Tuesday, December 20, 2011

beef/chicken lasagna

assalam...lama betul cheFa x jengah blog ni...bila bercuti maknanya sume aktiviti pn bercuti...actually cuti2 sklah ni makin byk keje berbanding time bekerja....
resepi lasagna ni dh lma dapat dr kak junaidah ariffin..x smpat jer nk buat...



BEEF/CHICKEN LASAGNA
Sumber :hanamemories.blogspot

Bahan-bahan

8-10 keping kulit lasagna
300g daging cincang
1/2 biji bawang besar holland - cincang
2 ulas bwg putih - cincang
1 tin sos spaghetti original
3 sudu besar tomato puree@ 2 biji tomato cincang
1/2 biji carrot - potong dadu (optional)
3 biji cendawan butang - hiris nipis
1 sk oregano
Air
minyak zaitun
garam, gula secukup rasa
keju mozarella secukupnyer

UNTUK SOS PUTIH
1/2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan susu segar
1/3 cawan keju pilihan
3 sudu besar butter
lada hitam, garam

Cara-cara

1. Rebus kulit lasagna instant mengikut arahan peket. (hana rebus dengan sedikit minyak) Tapi ada jenis lasagna yg tak perlu direbus. Kemudian ketepikan.

2. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan daging. Kacau hingga daging bertukar warna. Masukkan pula tomato puree@tomato cincang. Masak hingga tomato hancur. Kemudian masukkan sos spaghetti, carrot, mushroom, oregano, garam dan gula secukup rasa. Masukkan sedikit air jika kuah terlalu pekat. Masak hingga mendidih dan ketepikan.

3. Utk membuat sos putih , satukan semua bahan dan kacau di atas api yg kecil hingga pekat.

4. Sediakan mangkuk yg bersesuaian utk membakar. Susun kulit lasagna, kemudian sapu rata sos daging... sapu pula sos putih dan taburkan keju mozarella (jika inginkan rasa cheese yg lebih pada setiap lapisan. Jika tak nak ltk pong tk mengapa.) Lapiskan lagi dengan kulit lasagna dan ulangi proses tadi hingga habis. dan last skali adalah sos putih. taburkan keju dan sedikit daun parsley jika suka.

5. Bakar selama 40-60min atau hingga permukaan lasagna keperang2an. Boleh dimakan sejuk atau panas.

1 comment:

  1. sodap tuuu...akk belum wat lg. bab2 msakan camni, ank2 suka...

    ReplyDelete