Hari ni cheFa buat nasi-tak-lemak,sambal tumis ikan bilis, sayur kukus n pepes ayam.. So cheFa nk kongsi resepi pepes ayam ni yg cheFa namakan PEPES AYAM SETIA. Sbb ank2 setia menanti tepi dapur nk tunggu pepes ni siap dimasak...



2 kg fillet ayam dibersihkan dan ditos airnye
4 biji lada hijau dipotong serong
1/2 cwn daun selasih
5 biji buah keras * disangar
2cm kunyit hidup * disangar
2cm halia * disangar
2cm lengkuas * disangar
1 btg serai *
7 biji bawang putih *
7 biji bawang kecil *
6 btg lada merah *
5 btg lada padi *
1'' belacan bakar
garam dan gula melaka secukupnye
 daun pisang utk membalut

Cara2:

1. kisar bahan2 bertanda * kemudian ditumis hingga wangi.
2. masukkan isi ayam, lada hijau , daun selasih , garam dan gula melaka
3. masak sebentar dan cukupkan rasanya.
4. sudukan bahan yg dimasak tadi kedlm daun pisang..bungkus saperti lepat atau otak2(cucuk hujung daun dgn lidi) dan bakar sebentar.
angkat dan boleh lah dihidangkan.

Bingka Roti Berlauk

Assalam...ari tu msa kitorang buat jamuan akhir tahun kt sklah..my ank dara (murid paaaling cheFa syg)cik layla bwk bingka ni..sedap sgt..so cheFa minta resepinya...(sdp nye pasal siap mintak2 lg..he3..x malu)...


Ni lah resepinya...cheFa prepare bahan2 b4 solat maghrib, pas isya' siap..mkn nye time breakfast td...


ahan Bingka:

1 buku kecil roti }10 -12 keping
800 ml santan @1/2 biji kelapa * sy guna susu UHT
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar butter} cairkan
3 biji telur
garam

Cara:

1- Roti dikoyakkan dan rendamkan dengan santan sehingga kembang.
2- Gaulkan semua bahan lain dengan roti yg telah direndam supaya sebati.
3- Masukkan dalam loyang 10 x 10 yg telah disapukan dgn minyak.
4-Bakar dalam oven 18 drjh C selama 30 minit.
5-Keluarkan loyang dan taburkan bahan berlauk dan bakar lagi selama 30 minit.
6- Bila telah masak taburkan bahan hiasan.
7- Potong dan dan hidangkan.

Bahan Lauk:

400 gm daging kisar - Sy guna daging ayam kisar
2 labu bawang besar }potong dadu
1 biji kentang } potong dadu kecil
1 batang carrot }potong dadu kecil
3 subu besar rempah kari
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
minyak
garam

Bahan Hiasan/hiriskan:

daun sup
daun bawang
cili merah
bawang goreng

Cara:

1- Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga layu dan wangi.
2- Masukkan daging kisar yg telah dicincang. Kacau rata.
3-Masukkan rempah kari dan kacau sehingga naik minyak.
4-Masukkan kentang, carrot, garam, sos cili & sos tomato. Kacau rata.
5-Masakkan sehingga kentang dan carrot lembut.
6-Bila telah masak masukkan dalam pinggan. (jangan ambil lebihan minyak)

Sunday, November 13, 2011

Tumpi2my ahpek...

Assalam dan salam 1 Mlaysia buat teman2...haiiii rezki masuk mencurah2 2 minggu ni...tempahan coklat n cup kek sentiasa ada...rezki kn...jgn tolak...td terfikir kn wat tumpi utk my laling ahpek...so cari lh kt google...dlm byk2 resepi,yg cheFa jumpa, yg ni lh nmpk kuantitinya sedikit..rasa2nya sesuai lh utk "saya budak baru belajar" cm cheFa..insyaALLAH cuti sklh ni blh lh cheFa try..harap2 menjadi...my laling ahpek mmg suka ni...

Bahan-bahan :
300 gm tepung beras
4 sudu makan ketumbar
2 sudu makan jintan manis
2 sudu makan jintan putih
6 biji buah keras
50 gm udang kering
4 ulas bawang putih
1 sentimeter kunyit hidup
2 biji telur (kecil)
550-600 ml santan cair (dari 1 biji kelapa)
garam dan serbuk perasa secukupnya
500-600 gm kacang tanah kecil (jemur beberapa jam sebelum digunakan)
ikan bilis kering secukupnya (buang perut dan kepalanya)
(Untuk tumpi: gunakan 300 gm kacan hijau yang direndam selama 8 jam kemudian
toskan airnya.

Cara:

1. Cuci ketumbar dan jintan kemudian toskan dan tumbuk atau kisar bersama buah keras, udang kering, bawang putih dan kunyit hidup. Jika dikisar, tambahkan 200 ml air.

2. Satukan tepung beras, bahan kisar, telur, santan, garam dan serbuk perasa.

3. Untuk menggoreng rempeyek atau tumpi, panaskan minyak dalam kuali kemudian bubuh sedikit adunan kedalam senduk bersama sedikit kacang tanah dan ikan bilis (utk rempeyek) atau kacang hijau dan ikan bilis (utk tumpi),

4. kemudian curahkan adunan di tepi kuali dan biarkan hingga masak.

Friday, November 4, 2011

Wantan Ayam

Agak lma cheFa x buat wantan ayam ni...sejuk2 ni sedap klu makan time ujan cm skrg ni...

Bahan2:

Kepingan kulit wantan secukupnya
5 keping fillet ayam-blend
1 labu bawang besar-dadukan
1ulas bawang putih }cincang halus
sedikit halia }
1 sudu teh lada hitam ditumbuk kasar
Garam n gula secukupnya

Cara2 :

1. Gaul semua bahan di dalam mangkuk..
2. Sudukan inti ayam ke atas kulit wantan.
3. Basahkan keliling kulit wantan dan cantumkan hujungnya..buat sampai habis inti ayam.
4. Goreng secara deep fry.

Bolah dicicah bersama sos cili atau sos thai....Sedap.... 

Rendang minangkabau

Assalam...salam jumaat buat semua..sejukkkknye kt JB..hujan rahmat almost everyday...lusa dh nk raya haji..dok terfikir nk masak apa nih..teringat plk ada fren mentioned rendang minangkabau..so tny makcik cheFa..so ini lh dia resepi nya..klu lh cheFa ni mmg sama dgn makcik cheFa punya..mmg grenti sedap...


Bahan-bahan:
1 kg daging lembu batang pinang - dipotong kiub sebesar 3 jari

*10 sudu cili kisar - ikut kepedasan masing2
*15 biji cili padi - ikut kepedasan masing2
*2 ketul lengkuas
*1 ketul kunyit hidup
*2 batang serai
*10 ulas bawang putih
*15 biji bawang merah
250gm santan kelapa
4 sudu makan kerisik

cara:
1. kisarkan bahan berbintang hingga hancur
2. panaskan minyak dan tumiskan semua bahan yg dikisar hingga naik bau
setelah garing
3. masukkan daging dan santan kelapa. 4. Renehkan hingga kering dan pekat (klu daging empuk tambahkan air)
5. masukkan kerisik dan garam. 
Sedia untuk dimakan...

