Saturday, April 30, 2011

Nasi kandaq penang

Nasi kandaq penang (cheFa dpt resepi ni dlm google)

1. Basuh Beras dan rendamkan selama 15 minit dan tapis. (jangan lama beras anda akan kembang).

2. Didihkan air dalam periok anggaran air biasanya 1:4  maknanya 1 cup beras 4 cup air.

3. Masukkan minyak masak (minyak sayuran “vanaspathi” ) dlm air sedang didih  1 sudu besar (1 sudu besar untuk 1 cup beras).

4. Masukkan garam secukup rasa ( periksa keasinan melalui air).

5. Masukkan “campuran garam masala” (1 btg kayu manis, 2 biji buah pelaga, 3 bunga cengkih dan 2 biji bunga lawang).

6. Masukkan beras . Tutup tudung dan mediumkan api dapur.

7. Selepas 12 minit buka tudung dan kacau perlahan supaya beras dibawah periok tidak hangus. Cuba ambil nasi yang sedang masak dan rasa kelembutan. sekira tidak mencukupi 95 peratus tutup kembali. Buka semula tudung dan periksa kelembutan sekiranya capai masak 95 peratus. Buang air kanji dengan menggunakan tuang kanji itu kedalam tapis (nasi yang keluar boleh dimasukkan kembali dalam periok.

8. Tutup kembali tudung dan 5 peratus lagi nasi itu masak dengan wapnya sendiri.

Selamat mencuba. Kalu tak mencuba ia tak jadi. “Practice make perfect”.

Daging masak itam nasi kandaq



 Daging Masak Itam Nasi kandaq

Bahan-bahan :
Daging Lembu               1 kg (dipotong hiris mengikut urat daging 16 keping).
Bawang besar                2 biji dipotong hiris memanjang.
Rempah kari Daging       5 pkt.kecil atau 2 senduk besar.
Serbuk Jintan Putih        1 sudu kecil
Serbuk Jintan manis       1 sudu kecil
Serbuk Kas-kas            1 sudu kecil ( Tidak kemestian)
*Cili Giling (sedia)         2 senduk besar atau mengikut kepedasan anda inginkan.
Santan pekat                 250 gm jika kehendaki.

Bahan untuk kisar / Tumis:

Bawang besar 2 biji dikisar dan asingkan
Bawang putih 6 ulas + halia 10cm dikisar dan asingkan.
Serai 2 batang di ketuk di pangkal.
Daun pandan sebanyak 4 helai. Daun kari dua tangkai.(kisar n perah jus nya)
Kayu manis campur 2 btg.kayu manis + 5 buah pelaga + 4 bunga lawang + 8 cengkih.
Kicap Pekat Mee (tamim amat sesuai) 2 senduk besar sesuaikan warna yang dikehendaki.
Minyak masak dua senduk besar.
CARA PENYEDIAAN:

1. Bersihkan daging dan rebus daging sehingga empuk (cuba carikan daging sekiranya senang dicarik ; daging telah lembut dan sedia). Sekiranya menggunakan daging  segar, daging ini tidak perlu direbus dahulu.Tentukan air rebusan daging tidak dibuang. Paras air daging semasa rebus perlu diberi perhatian, jangan sampai daging hangus kerana paras yang terlalu sedikit.

2. Panaskan kuali dan masukan minyak masak. Apabila minyak panas masukan campuran kayu manis, Buah pelaga, cengkih, bunga lawang (garam masala)  dan serai. apabila ramuan mula keluarkan bau harum.

3. Masukan hirisan bawang kacau sehingga warna hirisan bawang bertukar keemasan.

4.Masukan Bawang kisar dan bahan kisaran Halia + Bawang Putih dan jus pandan+daun kari kacau sehingga bahan-bahan ini keluarkan bau harum.

5. Masukan bahan kisar cili /cili giling kacau rata atau serbuk cili. Selepas 3-4 minit masukkan Rebusan daging dan Airnya sekali. Kacau rata.

6. Masukkan serbuk kari,Jintan Putih, jintan manis , kas-kas dan kicap pekat mee. Kacau rata dan biarkan mendidih sehingga kuah menjadi pekat.

7. Kecilkan api dan  masukan 1 sudu besar gula pasir dan satu kecil perasa makanan (jika perlukan). masukan garam secukup rasa (awas dengan kemasinan kicap tersedia ada). kacau rata. padamkan api. Keluarkan dari kuali dan hidangkan. Taburkan daun pudina dan bawang goreng di atas dan sedia untuk hidangan. Selamat mencuba.

pssttt...:ari ni wat yg simple..xde kas2 pn..

Ayam masak madu

 AYAM MASAK MADU.

