Friday, November 4, 2011

Wantan Ayam

Agak lma cheFa x buat wantan ayam ni...sejuk2 ni sedap klu makan time ujan cm skrg ni...

Bahan2:

Kepingan kulit wantan secukupnya
5 keping fillet ayam-blend
1 labu bawang besar-dadukan
1ulas bawang putih }cincang halus
sedikit halia }
1 sudu teh lada hitam ditumbuk kasar
Garam n gula secukupnya

Cara2 :

1. Gaul semua bahan di dalam mangkuk..
2. Sudukan inti ayam ke atas kulit wantan.
3. Basahkan keliling kulit wantan dan cantumkan hujungnya..buat sampai habis inti ayam.
4. Goreng secara deep fry.

Bolah dicicah bersama sos cili atau sos thai....Sedap.... 

Rendang minangkabau

Assalam...salam jumaat buat semua..sejukkkknye kt JB..hujan rahmat almost everyday...lusa dh nk raya haji..dok terfikir nk masak apa nih..teringat plk ada fren mentioned rendang minangkabau..so tny makcik cheFa..so ini lh dia resepi nya..klu lh cheFa ni mmg sama dgn makcik cheFa punya..mmg grenti sedap...


Bahan-bahan:
1 kg daging lembu batang pinang - dipotong kiub sebesar 3 jari

*10 sudu cili kisar - ikut kepedasan masing2
*15 biji cili padi - ikut kepedasan masing2
*2 ketul lengkuas
*1 ketul kunyit hidup
*2 batang serai
*10 ulas bawang putih
*15 biji bawang merah
250gm santan kelapa
4 sudu makan kerisik

cara:
1. kisarkan bahan berbintang hingga hancur
2. panaskan minyak dan tumiskan semua bahan yg dikisar hingga naik bau
setelah garing
3. masukkan daging dan santan kelapa. 4. Renehkan hingga kering dan pekat (klu daging empuk tambahkan air)
5. masukkan kerisik dan garam. 
Sedia untuk dimakan...