Friday, October 28, 2011

2seasonS flakes

assalam...hai..."ter"rajin lh pulak petang ni...cuaca cantik..hati pun riang...Aminul cakap.."iskh..iskh....wat tueh je.." hahahahahaha...ni lah tukang kepok kt umah ni...
ni rasanya paling senang kot...bahannya ada 3 benda jer...xde nak bakar2 kat oven pun..


bahan2 :
250 g kepingan coklat masakan (putih)
100 g kepingan coklat masakan (dark/milk)
2  cawan cornflakes

1 piping bag utk pancitkan coklat hiasan

cara2 :

1. masak coklat putih sampai betul2 cair
2.  tuangkan dalam mangkuk dan masukkan cornflakes gaul rata
3. sudukan dalam tray sebesar duit 50sen
4. masak pula coklat (dark/milk) cheFa guna dark coklat
5. masukkan coklat dalam piping bag, potong hujung (sikit jer tau biar dapat lines yg halus dan cantik)
7. pancitkan atas flakes yang dah siap di atas tray

pssttt..: klu nak boleh gantikan hiasan atas tu dgn coklat kaler lain..ikut kreativiti masing2..

Thursday, October 27, 2011

Almond Chip

Salam jumaat buat semua... Ahad minggu depan dh nak raya haji...so cheFa dh buat "sedikit" persediaan..hehe.. Biskut  almond chip (suji badam)!!!
Senang sgt...jom lh jengah2 resepi nye...


Bahan2:

150gm mentega
30gm minyak sapi
80gm gula kaster
1/2 tsp esen vanilla
50gm serbuk badam
60gm tepung suji
220gm tepung gandum
1/4 tsp serbuk penaik

Cara2:

1. Pukul mentega, minyak sapi, gula dan esen vanilla hingga berkrim.
2. Kemudian masukkan pula tepung suji, tepung gandum, serbuk penaik dan serbuk badam.
3. Uli lembut adunan dan terap dengan acuan bulat atau di sukai.
4. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 140c selama 30 minit atau sampai kekuningan.

Wednesday, October 26, 2011

NASI ULAM UTAGHA

assalam...dh ujan lg kt JB...sebenarnye nk bg tau yang cheFa ni dr malam td dok berbayang-bayang nasi ulam cm ummi cheFa buat...so ari ni dgn penuh semangat waja cheFa pn buat...tp biasalah kan..tinggal kt tgh2 bandar ni kt mana nak cari ulam-ulam kampung...jadi apa yang ada depan mata je lah...

bahan2:

1cawan beras - masak cm mansak nasi biasa(biar berderai)

2-3 sudu makan sambal blacan (sume kawan2 pandaikan wat sambal blacan)
segenggam  kelapa parut (amil yg putih jer) goreng hingga kuning keemasan dan tumbuk msa masih panas2 (tp jangan sampat jadi kerisik yg nak wat kari @ rendang tu, cuma jadi halus dan berderai)

2 sudu makan lada hitam }
2 batang serai-mayang halus }
1/2 inci lengkuas }     sume ni ditumbuk lumat2
1 inci halia }

untuk ulam-ulaman:
1/2 helai daun kunyit
5-10 tangkai daun kesom  }
sedikit daun pegaga}       guna kan daun kunyit tu untuk balut semua ulam2 tu dan potong halus2 *pisau mesti                      
*klau ada pucuk gajus }   betul2 tajam bru hirisannya halus n cantik  

1 kuntum bunga kantan }
1 labu bawang besar potong bulat } yang dua2 ni pun kena hiris halus2

cara2 :

1. sejukkan nasi dalam bekas (klu nasi masih panas, bla kita gaul, ulam akan lebam)
2. tuangkan sume bahan yang disediakan, gaul rata. tambahkan garam klu tak cukup masin.

pssttt.....boleh dimakan bersama ikan kering, telur asin dan asam pedas utara atau sayur keladi..



Tuesday, October 25, 2011

Sagon Nyioq

assalam...slmat deepavali buat rakan2 yg menyambutnya...dh 2 ari bercuti kt Melaka..hmmm betul2 ronda2 melaka sampai sakit kaki..tapi anak2 sangat enjoy..the best part g shopping kt gerai2 yg jual kraf tangan tu..dalam byk2 jenis makanan tradisional yg dijual, sagon jugak yg diaorang pilih...agaknya diaorang biasa mkn kt sekolah kot...

AMARAN: JANGAN BERCAKAP @ KETAWA MASA MAKAN SAGON NI...nnt menyembur klu x pun takut tersedak...


nilah bahan-bahanya :


  • 1 biji kelapa parut (cheFa gantikan dgn 2 cawan kelapa kering)
  • 200 gm tepung beras
  • 50 gm tepung pulut
  • 80 gm gula halus

Cara-cara

  1. goreng kelapa parut / kelapa kering sehingga separuh kering atau sehingga wangi
  2. Kemudian masukkan tepung beras n tepung pulut.
  3. Goreng kesemuanya hingga garing n berderai
  4. Sejukkan dulu , baru digaul dgn gula halus
  5.  Klu zaman kecik2 dulu tgk org bungkus dlm plastik aiskrim...yang kt melaka ni dia guna A4 paper dia war calong dan bungkus...siap ada jalur kalerfull lg..

pssssttttt : ikut lah kreativiti masing2 cmne nak balut...janji sedap....

Saturday, October 22, 2011

Cheesecake

Ni resepi yg cheFa dpt dr my fren..


cheesecake

Bahan-bahan ( utk size bekas 23cm cake tin )
1.  Bahan utk base: 250gm digestive biscuits (dihancurkan atau tumbuk kasar), 120gm butter (butter tu dicairkan)
*  Mula2 sediakan base. Campur biskut hancur dan butter yg telah dicairkan. Masukkan ke dlm bekas dan tekan hingga padat dan rata. Boleh sejukkan.

2.  Bahan utk topping: 150gm plain flour, 40gm caster sugar, 75gm butter
500gm cream cheese
100gm caster sugar
3 biji telur
250ml whipping cream
2 tablespoon tepung jagung
*  Pukul cream cheese, caster sugar dan tepung jagung sehingga lembut.
Masukkan telur, 1 at one time, beat well after each addition. Lepas masukkan 1 biji, pukul. Dah sebati, masukkan lagi, repeat hingga habis telur.
Masukkan whipping cream dan mixed well

3.  Tuangkan adunan ke dalam bekas yang berisi base tadi.

4.  Bakar pada 150C selama 1 jam.


Pssstttt.....
Cheese cake mmg lembut, jadi tak perlu test guna lidi utk tgk dah masak ke tak.

 Kek ni tahan lama kalau letak dalam peti ais.

