Friday, December 23, 2011

tart telur

salam jumaat yg dingin buat rakan2...td dh bertungkus lumus kt dapur buah 2nd adunan untuk blueberry cheese tart.at last ada lg kulit tart yg lebih..lebih kurang 20 biji...hmmmm after dok tenung2 kulit tu terkuar plk mentol (idea) utk jadikan tart telur (egg tartlets)..so trus lh cheFa pn gi godak2 benda2 kt dapur..ni kira 1005 idea sendiri..sumenya main agak2 jer tp ank cheFa ckp sedap secukup rasa...


bahan2 kastard telur (utk 20 biji kulit tart) :

2 sudu besar tepung kastard (membukit)
1 biji telur
3 sudu whipping cream
3-4 sudu gula
3-4 sudu air
secubit garam
1/2 sudu kecil esen vanila

cara2nya :

1. blend sume bahan dlm blender
2. tapis ke dalam mangkuk
3. sudukan kedalam kulit tart.
4. bakar pada suhu 180c selama lebih kurang 10 minit

* kalau ikut adunan di bawah ni blh dapat 90-100 biji kulit tart..so kalau ni buat egg tartlets blh lh darab 5 semua bahan kastard telur tu...

ni bahan2 untuk kulit tart:
300g tepung }
150g butter}
1 sudu garam}    gaul semua hingga jadi sebuku doh
1 sudu esen vanila}
1 biji telur}
2 sudu susu tepung}

Thursday, December 22, 2011

blueberry cheese tarts

assalam...sejak dr mlm td bz sediakan kulit tart ni..resepi dr Nor Yusuff  kt group Chef Mom Vs Chef Dad kt FB...(ada ke cheFa panggil dia kak..rupa2nya cik Nor kita ni lg muda dri cheFa...hehehehehehehe) ..apa2 pn ni mmg chistat yg paling cheFa suka sbb x manis...ala2 sweet2 cheFa jer...hehehehehe


jom tengok resepinya...

Kulit tat
300 gm tepung gandum
150 gm butter (kalau guna marjerin tambah 2 sudu besar susu tepung)
1 biji telur
3 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 sudu teh vanilla

Cara-caranya:
* tepung + telur + butter + gula + garam + vanilla...adunkan sume dlm mixer uli sampai jd doh
* rehatkan doh dlm peti ais selama 30 minit
* canai & terapkan doh dgn acuan tat
* bakar 160C lebih krg 15-20 minit (senang cite dah masak ler)
* angkat & sejukkan

Filling :
250 gm cream cheese Philadelphia
3 sudu besar gula
1 biji telur
6 sudu besar krim putar
2 sudu besar tepung gandum
blueberry filling secukupnya (ni boleh gak klu nk guna strawberry...jadilah strawberry cheese tart lak...hehehee)

Cara-cara:
* cream cheese + gula...pukul kembang
* masukkan telur pukul lg & diikuti dgn tepung gandum...kaup balikkan hingga rata & sebati
* isikan filling blueberry dlm kulit tat td tapi jg penuh sangat kemudian masukkan cream cheese pulak (3/4 penuh)
*lorekkan atas cream cheese dgn sedikit blueberry filling...ni nk bg nmpk corak-corak...make-up...hehehee
* bakar selama 10 minit dgn suhu 180C
* waallaaaaah...dah siap & sedia utk dimakan
mesti cuba taw sbb...cedappp sangattt...rangup & lemak berkrim 


tp che fa x buat lorek2 tu...tak larat dah...
senang bha......

Tuesday, December 20, 2011

roti Arab cicah kari ayam

chefa mkn roti arab ni kt Jln Anak Bukit, Aloq Staq masa g ronda2 Aloq Staq...pepagi dah kuar umah..(cam le jauh bebeno nk smp Aloq Staq ni...).cheFa angkut semua isi rumah...my grand livina dh mendak bila sumbat semua suku-sakat kt umh tu...

cam x percaya...1 set roti arab+kari ayam(1 peha tau!)=rm 1.50. agak2 klu JB dpt x harga tu? anyway bkn nk wat comparison tp nak share cara nak wat roti arab ni jer...