Bahan-Bahan:

1. 1 Ekor ayam 1.6kg – 1.8kg di potong 10.Bersihkan dan sedia untuk goreng.
2. 250 gm buah kurma (buang bijinya dan kisar dengan sedikit air).
3. 100gm buah kismis.
4. 50gm buah jagus.
5. 2 sudu besar gula pasir.
6. 1 sudu besar serbuk cili.
7. 1 susu besar Jintan putih.
8. 1 sudu besar Jintan manis.
9. 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis. (Tumbukan kayu manis dan kisar kering).
10. Buah pelaga 5-7 biji, Cengkih 5, Bunga lawang 5.
11. Daun pandan satu helai (potong dalam 2-3 inchi)
12. Kisaran halia (2in.) + Bawang besar 2 biji + bawang putih 5-7 ulas)
13. Bawang goreng dan daun pudina untuk taburkan diatas hidangan.
14. Hirisan bawang besar i biji (besar).
15. Minyak masak dan garam untuk secukup rasa.

1. Bersihkan ketulan ayam, masukan kunyit dan garam(sedikit) dan goreng.Gorengan tidak perlu garing atau terlalu lama cukup kadar masak 3/4 sahaja.Asingkan..

2. Panaskan kuali dam masukkan minyak tiga sudu besar. Gorengkan biji jagis dan kismis dalam api yang sederhana. jangan hanguskan gorengan ini. Asingkan gorengan ini.

3. Tambahkan satu sudu besar minyak dan masukkan buah pelaga, cengkih dan bunga lawang. Apabila keluarkan bau yang harum masukkan hirisan bawang dn daun pandan. Apabila hirisan bawang mengeluarkan bau yang harum masukkan bahan kisaran Bawang+Halia + bawang putih.

4. Apabila gorengan nimengeluarkan haruaman masukan serbuk cili, serbuk jintan putih dan manis, serbuk kayu manis. Kacau rata campuran ini apabila campuran ini keluarkan sekali lagi bau yang harum masukan kisaran buah kurma dan gula pasir.Biarkan campuran ini masak seketika dan perlu tentukan likatan yang diperlukan.Sekiranya terlalu likat bolehlah campurkan sedikit air. Kuah ini perlu mendidih sekiranya air dimasukan.Masukan garam yang sederhana.

5. Masukkan ayam yang telah sedia digoreng kacau serata supaya kuah berempah ini dapat serap kedalam isi ayam. Kecilkan api dapur dan masukan Buah ganjus dan kismis yang telah goreng.Kacau serata.

6. Keluarkan dari kuali dan hidangkan.Curahkan sedikit madu keatas hidangan ayam.Taburkan bawang goreng (tersedia) dan daun pudina di atas hidangan tersebut (boleh juga di hiaskan dgn cili merah). 

Sasuka

Sasuka

Sasuka ni resepi kakak ipar cheFa kt Spore yg beri..kak Dalya ni mmg rajin ke dapur.maklumlah fulltime suri rumah...
Walaupun bahan2 nya byk,tp hasil nya mmg x mengecewakan..ppt cuba ni..

Bahan2:
(A)
1/2 kg daging kisar*
1 sudu mkn serbuk kari daging* perap 1 jam
50gm lada kering*
10gm halia*
4gm bawang merah *blend
4biji tomato-dadu
5biji bwg besar-dadu
1tin tomato puri
2 sudu gula
50gm bwg goreng
300gm sayur campur
6 sudu mkn sos tomato
Garam secukup rasa

(B)
10 gm daun sup&daun bawang-dihiris halus *
10gm daun ketumbar dihiris halus(ambil smp akarnya-ada khasiat) *
*1/2 digunakan utk masak,1/2 lagi utk ditabur diatas daging

6 biji telur
1biji cili merah-dihiris halus
1biji cili hijau-dihiris halus

Cara2:
1.Tumis bahan yg di blend.masikkan daging yg tlh diperap.masak hingga kering air
2.Masukkan sume bahan2 (A)
3.Masak hingga kering..
4.Letakkan garam secukup rasa.
5.Masukkan dlm loyang atau mangkuk kaca (microwave oven proof) yg telah di lenser dgn butter.
6.Pukul telur dan tuang atas daging yg telah dituang didlm loyang.
7.Tabur bahan (B)
8.Bakar hingga telur masak.

Makan bersama roti prancis yg telah dipanaskan..boleh dihidangkan semasa buat open house @ majlis2 tertentu..

ayaq asam utagha...


ni resepi turun temurun ummi cheFa...klu dh pekena sekali mmg "melekat" dihati...x caya??try lh...

bahan2 : (anggaran utk lunch 5 org)

(A)
5 bji cili merah
6-8 bji cili padi
1 buku belacan (dlm saiz 1 ibu jari)
garam secukupnya
sedikit asam jawa(amek patinya)
*yg bhn2 ni sume blend-cheFa ni nak wat keje cpt2 jd main blend jer sume benda)

(B)
2 pokok daun kesum
1/2 labu bawang besar
1 biji tomato
1 sudu sos cili
1sudu sos tomato
air masak (juz utk cair kn sambal)
*klu suka blh letak kacang goreng yg ditumbuk halus)

Cara2:

1. Bahan (A) blend sume..masukkan dlm mangkuk
2. Bahan (B) mayang halus2..
3. Campur bahan (B) dlm mangkuk bersama bahan (A) td.
4. Tambahkan air ikut suka lh..sape nk pekat kurang kan air...

ayaq asam ni blh mkn dgn nasi daging,nasi putih n sup atau dgn ayam goreng/ikan goreng...