Mee kolok

Assalam...ari ni my laling ah pek x mo mkn nasi..teringat plk smlm g umh sis-in-law ada resepi mee kolok..sempat salin..tgk cm senang.so blh try ari ni..bahan2 sume dh ada...cheFa nk guma yee mee...jom tgk bahan2 nye..

3-4 gulung yee mee
1 sdm perencah sup
100 g daging lembu(ayam pn blh)
air secukupnya
sedikit garam
5 ulas bawang putih (dicincang)
8 biji cili api
1 sdt serbuk lada hitam
4 sudu makan minyak masak
5 sb kicap manis
1 sb kicap pekat
2 biji limau kasturi (ambil jusnya)
daun bawang dan daun sup (dihiris)
1 sdt sos ikan
Sedikit perahan jus lemon

Cara²:
1) 1.UNTUK SUP : Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis2. Ketepikan kuah/supnya.

2) UNTUK MEE : Rebuskan mee bersama sedikit garam sehingga lembut. Keluarkan dan toskan.

3) panaskan 2 sdm minyak masak dlm kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan. Masukkan pula mi yg tlh ditoskan ke dlm kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang td. Perasakan dgn jus lemon, sos ikan dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.


4) dlm kuali yg sama, panaskan 2 sdm minyak masak dan goreng daging yang tlh dihiris td. Masukkan kicap pekat, 1/2 sb kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam. Keluarkan.

5) UNTUK SAMBAL : Tumbuk/kisar cili api dgn 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi. (kalau xde kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula)

6) Cara Menghidang : Sediakan pinggan hidangan. Masukkan mi, tuangkan sambal kicap sedikit dan gaulkan. Kemudian taburkan daging, bawang putih yg tlh digoreng garing dan hiaskan dgn daun bawang. Sediakan jg semangkuk sup yg ditabur dgn daun sup sbg kuahnya jika suka.

Tuesday, October 18, 2011

Mee goreng putih

Assalam...ari ni g kedai tgk ada mee putih (klu nk tau mee ni warna kuning tp shape dia leper x mcm mee kuning yang bulat2 tu)..rasa pun lain xde rasa cm mee kuning tu..so ptg ni msk mee putih utk minum petang cum dinner. Along pn lum blk dari praktis rugbi so ni kira dinner utk dia n my hubby.(cheFa 1 family mmg jarang mkn nasi mlm2)



Bahan2 (utk makan 5-7org)
2 bungkus mee putih (bilas n tos kan)
Isi auam secukupnye
Rempah bihun goreng (cheFa beli brand ADABI)
udang (klu nak tp kitorang xleh mkn udang)
Sedikit fish cake & fish ball
3 ulas bawang putih di mayang
2 biji cili padi di ketuk pecah2
3 pokok sawi n taugeh(anggaran 30sen)
5-7 sudu makan kacang tanah yg telah dikisar

Utk hiasan:

2 biji telur yang didadar
2 keping tauhu goreng
Sedikit daun sup&daun bawang
Cili merah yang dipotong menyerong

Cara2:

1. Tumis bawang putih dan cili padi.
2. Masukkan ayam bersama tulangnye sekali..baru rasa manis (termasuk udang fish ball n fish cake)
3. Bila ayam dh msk masukkan rempah bihun goreng ADABI n kacang tanah
4. Masukkan sawi n taugeh bersama mee putih
5. Klu x masin blh renjis2 kan dgn kicap cair.
6. Hiasan dgn bahan2 hiasan yg disediakan.

Ppssstt....nape cheFa letak kacang goreng tu eh?? Sebab,rasanye ada lemak crunchy...mmg best....

Monday, October 17, 2011

Tauhu sumbat dan saus kacang

Assalam..td beli tauhu..tp xde plan nk masak apa. Dok releks2 dpn TV  tgk plk chef ni masak tauhu sumbat..bakak peti ais semua bahan ada..apa salahnya buat kan...

Bahan2 nye:
6kpg tauhu diperap dgn garam & digoreng
1 mangkuk timun & karot di parut panjang2
Sedikit taugeh dicelur sekejap

1 cawan mentega kacang yg kasar
3biji cili merah di bkend dgn air suam
2-3 sudu air gula merah
1/2 biji lemon diperah jus nya
Garam secukup rasa

Cara2nye:

1. Potong tauhu kepada bentuk segitiga dan belah tengah tauhu.
2. Gaulkan semua jenis sayur dan sumbatkan dalam tauhu.
3. Gaulkan semua bahan untuk sos dalam mangkuk.
4. Tuangkan di atas tauhu..klu x nak tuang atas tauhu boleh juga celup (dip)

Sunday, October 16, 2011

TIRAMISU d'NoNNa

assalam...hmmmm...ahad yg cukup santai..td dh brunch..mkn nasi lemak buatan sendiri..igt nk masak someting petang ni tp cm malaz..rasa nk rehat jer..jd bkk TV3 tgk NONA..ari ni dia ajar wat tiramisu..so cpt2 cheFa bkk google cari resepi nya..ada mcm2 versi..yg cheFa nak wat ni rasanye yg paling simple..jom lh tgk bahan2nye...nnt cheFa upload gambo nye..

Bahan2 :

  • 1 biji sponge kek atau apa2 kek
  • 250ml whipping cream
  • 200ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara

  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2.  Satukan gula, cheese dan cream
  3.  Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  4.  Potong kek pada 3 bahagian
  5.  Susun 1 bahagian dalam bekas
  6.  Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
  7.  Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
  8.  Susun lagi bahagian yang selebihnya
  9.  Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
  10.  Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...

pssttt : yg kt TV3 td dia wat flavour durian..x guna sponge kek tp guna biskut tiramisu.. bahan2 lain sama jer...

Friday, October 14, 2011

LAKSA PENANG

Salam pagi Sabtu buat semua.. Dh berapa minggu cheFa buat LAKSA PENANG tp tak sempat nk masukkan dlm blog ni... Jom tgk apa bahan2 nye.. Tp b4 tat nk bg tau ye, sjak dok kt JB ni cheFa tgk byk sangat versi LAKSA PENANG smp PENING kepala..hahaha.. Ada yg letak hirisan nanas, ada yg letak serai..so pada cheFa tu sume x ORI..

Bahan2:

Sebungkus laksa kering (klu nk guna yang dh siap rebus yg jual kt kedai tu pn blh jugak)

Bahan A:
1kg ikan kembung } disiang n di rebus
2-3 ekor ikan sardin }(klu dpt beli yg fresh lg bagus)-disiang n di basuh bersih, pastu tu rebus dgn 6-8 kpg asam keping

Bahan B:
Segenggam cili kering -direbus sekejap }
5 biji cili padi(klu nk lebih pedas blh letak lebih) }
1 ibu jari belacan}   blend
1 labu bawang besar}
5 ulas bawang merah}

Bahan C:
4 kuntum bunga kantan (asingkan bunga dan batang yg masih lembut)
5-6 keping asam keping
Segenggam daun kesum (petik yg muda jer, yg tua keras2 tu xyah ler)

*Garam serbuk perasa secukupnye.

