Saturday, August 6, 2011

SooooYummy Apple Crumble

SooooYummy Apple Crumble

Salam santai di pagi Ahad...hujan mencurah2 kt luar.nk g bli barang2 dapur pn malas..apa lg surf internet utk cari resepi2 yg lum pernah cheFa try..teringat ari tu cikgu Y buat apple crumble tp x smpat rasa.jadi rasa2nya cam nk try..dapat resepi ni dari blog "periuk tanah/kak An"..nkmp cam different dr apple crumble yang lain2..resepi ni MESTI CUBA...

Bahan2:
4 biji epal hijau, dikupas kulit dan dipotong dadu

1 biji buah lai (XL- kalau saiz kecil, guna 2 biji)-dikupas kulit dan didadu juga

1/2 cawan gula

1/3 cawan air

1 batang kulit kayu manis (1 inci)

Cara membuatnya:


1. Campurkan buah-buahan tadi di dalam periuk. Asingkan 1 cawan dan ketepikan dulu. Masukkan gula, air dan kulit kayu manis ke dalam periuk dan masak inti menggunakan api sederhana.

2. Apabila mendidih kacau sentiasa inti, hingga sebati. Apabila epal hancur dan hampir pekat, keluarkan kulit kayu manis dan masukkan 1 cawan buahan tadi ke dalam periuk (supaya inti ada rasa rangup apabila dikunyah)

3. Apabila inti pekat, tutup api dan ketepikan dulu.

Bahan-bahan 'crumble':

1 1/2 cawan tepung gandum

100gm margerin

1 cawan nestum original dewasa

Cara membuatnya:

1. Masukkan tepung dan margerin ke dalam mangkuk. Gaul ramas menggunakan hujung jari hingga menjadi serbuk roti.

2. Masukkan nestum dan gaul rata.

3. Sediakan loyang empat persegi 18 sm x 18 sm. (loyang bulat pun tak apa) Lengserkan dengan margerin. Panaskan oven ke suhu 180 darjah api atas dan bawah.

4. ambil 1 1/2 cawan adunan crumble dan ratakan di dalam loyang. Jangan ditekan. Masukkan kesemua inti dan ratakan. Akhir sekali ambil lebihan 'crumble dan ratakan menutupi semua inti.

5. Masukkan loyang di rak bawah sekali dan bakar lebih kurang 20 minit pada suhu 190 C, atau hingga Apple Crumble berbau wangi.

Apabila masak, sejukkan sebelum dipotong dan dihidang bersama sos kastard.

Cara membuat sos kastard:

Masukkan 1 tin susu cair, 2 sudu besar gula dan 2 sudu besar tepung kastard di dalam 'blender' . Kisar 1 minit. Tuang ke dalam kuali atau periuk dan masak hingga hampir pekat. Gunakan api perlahan dan kacau sentiasa agar tidak hangus. Jangan masak hingga pekat sangat, agak-agak cantik dituang... ke atas 'Apple Crumble'..

Friday, August 5, 2011

mee hong kong(ala cheFa)

haaa...mee hong kong cheFa dh siap...klu kita kt malaysia kita sebuh bihun..

ni resepinya..

bahan2:
1 bungkus bihon kering(lembutkan)
3 biji bawang putih}  chop
sedikit halia }
1 biji tomato belah 6
2-3 sudu besar lada hitam di tumbuk kasar2
daging secukupnya-di rebus dulu
1 dada ayam dipotong dadu
3 kuib stok ayam
daun sup & daun bawang di potong 1cm
1/2 batang karot di mayang
*nak letak seafood pn blh tp cheFa elergi..

cara2:
1. tumis bawang n halia
2. masukkan daging yg dh dipotong nipis2,masukkan ayam , tomato lada hitam..
3. goreng sampai tomato tu lembut n masukkan karot
4. masukkan air rebusan daging mengikut kepekatan yg dikehendaki
5. masukkan kuib stok ayam
6. masukkan daun sup &daun bawang
7. Trus masukkan bihun..goreng sampai sume dah gaul rata.

psstt: klu suka blh letakkan cili jeruk...hui...dah meleh air liur ni...klu nk lagi lawa blh taburkan telur dadar yg di potong membulat...

slamat berbuka!!!

juz cincau honey lemon

assalam...petang ni buat mee hong kong singapura n cokkodok jer...minum dgn juz honey lemon...terangkat lh..

cincau di cincang halus,
air 1 littre
madu secukupnye
juz perahan lemon(ikut ler se-sour mana yg nak)
ais kuib secukupnye(blend)
sedikit susu pekat utk hiasan (optional)

cara2:
1.bancuh kan madu &juz lemon dlm 1 littre air 
2.masukkan ais blend dlm gelas (3/4 gelas)
3.tuang jus honey lemon dlm gelas
4.masukkan cincau yg telah dicincang
5.tungkan sikit susu pekat sebagai hiasan yg membuatkan air tu nmpk mengancam..