Friday, April 29, 2011

Nasi kebuli JaWa

Nasi kebuli Jawa

2 sdm minyak sapi/mentega
1/4 sudu kecil serbuk pala
3 biji pelaga
3 biji cengkih
5 cm kayu manis
1 batang serai, ketuk
1/2 ekor (500 g) ayam, potong-potong
750 ml air
400 g beras basmathi cuci, toskan dan kukus

Utk blend:
10 butir bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sdm ketumbar*
1/2 sdt jintan* di sangar
3 cm halia
1 sdt garam

Utk hiasan:
2 sdm bawang merah goreng
Kismis
Gajus

Cara membuat:
- Panaskan minyak sapi/ mentega hingga cair.Masukkan bhn yg di blend, serbuk buah pala, pelaga cengkih, kayu manis, halia dan serai. Goreng hingga aromanya harum.
- Masukkan potongan ayam, gaul hingga ayam 1/2 masak dan berubah warna.
- Tuangi air, masak hingga mendidih, biarkan daging ayamnya empuk dan kuahnya agak pekat.
- Tambahkan beras yang setengah masak dan kacau rata.
- masukkan beras dlm kukusan dan kukus hingga masak..
- Angkat.Taburkan bawang merah goreng,kismis atau gajus yg telah di sangar..

# blh dimakan bersama acar timun

Kek buah vegetarian(tanpa telur)



Kek buah Vegetarian(tanpa telur)

Bahan-bahan ( tin 12x8 inci )
4 cawan tepong naik sendiri
2 cawan buah campuran kering
1 buku butter
1 cawan gula (boleh guna gula perang utk kek lebih gelap dan tambah 1/2 cawan lagi gula jika suka manis)
3 cawan air
1 sudu teh bicarbonate soda
Cara-cara

 campur kesemua bahan kecuali tepong dan bicarbonate soda ke dalam periuk
 masak atas api perlahan sehingga mendidih dan biarkan suam. Setelah suam masukkan bicarbonate soda dan kacau rata.
 ayak tepung ke dalam mangkok adunan dan buat lubang di tengah. Kemudain tuangkan adunan yang telah suam ke dalammnya.
 kacau adunan hingga rata dan sebati.
 masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilenser dan dialas dengan kertas minyak.
 Bakar dengan api sederhana (oven mark 4-5) atau sehingga masak - bila lidi keluar dengan bersih.

Thursday, April 28, 2011

CRISPY MEE HOON BONDA


crispy mee hoon bonda

smlm wat menu ni tp x sempat nak tulis kn resepinya..ari ni baru lapang sikit...busy bebeno kt sklah dgn kerja2 kraf tangan yg lum siap2 tu...
jom tengok apa bahan2nya....

bahan2:
1/2 peket mee hoon (jgn rendam air tau. juz potong dlm 2 inci & goreng sikit2 dalam minyak yg cukup panas)
2-3 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih * mayang utk tumisan
isi ayam (ikut suka lah berapa byk nak)
sayur2 apa yang ada dlm peti sejuk
(boleh letak -1/2 btg karot,bunga kobis, brokolli,baby jagung,cendawan,sawi dll)
2 pokok daun sup
2 pokok daun bawang
2 biji tomato
3 biji telur
2 kiub pati ayam
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar kicap
4sudu besar tepung jagung utk pekat kan
serbuk perasa
garam & gula

cara:
1. tumis bawang sampai kekuningan..masukkan ayam..
2. masukkan sayur2 yg lambat empuk dulu diikuti dgn sayur2 yg lain
3.masukkan kiub ayam,tomato sos tiram n kicap
4.bila dh menggelegak masukkan telur n terus kacau sampai telur tu jadi halus (x bergentel2)
5. masukkan daun sup n daun bawang serbuk perasa, garam n gula..
6. masukkan tepung jagung kacau sampai pekat...

...bila dh cukup rasa,tungkan atas mee hoon yg dah di goreng tadi..
...kalau lambat lg nak mkn,simpan dulu mee hoon kt dalam bekas kedap udara..biar dia mantain crispy..

*pssttt : tgk lah gaya ank cheFa dlm gambar kt atas tu...x sempat2 dah nak mkn...