Saturday, April 16, 2011

Sardine roll

200 gm Tepung Gandum
100 gm Mentega Sejuk
Air Sejuk
Secubit Garam
Bahan-bahan untuk inti
1 Tin Besar Sardin
1 Biji Bawang Besar - Dihiris
* 3 Ulas Bawang Putih
* 5 Biji Cili Api (boleh tambah kalau nak pedas lagi)
1 Biji Lada Merah - Dihiris
Garam
Secubit Gula
1 - 2 biji limau kasturi
Cara-cara

Untuk Pastri :)
1.Ayak Tepung Gandum bersama Garam ke dalam mangkuk.
2.Potong mentega sejuk kepada saiz 1 cm dan masukkan kedalam adunan tepung.
3.Ramas tepung dengan mentega sejuk sehingga menjadi seperti breadcrumb @ serbuk roti.
4.Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli hingga doh licin & tak melekat di tangan.
5.Balut doh dengan plastic wrap dan masukkan dalam peti sejuk sebelum sediakan inti.

Untuk Inti
1.Asingkan sardin dengan sos dan hancurkan.
2.Bahan-bahan bertanda ( * ) ditumbuk halus dan tumis sehingga wangi
3.Masukkan hirisan bawang besar & tumis bersama hingga layu.
4.Masukkan 3 sudu besar sos sardin yang telah diasingkan tadi. Tumis hingga garing.
5.Masukkan sardin yang telah dihancurkan tadi, lada merah yang dihiris dan perasakan dengan garam, gula & limau kasturi.
6.Tumis hingga betul² garing.

Cara menyediakan Sardine Roll
1.Canai nipis pastri & potong kepada sais segi empat tepat (saiz roll terpulang pada citarasa. Saya buat kecil²)
2.Masukkan sedikit inti sardin & gulung.
3.Susun dalam dulang pembakar & sapukan permukaan roll dengan kuning telur 
4.Dengan menggunakan hujung gunting, gunting sedikit permukaan roll tadi & bakar sehingga kuning keemasan.

p/s:tringat plk msa nk bersalin ank ke-2..ikt date due lg 2 minggu nk bersalin..so ckp dgn kwn kt sklah(cik Ngah),tringin nk mkn sardin roll..so dia bwk ke seklh tgh ari tu,rupa2 nya cheFa dh masuk wad nk bersalin..dgn susah payah dia g anta kt wad..nk jdkan cerita,pas mkn trus terbersalin!!!hahaha..

Friday, April 15, 2011

Dique'sious choclate




Ari semangat berkobar2 nk wat homemade coklat ni..sanggup g bli acuan-murah jer(rm2.80/keping)..tak agak2 beli 4acuan..hehehe..klu ikt resepi ni kompem jadi..ikt sukatan ni dpt 1 tray yg bunga ros..cheFa buat 2 adunan skali..abes kn trus shortening tu..jadi dpt 2 shapes..

125g shortening
125g gula icing
6 sudu makan serbuk koko
4 sudu makan susu tepung penuh krim
Secubit garam
Cara-cara

Ayak gula icing, serbuk koko, tepung dan garam.
Cairkan shortening di dalam periuk dengan api yang kecil.
Kemudian masukkan bahan yang diayak tadi. Gaul sehingga sebati.
Tutup api dan tuangkan cairan koko tadi ke dalam tray yg mcm2 bentuk..
Ketuk2 sikit tray tu biar kuar sume angin yg terperangkap kt dlm tu..
Pastu gunakan spatula utk ratakan coklat yg terlebih@terkurang..
Bila dh suam2 kuku masukkan dlm petisejuk..dlm 1/2 jam-45 min dh keras..

Sunday, April 10, 2011

Ayam Pandan SiamMai



Assalam...ari ni blk je umh trus terasa nk buat Ayam Pandan SiamMai ni...Hm..sinsing lengan baju trus buat...Al-myuskil nya...daun pndan dpn umh dh ilang 1 rumpan...sapa la yg amek tak bagi salam tu??xpe..halalkan aje..dh namanya pn dok apartment kn..ramai yg lalu lalang kt dpn ni main petik2 apa yg patut..(2 sbb xpernah smpat nk rasa hasil pokok mangga dpn umh ni)

bahan2:
-ayam (cheFa guna fillet)
- Daun pandan (secukupnya-cheFa amek dpn umh jer...dh merimbun tu)
1. Bwg merah
2. Bwg putih
3. Halia
4. Serbuk cili (atau cili api blend)
5. Serbuk ketumbar
6. Serbuk jintan manis
7. Serbuk jintan putih
8. Lengkuas
9. 1 sudu besar gula (atau boleh guna brown sugar)
10. Garam (secukup rasa)
11. Serbuk perasa
**sume sukatan anggar2 sendiri je ek**
Cara2:
1.Blender bahan 1 – 9 tp jangan lumat sangat. Biar kasar2 sikit-nnt bila mkn baru terasa
2. lumur pada ayam n perap selama 6 jam. Lagi lama lagi bagus..
3. Bungkus isi ayam td dgn daun pandan-buat cm balut ketupat palas..matikan hujung daun dgn lidi kecil.
4. Kukus ayam dalam 10-15 minit. (coz hubby cheFa suka yg betul2 masak,sapa yg suka a bit juicy x yah kukus)
5. Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan minyak cukup untuk buat ayam terendam. Goreng sampai kekuningan..
* Makan dengan sos cili thai.
* ank2 cheFa ratah gitu je..mmg bercinta nk membalut,tp bla dah siap n licin dlm pinggan..hilang rasa penat..