Thursday, August 4, 2011

ungkep

assalam..ni resepi dr cik Fizah....cam senang jer..nak buatlah...klu ramuannye x sama dgn cik Fizah jgn marah eh..ni versi cheFa..

bahan2:
1/2 ekor ayam
5 sudu besar ketumbar biji}
2 sudu jintan manis}
2 labu bawang besar}      sume ni blend jer
4 ulas bawang putih}
kunyit sebasar 1 ibu jari}
sedikit halia}
2 batang serai di ketuk
garam n perasa secukup nye..

cara2:
 (versi cik Fizah)
1. Tumis bahan yg telah di blend
2. Klu guna ayam kg masukkan ayam & air lebih..(klu guna ayam bandar dh 1/2 kering baru masukkan ayam-coz ayam bandar ni manja sikit krg klu lama sgt masak nnt hancur)
3. Rebus je smp kering.

(versi mak cik mana ntah)
1. Masukkan sume bahan dlm loyang/mangkuk tahan panas sume bahan n kukuskan sampai kering

cheFa plk iku versi cik Fizah ari ni...

skrg dh kol 5.50 pm..jom masuk dapur..kita masakkkkkk....

nilah hasilnye...cuma kureng berseri coz kunyit x der...tp mmg superb...

Wednesday, August 3, 2011

roti JOhn RiA


assalam...ari ni berbuka dgn roti john ria..nak tau nape namanya roti john ria?sbb dulu slalu beli kt tepi  padang permainan Jalan Padi Ria kt umh cheFa..asyik dok tunggu kt situ smp dh "expert" wat sendiri...
ni lah rupanya roti jonh cheFa..

jom tgk bahan2nya:

10 bantal roti hot dog
3/4 buku daging kisar
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cili blend (kurang klu cili kering tu jenis yg pedas)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar jintan putih *
1 sudu besar jintan manis * tumbuk halus
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 batang pokok ketumbar
6 biji telur
garam secukup rasa
butter utk lenser kan pada kuali leper (frying pan)

cara2nya:

1. dadukan bawang besar & cincangkan bawang putih tumis dlm sedikit minyak hingga naik bau
2. masukkan cili blend goreng hingga naik minyak & masukkan daging cincang. 
3. masukkan sume sos, jintan dan serbuk lada hitam
4. cincangkan daun ketumbar dan masukkan dlm kuali & letakkan garam secukupnya, goreng hingga kering
5. belah roti hot dog (jgn smp terputus)
6. panaskan kuali leper & lenser kan dgn butter
7. pecahkan telur dalam mangkuk & masukkan daging. Gaul smp betul2 sebati..
8. sendukkan daging keatas kuali mengikut saiz roti hot dog
9. tekapkan roti di atas daging & tekankan supaya isi daging masak rata.
10. angkat dan letakkan apa2 sos juga mayonis mengikut kegemaran masing2

psssttt : sedap di makan panas2...



Monday, August 1, 2011

Air kathira JB

susu sejat penuh krim
air “ice-cream soda”
buah semangkuk
getah anggur (katira)
biji selasih
Buah kabung
air masak
ais
gula batu
daun pandan
vanilla essence
Cara membuatnya

Rebus 1 liter air hingga mendidih dan matikan api. Masukkan 5 biji buah semangkuk, 200 gram katira, biji selasih, buah kabung, 200 gram gula batu dan 1 helai daun pandan. Kacau dan biarkan sehingga buah semangkuk kembang. Asingkan biji buah semangkuk. Biarkan sejuk.

Masukkan 2 tin susu sejat ke dalam bekas minuman/jag. Bancuhkan 1 liter air ice-cream soda dengan mengacau secara perlahan-lahan supaya tidak berlaku pemendakan (susu mejadi berketul). Tambahkan sedikit air gula jika ingin lebih manis. Masukkan secubit garam, sesudu vanilla essence dan campuran buah semangkuk tadi.

Masukkan ais dan hidangkan ketika sejuk.

*Nisbah buang semangkuk, susu sejat dan air ice-cream soda boleh diubah secukup rasa.
*Sentiasa tuang air ice-cream soda ke dalam susu dan bukan sebaliknya.

Sunday, July 31, 2011

ICY MANGO

ICY MANGO

Salam ramadhan buat semua..sebagai ibu kita x lari dr memikir nk masak apa utk juadah berbuka kan?pg2 ni cheFa dh mula pening memikir..hm...memandangkan dlm esbox ada mangga sebijik lh,blhblh buat ICY MANGO..

Bahan2:

1/2 mangkuk aiskrim vanilla
1 biji mango(dipotong dadu)
1/2 mangkuk nata de coco
Sedikit buah2an koktail
Sirap gula secukupnya

Kiub ais(klu nak)-cheFa x letak coz xberapa tahan-jap lg sure sakit tekak..

Cara:
1. Masukkan sumua bahan (kecuali aiskrim) dlm mangkuk besar gaul rata
2. Sendukkan dlm mangkuk kecil2.bila nk berbuka puasa baru skop kan aiskrim..

Sure hilang dahaga..terasa segar je msa berbuka...