Utk hiasan:
1labu bawang besar(hiris nipis)
1/2 biji timun
4 biji telur rebus(dibelah 2)
Beberapa biji cili padi
Sesikit daun selom(klu xde, salad pn blh)

Cara2:
1. Asingkan isi ikan dari tulangnya n bahagi pd 2 bahagian.  (1 bahagia utk di tumbuk kasar2. 1 bahagian lg utk blend)
2. Masukkan dalam periuk yg besar.
3. Ambil tulang ikan dan batang bunga kantan yg lembut utk diblend
        *TIP: utk mendapatkan kepekatan yg sesuai-blend tulang ikan n batang bunga kantan berulang kali sampai air yang kita top up masa blend tu jd jernih.tapis dan masukkan dlm periuk *
4. Blend sume bahan B. masukkan dalam periuk.
5. Masukkan kan bahan C. Rebus semua smp bunga kantan lembut. Perasakan secukupnya.
         TIP: utk pastikan LAKSA PENANG ni cukup masamnya, asam keping yg digunakan utk rebus ikan tu jgn dibuang.. Masukkan semula dlm rebusan kuah tu.. Lg sedap klu nk makan esok, malam ni dh buat kuahnya.renehkan dgn api perlahan.
6. Laksa kering tu rendam semalaman baru direbus. * kena rajin2 picit laksa tu, jgn terlampau lembut nnt hancur.
7. Masukkan laksa dlm mamgkuk, tuangkan kuah dan hiasan dgn bahan hiasan.
Siap utk dimakan....

Psssttt..:klu kt kampung kitorang masukkan hirisan pucuk gajus..rasanya lemak2 berangin (mint)...

Monday, October 10, 2011

Muffin chocolate chips

Ni resepi dr group RESEPI kt MUKABUKU..susur galur resepi ni ktanya dr DAPUR TANPA SEMPADAN..tq lh saudara MAT GEBU yg rajin kongsi resepi2 best yea..maka cheFa pn share gak dgn kengkwn cheFa..


250 g tepung gandum
2 camca teh baking powder
1/2 camca teh soda bicarbonate
2 camca besar serbuk koko

Bahan Disatukan Dan Kacau Rata:-
250 ml susu segar
90 ml minyak sayur/jagung
1 biji telur gred A
1 camca teh esen vanilla

Bahan Lain:-
175 g gula halus
150 g chocolate chips
50 g chocolate chips, utk hiasan

Cara membuatnya:-
Dalam satu bekas, satukan bahan2 diayak bersama gula halus dan 150 g chocolate chips, gaul rata. Tuang bahan2 yang dikacau rata dan gaul hingg semua sebati dan mesra.
Sudukan bancuhan muffin tadi ke dalam muffin cup 3/4 penuh dan hias dgn taburan coklat chips, buat hingga siap
Bakar dalam oven pada suhu 180Cm selama 18 - 20 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan. Sesuai untuk minum petang bersama keluarga...

Saturday, October 8, 2011

Kek gula hangus @ sarang sumut

Assalam...minggu tetiba teruja nk try wat kek ni..1st attempt x berapa nk jd,so dpt plk resepi dr noraslinda bugal dlm group RESEPI cheFa kt FB...hmmm..alhmdllh menjadi..ni lh resepi nye..


Bahan-bahan
Bahan A
300 gram gula pasir(untuk buat gula hangus)
300 ml air panas
2 sudu besar planta

Bahan B
180 gram tepung gandum*
2 sudu teh soda bikarbonat*
1 1/2 sudu besar serbuk koko*
6 biji telur gred A
200 gram susu pekat manis
11/2 sudu teh esen vanilla
Sedikit pewarna coklat(kalau nak warna lebih gelap tapi saya x bubuh pun)

Cara membuatnya
Bahan A
Masukkan gula pasir ke dalam loyang,masak di atas api perlahan sehingga keperangan dan bertukar pada warna coklat tua,jangan sampai terlalu hangus nanti pahit
Bila gula dah bertukar warna masukkan air panas perlahan2(takut terpercik)
Kemudian masukkan planta,kacau sehingga cair,tutup api

Bahan B
Ayak bahan2 bertanda*
Pukul telur sehingga kembang
Masuk susu pekat manis dan esen vanilla dan pukul lagi
Masukkan bahan2 bertanda* dan teruskan pukul sehingga sebati
Akhir sekali masukkan gula hangus(Bahan A) tadi
Pukul kejap je bagi sebati,dalam kiraan 6 saat
Sapu loyang dengan marjerin dan tabur tepung gandum sekelilingnya
Tuang adunan tadi dan bakar pada suhu 160'c menggunakan api bawah selama 1 jam(bergantung pada kapasiti oven masing2)
Gunakan loyang yg agak tinggi supaya boleh menghasilkan lubang2 atau sarang semut yg cantik
Adunan tidak perlu diperap,boleh terus dibakar

Thursday, October 6, 2011

Karipap kentang

Assalam...dh agk lma cheFa x up date blog..bz dgn ank2 n art craft yg nk kna siapkan...kebetulan ari ni 6/10/2011 ari ulg thn kelahiran ank sulung cheFa, so cheFa luangkan sikit msa buat someting spesel utk dia...tp x de pn yg sgt spesel nye..cuma karipap febret dia jer...tp rasanya cheFa cm terletak lbh sikit rempah kari...actually ni rempah yg beli kt Kedah so "kekarian"nye terlebih sikit klu compare dgn kari cap babas tu...tp apa pun ank2 cheFa ttp mkn dgn selera nye...

Bahan2:
250g tepung gandum
2 sudu besar marjerin - panaskan (klu nk buh semua myk panas pon bleh)
2 sudu besar minyak masak - panaskan
garam
air
INTI
5 biji kentang - bleh juga dicampur
setangkai daun kari dan daun sup cincang halus
2 1/2 sudu besar serbuk kari bancuh dgn sedikit air
1 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
garam
gula - jika perlu
air
Cara-cara

1.Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). 2.Gaul rata guna sudu sbb panas.Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit2.
3.Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.

Untuk buat inti -
1.kentang dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
2.Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut dan juga daun kari hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang air dan garam secukup rasa.
3. Rebus sehingga kentang empuk dan air kering. tutup api.taburkan daun sup.
Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai. Asingkan daun kari.

Psssttt//sapa yg nk wat inti ayam @ dgg proses nye sama jugak..klu nk ltk telur rebus pn blh.masa dh letak inti blh lh buh sekeping telur (yg dibelah 6 bahagian)...pastu klim cm biasa...

He3..hasil bg org yg xsabar cm cheFa...nak cepat siap,bkk api kuat..dh bergerutu karipap nye...

Monday, September 26, 2011

Buat Renungan..

