Friday, April 1, 2011

PUDING KAREMEL KUKUS


ASSALAM....ari cpt2 je nk balik umah...nak peluk nk main2 dgn ank2 terasa yg minggu ni jarang dpt betul2 bermesra&bermanjaan2 dgn ank2..tringin lak nk makan puding karemel kukus..ank2 pun suka..diaorg ni apa saja ummi diaorg masak sume sapu bersih..(rupa2 nya ada 2 cara)boleh bakar menggunaakan teknik double boiler n kukus..

PUDING KARAMEL
6 biji telur
80 gm gula kaster
25 gm tepung kastard
15 gm tepung jagung
410 ml susu cair
410 ml air
1 camca teh vanila
80 gm gula pasir
100 ml air
Cara membuatnya
1. Pukul telur dengan gula kaster hingga gula larut.
2. Masukkan tepung kastard dan tepung jagung, kacau sebati.
3. Tuangkan susu, air dan vanila; kacau rata-rata.
4. Jerang gula dan air hingga menjadi gula hangus.
5. Tuangkan ke dalam acuan berukuran 22 cm yang sudah dilengser dengan marjerin.
6. Tapiskan campuran telur ke atas gula hangus.
7. Kukus selama 35-40 minit atau hingga masak.
tips:
  • Kalau dibakar di dalam ketukar gunakan sistem double boiler. Dengan cara ini, puding akan masak dengan wap daripada air panas dan ketuhar sekaligus.
  • Kalau dengan cara kukus, gunakan api sederhana perlahan dan perlu ditutup dengan kertas aluminium atau aluminium foil. Jangan ditutup ketat. Memadai dibentukkan seperti ‘bumbung’ untuk mengelakkan wap pengukus menitis ke atas puding dan merosakkannya

  • Ada dua cara untuk membuat gula perang
  • Pertama, jerang gula pasir hingga keperangan, ketepikan dari api kemudian tuangkan air. Kacau atas api perlahan hingga gula hangus tadi larut sepenuhnya.
  • Kedua dengan menjerang air dan gula pasir di atas api sederhana. Kacau sekali-sekala hingga gula larut. Kemudian biarkan hingga campuran air gula pekat dan berbuih halus. Warnanya akan berubah dari kuning pucat ke perang keemasan. Segera angkat dan tuangkan ke dalam acuan atau tin berlengser marjerin. Kemudian baru dituangkan campuran telur yang lain.
  • Jangan dibiar gula hangus terlalu lama di dalam periuk walaupun sudah diangkat dari api kerana ia akan terus hangus dengan kepanasan periuk hingga menyebabkan gula hangus tadi menjadi pahit.

Thursday, March 31, 2011

minggu yg bz...

assalam...minggu ni cheFa hired chef...kt kedai dpn umh..hahahaha...tak smpat nk masak...hari2 balik lambat...meeeeeeting ajer...
tapi dh ada plan baru...tunggu kan ketibaan ROTI TORTILLA GULUNG cheFa...


wasslam..
bye...

Sunday, March 27, 2011

Dadih chumey...

Assalam...ari ni g felda adela,kota tinggi..alhamdulillah..jln dh siap dibina..soooo lapang n selesa..pergi n balik lansung xde jem..xcm last year..so,1000 of thanks to our goverment!!
Cuaca panas2 ni sedap klu dpt mkn dadih kan..klu yg segera dh slalu buat,ptg ni nk buat style sendiri lak..kta diaorg lg sdp..


Bahan-Bahan:

20 cawan air biasa 
15g agar-agar 
3 cawan air masak 
650 g susu tepung everyday 
2 tutup esen vanilla 
secubit garam 
2 cawan gula 
perisa bergantung kpd kesukaan
(cheFa buat strawberry)

Cara:

1. masakkan agar-agar dengan 20 cawan air sehingga betul2 larut.
1. satukan kesemua bhan lain didalam satu bekas seperti jug kacau sehingga sebati.
3.setelah agar2 larut masukkan kesemua bahan yang telah disatukan tadi,kacau lagi.
4. tutupkan api setelah 2 minit untuk mengelakkan susu mendap ke bawah dan tekstur dadih kasar,masukkan dlm bekas kecil-mungkin dpt dlm 30 mangkuk..
5.simpan dlm peti ais.
6.selepas keluarkan dadih dari peti ais,cuba gegarkan dadih,jika dadih anda bergegar maksudnye dadih tu jd...cantek punya...