1 peket (11gm) yis mauripan
1 Sb gula
1/4 cawan air
500 gm tepung gandum
1 sk garam
1 sb gula
2 sb marjerin @ mentega
200 ml susu cair
minyak utk menggoreng
Air secukupnya -masukkan sikit -sikit semasa menguli.

Cara-cara

 penyediaan yis , masukkan yis dlm mangkuk + gula + air dan kacau. tutup dan biarkan sebentar.yis yg elok ia akan berbuih.
 Tepung gandum + gula + garam + marjerin ,gaul sebentar dan masukkan bancuhan yis tadi.
kemudian masukkan susu.sambil tu tambah air sedikit2.uli hingga jadi doh.
 Doh harus lah lembut dari doh roti canai.tak perlu uli hingga licin spt buat roti2 lain.tak mengapa jika adunan melekat ditangan,jgn tambah tepung.
tutup dengan kain lembab dan perap selama 1 jam.
selesai perap,tumbuk2 kan doh utk mengeluarkan angin dan bahagikan kepada 16 ketul.buat bulat2.
 Ambil sebiji dan canai.jgn terlalu nipis.agak2 sndir lah ye..!kemudian letak di dlm dulang yg telah ditabur sedikit tepung.canai hingga habis.
 bila selesai semuanya boleh digoreng.semasa menggoreng simbah2 kan minyak ke atas roti dan ia akan mengelembung.api jgn terlalu kuat sbb jika minyak terlalu panas roti x sempat kembung.
alih2 kan roti dan masak hinga kekuningan.angkat dan toskan.siap utk dihidang.

beef/chicken lasagna

assalam...lama betul cheFa x jengah blog ni...bila bercuti maknanya sume aktiviti pn bercuti...actually cuti2 sklah ni makin byk keje berbanding time bekerja....
resepi lasagna ni dh lma dapat dr kak junaidah ariffin..x smpat jer nk buat...



BEEF/CHICKEN LASAGNA
Sumber :hanamemories.blogspot

Bahan-bahan

8-10 keping kulit lasagna
300g daging cincang
1/2 biji bawang besar holland - cincang
2 ulas bwg putih - cincang
1 tin sos spaghetti original
3 sudu besar tomato puree@ 2 biji tomato cincang
1/2 biji carrot - potong dadu (optional)
3 biji cendawan butang - hiris nipis
1 sk oregano
Air
minyak zaitun
garam, gula secukup rasa
keju mozarella secukupnyer

UNTUK SOS PUTIH
1/2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan susu segar
1/3 cawan keju pilihan
3 sudu besar butter
lada hitam, garam

Cara-cara

1. Rebus kulit lasagna instant mengikut arahan peket. (hana rebus dengan sedikit minyak) Tapi ada jenis lasagna yg tak perlu direbus. Kemudian ketepikan.

2. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan daging. Kacau hingga daging bertukar warna. Masukkan pula tomato puree@tomato cincang. Masak hingga tomato hancur. Kemudian masukkan sos spaghetti, carrot, mushroom, oregano, garam dan gula secukup rasa. Masukkan sedikit air jika kuah terlalu pekat. Masak hingga mendidih dan ketepikan.

3. Utk membuat sos putih , satukan semua bahan dan kacau di atas api yg kecil hingga pekat.

4. Sediakan mangkuk yg bersesuaian utk membakar. Susun kulit lasagna, kemudian sapu rata sos daging... sapu pula sos putih dan taburkan keju mozarella (jika inginkan rasa cheese yg lebih pada setiap lapisan. Jika tak nak ltk pong tk mengapa.) Lapiskan lagi dengan kulit lasagna dan ulangi proses tadi hingga habis. dan last skali adalah sos putih. taburkan keju dan sedikit daun parsley jika suka.

5. Bakar selama 40-60min atau hingga permukaan lasagna keperang2an. Boleh dimakan sejuk atau panas.