Dipetik dari status seorang sahabat di MUKABUKU:

Sambil menggunting rambut seorang pelanggan, Mamak tukang gunting menunjuk kepada Ajoi yang bermain di depan kedainya sambil berkata. Mamak: “Tgk budak yang pakai baju power ranger tu adalah budak yang paling bodoh di dunia” Pelanggan: “Naper awak cakap macam tu mamak?” Mamak: “Awak tgk ni..”sambil memanggil Ajoi datang kepadanya Kemudian Mamak tu menunjukkan 2 helai wang kertas kepada Ajoi. Satu RM1 satu RM10 dan berkata pada Ajoi “Nah awak ambil la duit ni, awak pilih yang mana?” Ajoi mengambil duit RM1 dan mengucapkan terima kasih dan terus berlari. Mamak:” Hahaha kan saya dah kata! budak tu bodoh. Saya dah berpuluh kali tak terkira suruh dia pilih duit, dia mesti pilih duit yang paling sikit. hahaha!” Sumardi yang melihat kejadian tu bertanya kepada Ajoi. Sumardi: “Joi pasal ko tak ambik duit RM10 tu?” Ajoi: “Aku takkan dapat duit RM1 lagi setiap hari kalau aku ambil duit RM10 tu. Ini kerana Mamak tu selalu suka kalau aku amik duit RM1.Kalau aku ambil RM 10 tu, permainan akan tamat” Sumardi: “haha ko budak paling bijak dalam dunia” Moral Of the story: 1. Ramai yang merasakan lebih bijak dibandingkan orang lain, sehingga mereka selalu memandang rendah kepada orang lain. Sebenarnya ukuran kepandaian seseorang hanya TUHAN yang mengetahuinya. Alangkah bijaksananya kita jika tidak menganggap diri sendiri lebih bijak dari orang lain. 2. Perbezaan orang yang berjaya dengan orang kurang berjaya adalah, orang yang berjaya berfikir untuk hari esok, orang kurang berjaya berfikir untuk hari ini.

Wednesday, September 21, 2011

Apple crumble tartlet

Apple crumble tartlet
Assalam..ni resepi dr sooo yummy apple crumble..tp cheFa telah derhaka kan sikit..dr guna sos kastard cheFa tukar kan jadi ala2 tart telur..yg penting sedap...Camne cara buat atau modified ikutlah selera sendiri...

Bahan2:
7biji epal hijau, dikupas kulit dan dipotong dadu

1 biji buah lai (XL- kalau saiz kecil, guna 2 biji)-dikupas kulit dan didadu juga

1/2 cawan gula

1/4 cawan gula perang

1/3 cawan air

1 batang kulit kayu manis (1 inci)

Secubit garam

Cara membuatnya:


1. Campurkan buah-buahan tadi di dalam periuk. Asingkan 1 cawan dan ketepikan dulu. Masukkan gula, air dan kulit kayu manis ke dalam periuk dan masak inti menggunakan api sederhana.

2. Apabila mendidih kacau sentiasa inti, hingga sebati. Apabila epal hancur dan hampir pekat, keluarkan kulit kayu manis dan masukkan 1 cawan buahan tadi ke dalam periuk (supaya inti ada rasa rangup apabila dikunyah)

3. Apabila inti pekat, tutup api dan ketepikan dulu.

Bahan-bahan 'crumble':

2  cawan tepung gandum

100gm margerin

1/2 cawan nestum original dewasa

1/2.cawan oat

Bahan2 kastard telur

1/2 cawan tepung kastard

1 tin susu cair

3 biji telur

1/4 cawan gula

Sedikit esen vanila

Cara membuatnya:

1. Masukkan tepung dan margerin ke dalam mangkuk. Gaul ramas menggunakan hujung jari hingga menjadi serbuk roti.

2. Masukkan nestum+oay dan gaul rata.

3. Sediakan loyang empat persegi 18 sm x 18 sm. (loyang bulat pun tak apa) Lengserkan dengan margerin. Panaskan oven ke suhu 180 darjah api atas dan bawah.

4. ambil 1/2 adunan crumble dan ratakan di dalam loyang. Jangan ditekan. Masukkan kesemua inti dan ratakan. Akhir sekali ambil lebihan 'crumble dan ratakan menutupi semua inti.

5. Blend sume bahan utk kastard telur.masak sebentar atas dapur hingga sedikit pekat.tuang kan atas apple crumble tu..

5. Masukkan loyang di rak bawah sekali dan bakar lebih kurang 20 minit pada suhu 190 C, atau hingga Apple Crumble berbau wangi.

Saturday, September 17, 2011

Daging Bakar & Air Asam

Salam pagi Ahad buat semua...pg2 ni tetiba teringat pulak daging bakar yg selalu abah cheFa buat time cuti2 bla ank cucu sume berkumpul kt kg..Yg cheFa tulis kt sni utk anggaran 1kg.

Bahan2:
1kg daging
1 sudu besar soda bikabonat
1 inci halia}
3 biji bawang merah}tumbuk lumat
Kunyit hidup sebesar ibu jari}
garam + gula secukup rasa

Cara2:
1. daging di potong setebal 1 inci (melintang ira) sebesar tapak tangan
2. Dah basuh bersih dan di tos, gaulkan dgn sume bahan. Perap kan semalaman atau sekurang2 nye
2-3 jam.
3. pastu blh bakar atas kuali leper/ oven/ dapur arang atau unggun api (klu dapur arang atau
unggun api sendengkan pengepit daging tu, biar kering air..bila dh betul2 jadi bara api
baru letak kt atas tungku.
4. Sesekali renjis2 kan minyak masak


Air Asam (untuk pencicah)

4 biji cili merah}
7 biji cili padi}
Belacan secukupnya}tumbuk halus
Garam dan sedikit gula}
Asam jawa sebesar ibu jari (perah air nye sja)
1 genggam daun kesum(mayang halus)
1 biji bawang besar dipotong bulat nipis2
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato

cara2:
1. Gaul semua bahan dengan sambal yang telah ditumbuk.
2. Tambahkan air masak sepaya cair sikit.

Jelly Kelapa

Cuaca panas2 tentu sedap pekena jelly kelapa ni kan...1 cawan x cukup nih..klu musim open house cam skrg ni mmg laku klu dihidangkan...nak buat bukan nye susah tp nk cari bekalan air kelapa tu yg payah...harga sebijik kelapa jer dh rm2-2.50!!!tp ada sorang kawan cheFa ni mmg wat bisnez jelly kelapa besar2an..pagi2 dia hantar tong plastik kosong kt kedai runcit.bila diaorg belah je kelapa,dia tadah..so dpt lh byk air kelapa (tp bkn air kelapa muda lh)hehehe...
Jom tgk apa bahan2 nya:

1/2 peket agar2
5 cawan gula(ikut selera masing2 ye)
28 cawan air kelapa
2-3 biji kelapa utk diambil isi nya

Cara2:
1.masak agar2 dgn air biasa dulu(agak2 paras air tu blh tenggelamkan agar2)
2. Bila dh larut masukkan gula..bila dah larut tapis.
3. Masukkan air kelapa. Masak smp didih.
4. Sediakan cawan2 dadih..
5. Kikis isi kelapa dan isikan dalam cawan2 dadih td.
6. Tuangkan agar2 yang telah mendidih td dalam cawan2 dadih.
7. Biarkan sejuk, masukkan dalam frezer..

