200 gm Tepung Gandum
100 gm Mentega Sejuk
Air Sejuk
Secubit Garam
Bahan-bahan untuk inti
1 Tin Besar Sardin
1 Biji Bawang Besar - Dihiris
* 3 Ulas Bawang Putih
* 5 Biji Cili Api (boleh tambah kalau nak pedas lagi)
1 Biji Lada Merah - Dihiris
Garam
Secubit Gula
1 - 2 biji limau kasturi
Cara-cara
Untuk Pastri :)
1.Ayak Tepung Gandum bersama Garam ke dalam mangkuk.
2.Potong mentega sejuk kepada saiz 1 cm dan masukkan kedalam adunan tepung.
3.Ramas tepung dengan mentega sejuk sehingga menjadi seperti breadcrumb @ serbuk roti.
4.Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli hingga doh licin & tak melekat di tangan.
5.Balut doh dengan plastic wrap dan masukkan dalam peti sejuk sebelum sediakan inti.
Untuk Inti
1.Asingkan sardin dengan sos dan hancurkan.
2.Bahan-bahan bertanda ( * ) ditumbuk halus dan tumis sehingga wangi
3.Masukkan hirisan bawang besar & tumis bersama hingga layu.
4.Masukkan 3 sudu besar sos sardin yang telah diasingkan tadi. Tumis hingga garing.
5.Masukkan sardin yang telah dihancurkan tadi, lada merah yang dihiris dan perasakan dengan garam, gula & limau kasturi.
6.Tumis hingga betul² garing.
Cara menyediakan Sardine Roll
1.Canai nipis pastri & potong kepada sais segi empat tepat (saiz roll terpulang pada citarasa. Saya buat kecil²)
2.Masukkan sedikit inti sardin & gulung.
3.Susun dalam dulang pembakar & sapukan permukaan roll dengan kuning telur
4.Dengan menggunakan hujung gunting, gunting sedikit permukaan roll tadi & bakar sehingga kuning keemasan.
p/s:tringat plk msa nk bersalin ank ke-2..ikt date due lg 2 minggu nk bersalin..so ckp dgn kwn kt sklah(cik Ngah),tringin nk mkn sardin roll..so dia bwk ke seklh tgh ari tu,rupa2 nya cheFa dh masuk wad nk bersalin..dgn susah payah dia g anta kt wad..nk jdkan cerita,pas mkn trus terbersalin!!!hahaha..
No comments:
Post a Comment