Saturday, September 17, 2011

Daging Bakar & Air Asam

Salam pagi Ahad buat semua...pg2 ni tetiba teringat pulak daging bakar yg selalu abah cheFa buat time cuti2 bla ank cucu sume berkumpul kt kg..Yg cheFa tulis kt sni utk anggaran 1kg.

Bahan2:
1kg daging
1 sudu besar soda bikabonat
1 inci halia}
3 biji bawang merah}tumbuk lumat
Kunyit hidup sebesar ibu jari}
garam + gula secukup rasa

Cara2:
1. daging di potong setebal 1 inci (melintang ira) sebesar tapak tangan
2. Dah basuh bersih dan di tos, gaulkan dgn sume bahan. Perap kan semalaman atau sekurang2 nye
2-3 jam.
3. pastu blh bakar atas kuali leper/ oven/ dapur arang atau unggun api (klu dapur arang atau
unggun api sendengkan pengepit daging tu, biar kering air..bila dh betul2 jadi bara api
baru letak kt atas tungku.
4. Sesekali renjis2 kan minyak masak


Air Asam (untuk pencicah)

4 biji cili merah}
7 biji cili padi}
Belacan secukupnya}tumbuk halus
Garam dan sedikit gula}
Asam jawa sebesar ibu jari (perah air nye sja)
1 genggam daun kesum(mayang halus)
1 biji bawang besar dipotong bulat nipis2
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato

cara2:
1. Gaul semua bahan dengan sambal yang telah ditumbuk.
2. Tambahkan air masak sepaya cair sikit.

Jelly Kelapa

Cuaca panas2 tentu sedap pekena jelly kelapa ni kan...1 cawan x cukup nih..klu musim open house cam skrg ni mmg laku klu dihidangkan...nak buat bukan nye susah tp nk cari bekalan air kelapa tu yg payah...harga sebijik kelapa jer dh rm2-2.50!!!tp ada sorang kawan cheFa ni mmg wat bisnez jelly kelapa besar2an..pagi2 dia hantar tong plastik kosong kt kedai runcit.bila diaorg belah je kelapa,dia tadah..so dpt lh byk air kelapa (tp bkn air kelapa muda lh)hehehe...
Jom tgk apa bahan2 nya:

1/2 peket agar2
5 cawan gula(ikut selera masing2 ye)
28 cawan air kelapa
2-3 biji kelapa utk diambil isi nya

Cara2:
1.masak agar2 dgn air biasa dulu(agak2 paras air tu blh tenggelamkan agar2)
2. Bila dh larut masukkan gula..bila dah larut tapis.
3. Masukkan air kelapa. Masak smp didih.
4. Sediakan cawan2 dadih..
5. Kikis isi kelapa dan isikan dalam cawan2 dadih td.
6. Tuangkan agar2 yang telah mendidih td dalam cawan2 dadih.
7. Biarkan sejuk, masukkan dalam frezer..

Bila dh beku keluarkan sekejap pastu boleh lh makan...

Sambal Hijau Bilis

Assalam...tetiba mlm ni teringin plk nk makan ubi kayu rebus..hmmm klu dicacah sambal hijau bilis pn sedap nih..teringat 2 tahun lepas cheFa wat menu ni utk jamuan akhir tahun kelas cheFa...bkn main berselera rakan2 n ank2 murid makan...ye lah,mna ada org wat jamuan jamu ubi kayu??dh tu,dgn pijar2 mulut kepedasan hidang plk jelly kelapa...haaa...mmg berangin 1badan...tp layan jer tekak tu...

Bahan2:

Bahan2:
(a)
5 cili hijau
6-8 cili padi
2-3 bawang merah
2 ulas bawang putih
(b)
1 genggam ikan bilis
1labu bawang besar dipotong bulat

1 minyak masak
Gula&garam secukupnya

Cara2:
1. Kukus semua cili selama 5minit (atau hingga lembut)
2. Tumbuk cili, bawang merah & bawang putih kasar2.
3. Panaskan minyak dan gorengsambal hingga naik minyak.
4. Kacau hingga kering dan letakkan garam dan gula secukup rasa.
5. Goreng rangup ikan bilis bersama bawang besar.
6. Tumbuk kasar2 dan gaul bersama sambal yang telah siap.

Sedap ni kalau makan bersama nasi panas atau ubi kayu rebus.

Friday, September 16, 2011

Acar Timun Kacang Tumbuk

acar timun ni Ummi cheFa yg cipta..Mmg famos lah klu ada majlis doa selamat kt umah cheFa..bg yg xleh makan cuka blh cuba resepi ni...acar ni mmg kena dgn menu nasi2 minyak, cam nasi berempah Arab yg cheFa buat ni...

bahan2:
1 biji timun dikupas kulit
2 mangkuk sos cili
1 mangkuk kacang tanah-goreng & tumbuk
sejumlah cili padi racik halus-ikut kepedasan yg sesuai
1 labu bawang besar-mayang nipis
sedikit garam dan gula

cara2:
1. garit2 kan timun dgn garfu pastu belah tengah dan potong nipis2.
2. masukkan dalam mangkuk besar dan campur semua bahan.
3. gaul rata. rasa kan masin dan manisnye.

SIAP....

Thursday, September 15, 2011

Nasi berempah Arab

Salam 1 Mlaysia buat semua..hari ni Cuti MALAYSIA, cuaca pulak mendung jer..selak resepi2 dlm koleksi peribadi terjumpa plk resepi ni..cm nk buat..yg xde cuma minyak sapi jer..hmmm..guna minyak masak biasa je lh...lg pn dgr mcm2 version yg kata minyak sapi gee haram xleh guna..so apa2 yg ada jelh kan...


Bahan-bahan ( 3 orang )
6 ketul ayam
4 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
1 inci halia
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
1 kiub ayam
1/2 sdk jintan manis
1/2 sdb lada hitam
1/2 sdk jintan putih
3 cwn beras basmathi
5 cawan air
2 sdb minyak sapi
1/2 biji bwg besar - di mayang
1/2 cawan sos tomato
2 sdb rempah kurma
Garam dan gula secukup rasa

Cara2:

1.Bwg merah,bwg putih, halia ditumbuk kasar.
2..Masukan ayam, jintan manis, jintan putih, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, lada hitam, kiub ayam, rempah kurma,air dan bhn yang ditumbuk tadi kedlm periuk.
3.Masukan garam dan gula. Masak sehingga sup mendidih dan ayam masak.
4.Beras basmathi dibasuh dan direndam selama 20 minit toskan beras.
5.Apabila sup ayam telah siap, asingkan sup dan ayam.
6.Bahan2 rempah kasar dan bwg yg terdapat dlm sup tadi dikisar secara halus.
7.Masukkan 1 cwn cawan sup bg menggantikan air semasa mengisar.
8.Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Masukan bawang besar dan masak sehingga sedikit layu. Kemudian masukan bahan yg dikisar td.Tumis sebentar dan masukan 3 cawan sup dan tomato sos. Masukkan sedikit garam dan gula. Apabila hampir mendidih tutupkan api.
8.Masukan beras ke dlm periuk nasi dan diselang selikan dgn ayam.
9.Tunggu sehingga nasi masak. Bleh tabur dgn sedikit bwg goreng, daun sup dan daun bwg.Nasi ini sedap dimakan dengan acar timun dan papadom...