Bila dh beku keluarkan sekejap pastu boleh lh makan...

Sambal Hijau Bilis

Assalam...tetiba mlm ni teringin plk nk makan ubi kayu rebus..hmmm klu dicacah sambal hijau bilis pn sedap nih..teringat 2 tahun lepas cheFa wat menu ni utk jamuan akhir tahun kelas cheFa...bkn main berselera rakan2 n ank2 murid makan...ye lah,mna ada org wat jamuan jamu ubi kayu??dh tu,dgn pijar2 mulut kepedasan hidang plk jelly kelapa...haaa...mmg berangin 1badan...tp layan jer tekak tu...

Bahan2:

Bahan2:
(a)
5 cili hijau
6-8 cili padi
2-3 bawang merah
2 ulas bawang putih
(b)
1 genggam ikan bilis
1labu bawang besar dipotong bulat

1 minyak masak
Gula&garam secukupnya

Cara2:
1. Kukus semua cili selama 5minit (atau hingga lembut)
2. Tumbuk cili, bawang merah & bawang putih kasar2.
3. Panaskan minyak dan gorengsambal hingga naik minyak.
4. Kacau hingga kering dan letakkan garam dan gula secukup rasa.
5. Goreng rangup ikan bilis bersama bawang besar.
6. Tumbuk kasar2 dan gaul bersama sambal yang telah siap.

Sedap ni kalau makan bersama nasi panas atau ubi kayu rebus.

Friday, September 16, 2011

Acar Timun Kacang Tumbuk

acar timun ni Ummi cheFa yg cipta..Mmg famos lah klu ada majlis doa selamat kt umah cheFa..bg yg xleh makan cuka blh cuba resepi ni...acar ni mmg kena dgn menu nasi2 minyak, cam nasi berempah Arab yg cheFa buat ni...

bahan2:
1 biji timun dikupas kulit
2 mangkuk sos cili
1 mangkuk kacang tanah-goreng & tumbuk
sejumlah cili padi racik halus-ikut kepedasan yg sesuai
1 labu bawang besar-mayang nipis
sedikit garam dan gula

cara2:
1. garit2 kan timun dgn garfu pastu belah tengah dan potong nipis2.
2. masukkan dalam mangkuk besar dan campur semua bahan.
3. gaul rata. rasa kan masin dan manisnye.

SIAP....

Thursday, September 15, 2011

Nasi berempah Arab

Salam 1 Mlaysia buat semua..hari ni Cuti MALAYSIA, cuaca pulak mendung jer..selak resepi2 dlm koleksi peribadi terjumpa plk resepi ni..cm nk buat..yg xde cuma minyak sapi jer..hmmm..guna minyak masak biasa je lh...lg pn dgr mcm2 version yg kata minyak sapi gee haram xleh guna..so apa2 yg ada jelh kan...


Bahan-bahan ( 3 orang )
6 ketul ayam
4 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
1 inci halia
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
1 kiub ayam
1/2 sdk jintan manis
1/2 sdb lada hitam
1/2 sdk jintan putih
3 cwn beras basmathi
5 cawan air
2 sdb minyak sapi
1/2 biji bwg besar - di mayang
1/2 cawan sos tomato
2 sdb rempah kurma
Garam dan gula secukup rasa

Cara2:

1.Bwg merah,bwg putih, halia ditumbuk kasar.
2..Masukan ayam, jintan manis, jintan putih, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, lada hitam, kiub ayam, rempah kurma,air dan bhn yang ditumbuk tadi kedlm periuk.
3.Masukan garam dan gula. Masak sehingga sup mendidih dan ayam masak.
4.Beras basmathi dibasuh dan direndam selama 20 minit toskan beras.
5.Apabila sup ayam telah siap, asingkan sup dan ayam.
6.Bahan2 rempah kasar dan bwg yg terdapat dlm sup tadi dikisar secara halus.
7.Masukkan 1 cwn cawan sup bg menggantikan air semasa mengisar.
8.Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Masukan bawang besar dan masak sehingga sedikit layu. Kemudian masukan bahan yg dikisar td.Tumis sebentar dan masukan 3 cawan sup dan tomato sos. Masukkan sedikit garam dan gula. Apabila hampir mendidih tutupkan api.
8.Masukan beras ke dlm periuk nasi dan diselang selikan dgn ayam.
9.Tunggu sehingga nasi masak. Bleh tabur dgn sedikit bwg goreng, daun sup dan daun bwg.Nasi ini sedap dimakan dengan acar timun dan papadom...

Wednesday, September 7, 2011

Daging dendeng

Assalam..cheFa mAsak dendeng ni..actually ada banyak versi..tp ni ok cheFa suka.yg ni xyah nak tumbuk2 dagingnya...al-maklum lah,cheFa mmg cari resepi yg super sedap n super mudah dimasak..sbb cheFa ni consider super busy kdg2...

bahan-bahan :
1 kilo daging (dihiris nipis atau dipotong kiub)
1-2 sudu besar biji lada hitam (ditumbuk kasar)
2 sudu besar kicap pekat
kicap manis/masin secukupnya
rempah 4 sekawan (buah pelaga, kayu manis, bunga lawang dan cengkih)
1-2 sudu makan serbuk kari daging (dibancuh dengan sedikit air) - optional
air asam jawa secukupnya
garam dan gula
2-3 sudu makan kerisik
air secukupnya
bahan-bahan kisar :
1 labu bawang besar
7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai
Cara-cara :
Satukan daging bersama kicap pekat, lada hitam dan separuh daripada bahan kisar. Gaul-gaulkan sebati dan peraplah selama 1 jam atau semalaman. 
Sediakan minyak secukupnya di dalam periuk/kuali. Tumis bahan-bahan kisar dan rempah 4 sekawan hingga wangi. Kemudian, masukkan serbuk kari dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan daging yang sudah diperap tadi. Kacau sebati. Apabila sudah hampir kering, masukkan air secukupnya. Masak hingga hampir empuk.
Masukkan kicap manis/masin secukupnya, garam, gula kerisik dan air asam jawa. Kacau rata-rata.
Setelah daging empuk serta kuahnya hampir pekat, tutuplah api. Biarkan ia merenih seketika.
Hidangkan bersama nasi putih atau nasi beriani. 

Psssttt:mkn dgn nasi empet@lemang pn ok gak...

Tauhu teratai

Hmmmm...dh lama sgt x buat tauhu teratai ni..rasanye last buat thn 2008..bkn susah pn nak buat tauhu teratai ni...cuma ank2 kureng suka kan..ni pun ada permintaan dari sahabat lama...

Bahan2:(nk wat lebih tambah lh bahannye)

10biji tauhu kering (bentuk kuib)
3keping tauhu putih
2biji telur
1pokok daun sup&daun bawang
Sedikit serbuk lada
Sedikit sayur campur(klu suka)
Garam & serbuk perasa secukupnya

Cara2:
1.potong "X" dibahagian atas tauhu(tauhu tu kn berbentuk kuib,so potong mna2 permukaan pn blh)
2.Terbalikkan bahagian dlm keluar n kikis kan perlahan2 isi tauhu yg melekat kt tauhu tu.
3.Tauhu putih tu diramas2 hingga hancur
4.Campurkan daun sup&daun bawang,serbuk lada,garam n sayur campur(klu suka)
5.pukul telur dan campurkan ke dalam ramasan tauhu.
6.Sumbatkan tauhu ni dlm kulit tauhu kering yg kita dah terbalikkan.tekan padat2.tp jgn smp pecah.
7.Goreng dlm minyak masak.(deep fry)

Tauhu teratai ni blh dicicah bersama sos cili atau sos thai...

Psssttt: menu ni dijadikan hidangan meja mkn beradap...

Sunday, September 4, 2011

Sayur betik Tua

Hari ni cheFa buat sayur ni, ibu mertua ku bertanya "ada ke orang masak sayur ni?" jwb cheFa ni masakan orang kampung cam cheFa..biasanya klu kt kampung memang famili cheFa suka kutip ulam2 keliling rumah..kebetulan dh ada pokok betik dpt umh,apa slhnya wat sayur betik tua ni kan..

Bahan2:
1 biji betik tua-kopek kulit&buang bijinya
1 biji bawang merah
1 biji bawang putih
3 biji cili padi
1/2 kuib ikan bilis
Minyak utk menumis

Cara2:
1. Tumis bawang2 & cili sampai kuning.
2. Masukkan air 1/2 - 2 cawan.
3. Didihkan air
4. Masukkan betik yg dah di potong menyerong.
5. Rebus sampai empuk dan masukkan kiub ikan bilis.

Siap!!

Kembong Sumbat Pandan

4 ekor ikan kembong yg besar
-bersihkan ikan dan gaul dgn sedikit serbuk kunyit&garam
*Sambal blacan
(5 biji cili merah)
(6 biji cili padi)
(belacan sebesar ibu jari)
(garam secukupnya)
(air asam jawa)
*daun pandan secukupnya
*benang(klu daun kecil)/lidi

Cara2:
1. Potong ujung mulut ikan kembong- jgn belah bahagian perut tapi belah bahagian belakang ikan.
2. Masukkan sambal blacan menggunakan sudu kecil.
3. Balut ikan dgn daun pandan dan matikan dgn lidi kecil..klu daun pandan kecil kna lh ikat dgn benang..
4. Bakar ikan diatas kuali leper yg di letakkan sikit minyak masak. Tutup dhn tudung periuk..
5. Terbalik kan sesekali hingga ikan garing/masak...

Pssst: masa cheFa kecik2 dulu rumah kt tepi pantai,jadi dpt ikan yg fresh..rasanya manis sgt..dh tu bakar plk pakai sabut n kayu api kt blakang rumah yg mengadap bendang...perrrhggg... Indah sungguh pemandangan...

Thursday, September 1, 2011

capati roll

breakfast ari ni wat something yg ank2 kata "wah..ummi wat tortilla" dia org x tau itu capati...hehehehe

Bahan2:

10 keping capati segera( masakkan atas kuali leper)
1 peket inti kebab segera (cheFa guna kebab ayam)- panaskan
1 biji tomato
1/2 biji timun (cheFa x letak coz xde timun kt umah)
mayonis
serbuk lada putih (klu suka)
cili sos
tomato sos

cara2:
1. letakkan inti kebab atas capati
2. letakkan hirisan tomato, timun dan sprinkle serbuk lada putih
3. tuangkan mayonis
4. cicah bersama sos



Ayam Goreng Madu Arab

ni masakan yg cheFa on 2nd ari raya...bahan2 nye mmg simple sangat2...


Bahan2:

1 ekor ayam potong kecil- digoreng garing
1 mangkuk kecil madu
10 biji kurma di belah halus2
4 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
1 inci halia}
5 ulas bawang merah}  tumbuk lumat
3 ulas bawang putih}
4 sudu besar cili paste
1 sudu besar lada hitam di tumbuk kasar
2 sudu bijan (utk ditabur sebagai hiasan)

cara2:

1. tumis bahan yg telah ditumbuk
2. masukkan cili paste..goreng sampai naik minyak
3. masukkan belahan kurma, madu,sos cili dan sos tomato
4. masukkan ayam dan gaul sampai sume bahan tadi melakat dan melekit pada ayam
5. hidangkan dalam pinggan dan taburkan bijan


carbonara cheFa

Assalam...fuh..penat nye...tp seronok bila ramai tetamu dtg umh..time raya ni lh dpt berjumpa dgn sedara yg tinggal jauh2...x-ank2 murid + their parents..kwn2 dulu kini dan selamanya....
Cm semalam 3 round masak..pg-bihun sup utara, tghari-nasi empet dgn rendang ayam, mlm carbonara....
so cheFa nk share resepi ni...tp bkn carbonara cam mat saleh pny tau...carbonara cheFa ni dh cheFa modified ikut tekak omMelayu...



Bahan2 :

1/2 bungkus speghetti halus (direbus)
1 tin paste carbonara
3 biji cili merah}
3 biji cili hijau}
3 biji bawang putih}  dadukan
1 biji bawang holland}
1 biji tomato}
1/2 bungkus daging kisar
15 biji chicken balls (goreng dulu)
4 sudu minyak sun flower(sbb xde minyak zaiton)
sedikit garam
*klu suka blh letak sayur campur

Cara2 :
1. tumis bahan2 yg telah didadukan
2. masukkan daging kisar-goreng sampai kering
3. masukkan chicken balls
4. masukkan speghetti-gaul sebentar
5. masukkan carbonara paste..gaul2 kan sampai sekata..
6. hidang panas2...

pssttt: sesuai utk hidangan time open house...




Monday, August 29, 2011

Assalam Eid Mubarak...

Salam buat semua rakan2 yg setia mengikuti Gebang2cheFa...
CheFa memohon kemaafan sekira nya terkasar bahasa yg menyinggung perasaan dlm penulisan cheFa dlm blog ni..
Doa cheFa agar semua rakan2 berbahagia di syawal ini..moga siratulrahim di alam maya ini
akan berkekalan...AMIN

Saturday, August 27, 2011

Ayam Gajus

Assalam..semalam berbuka, cheFa buat ayam gajus..disebabkan gajus yg peket tu xde..cheFa kidnap je gajus masin Tong Garden dlm peti ais tu..jg kurangkan garam ye..

Bahan2:
Isi ayam – dipotong kecil
2-3 ulas bawang putih cincang halus
4-5 cili kering digoreng sekejap
sedikit sos ikan [nampla]
2 tbsp sos tiram
1 tbsp kicap manis
gula perang secukup rasa [nak ganti dgn honey pun boleh]
1 tbsp cili panggang thai [nam prik pau] – kalau takde guna cili merah tumbuk pun boleh
air secukupnya
gajus yg dah disangrai/bakar secukupnya
daun bwg/daun ketumbar – dipotong kasar-kasar
minyak masak n sedikit sedikit minyak bijan
sedikit serbuk lada putih

Cara2:

1.Panaskan minyak dan tumis bawang putih sampai naik bau dan masukkan cili then kacau lagi ..
2.masukkan ayam hingga agak2 hampir masak..
3.masukkan sos tiram, kicap manis, gula dan sos ikan.
4.Kacau hingga mesra (tambahkan air jika perlu)
5.Masukkan cili kering dan gajus dan lada hitam
6.Gaul dan akhir sekali masukkan daun bawang.
Slamat mencuba!!

Mee goreng Mamak

Assalam...berbuka td kmi mkn mee goreng mamak...simple je..

Bahan2:

2biji bwg merah di mayang
2biji telur
3biji cili padi di tumbuk kasar2
1biji tomato dibelah 4
1/2 kg mee kuning
(kt paso tani UDA ni ada mee kuning yg kering-produk muslim so leh guna tanpa was2)
3sudu besar cili boh
2sudu sos cili
3sudu sos tomato
1sudu kicap pekat
2sudu kicap cair
Sedikit daging yg telah direbus
Sedikit udang (ni petua kakak cheFa-udang tu masak sekejap dgn sedikit minyak,dh kuar air
udang tu angkat n buangkan minyak td,jgn guna lg)
Sepokok sawi
Segenggam taugeh


Cara2:
1.tumis bwg n cili..
2.tolak ketepi dan pecahkan telur,biar srkejap baru kacau..
3.dh berketul2 baru masukkan cili boh,semua kicap,semua sos..
4.masukkan dgg n udang
5.masukkan sawi&taugeh.kacau sekejap trus masukkan mee..
6.klu x masukkan kicap klu x cukup masin..

InsyaALLAH..rasanya mmg wallahhh...sodap!!

Tuesday, August 23, 2011

Biskut asam manis

biskut asam manis...my febret...sorri ye kali ni x nak share gambar coz cheFa nye biskut dh jadi BISKUT SI HITAM MANIS (hangus sikit coz tinggalkan oven n berkejar g amek anak blk tuition..hehehe...)

250 gm mentega
150 gm gula perang
1 biji kuning telur
2 sudu makan madu
50 gm gajus – kisar halus
50 gm asam gambir (haw flakes) – hancurkan
200 gm tepung gandum
Bahan hiasan:
Kuning telur
Asam gambir (haw flakes)
Cara Penyediaan:
Pukul mentega, gula perang, telur kuning dan madu hingga sebati.
Masukkan gajus, asam gambir dan tepung gandum, gaul sehingga membentuk doh.
Taburkan tepung pada meja kerja untuk mengelakkan doh melekat.
Canai doh anggaran setebal 8mm. Terap mengikut corak yang anda suka dan susun atas dulang pembakar yang telah digris.
Sapu kuning telur pada permukaan atas dan letakkan sekeping asam gambir sebagai hiasan.
Bakar pada suhu 180ºC selama lebih kurang 15 hingga 20 minit.

Famos amos chococip

assalam...sikit hari dulu (ceh..ni phrase ala2 org singapura) dlm FB kecoh sal famos amos ni..ni jer bahan2 yg mudah...blh buat sndiri jer..

Bahan-bahannya:

1 cawan mentega @ 227 g
 3/4 cawan gula halus
1 cawan gula perang
2 biji telur
1 sk esen vanila
2 cawan tepung serbaguna
1 sk soda bicarbonat
1 sk baking powder
2 1/2 oat blend tp jgn halus sangat
 1 1/2 cawan coklat chip
1/2 sk garam
1 cawan coklat bar(apa2 brand pn blh)
2 biji telur
1 1/2 cawan kekacang almond @ pecan @ walnut yang telah dicincang
(panaskan sekejap dlm oven)

Cara membuatnya:

1.Pukul mentega dan kedua-dua gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan vanila dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung, oat, garam, baking powder dan soda bikarbonat.
4. Masukkan choc chips, choc bar dan kacang. Gaul rata.
5. Bulatkan atau sudukan dan letak di atas dulang pembakar dengan jarak 2 inci.
6. Bakar selama 10-12 minit dengan suhu 160C.
7. Sejukkan dahulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara

FITNESS CHOC LITE..


Ni resepi yg simple...

2 cawan fitness cereals
badam secukupnye
apa2 kekacang yang ada kt  dapur
100 gm cooking coklat (double boiled)
paper cups

cara2:

1. Campur aemua kekacang n cereals dlm bowl
2. gaul kan dengan coklat yg telah di cai kan..
3. sudu kan dalam paper cup
4. hiaskan dengan badam..
(lg sedap klu dapat letakkan cocktail nuts brand tong garden tu)

cookies ni x perlu masak..biarkan coklat tu mengeras pada suhu bilik jer..senang bhaaaa...

Puding roti marble / pelangi...

cheFa amek gambar ni b4 di kukus..yg dh kukus dah slamat dlm perut anak2...

Bahan-bahan ( loyang 8 inc. / 9 inc. )
12 keping roti putih - disiat2
2 cawan susu sejat/susu segar (atau campuran kedua2 susu)
4 sb susu manis
1/2 cawan gula halus (boleh kurangkan)
2 biji telur
3 sb tepung jagung
2 sb mentega/majerin
1 sk esen vanilla
1/4 sk garam
100 g choc. cair / 3 sb serbuk koko (utk corak marble)
pewarna merah,kuning,hijau (utk corak pelangi)
Cara-cara

 Satukan kesemua bahan2 kecuali choc dan pewarna di dalam mangkuk.
 Kisar bahan2 tadi hingga halus.
 Bahagi adunan kpd 2 bahagian dan bubuh choc pd 1 bahagian.Marblekan adunan berselang-seli warna di dalam loyang yg telah digris keliling.
 Kukus puding hingga masak selama 30-35 min.
Biarkan puding sejuk di dalam loyang.
 Potong dan sajikan.

daging masak merah

assalam..actually dh lama wat daging masak merah ni..cuma x sempat nk upload gambar jer..n lately bz dgn kerja skolah...(hmmm dari kecik p sklah smp besar pn p sklah gak...best tau!! hehehehe)



  • 1/2 kilo daging dipotong nipis n direbus dengan pewarna merah sehingga lembut
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • 1 biji cili 
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai di titik
  • 1 helai daun limau purut
  • 2 sudu besar sos cili, 
  • 2 s/b sos tomato 
  • 2 s/b sos tiram.. 
  • garam , gula
  • cara2:
  •  1.Tumiskan bawang besar.. bawang putih n halia sehingga kekuningan, masukkan serai bersama2..
  • 2. Masukkan sos cili, sos tomato n sos tiram... klu kering tambah air skit... 
  • 3. Masukkan garam.. serbuk perasa klu suka blh letak (optional).. tapi cheFa tak letak sbb mmg x suka serbuk2 perasa ni....jgn lupa daun limau purut
  • 4. Masukkan daging rebus tadi.. masak hingga sebati..
  • 5. Masukkan cili daun sup n daun bawang..