assalam...ari ni berbuka dgn roti john ria..nak tau nape namanya roti john ria?sbb dulu slalu beli kt tepi padang permainan Jalan Padi Ria kt umh cheFa..asyik dok tunggu kt situ smp dh "expert" wat sendiri...
ni lah rupanya roti jonh cheFa..
jom tgk bahan2nya:
10 bantal roti hot dog
3/4 buku daging kisar
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cili blend (kurang klu cili kering tu jenis yg pedas)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar jintan putih *
1 sudu besar jintan manis * tumbuk halus
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 batang pokok ketumbar
6 biji telur
garam secukup rasa
butter utk lenser kan pada kuali leper (frying pan)
cara2nya:
1. dadukan bawang besar & cincangkan bawang putih tumis dlm sedikit minyak hingga naik bau
2. masukkan cili blend goreng hingga naik minyak & masukkan daging cincang.
3. masukkan sume sos, jintan dan serbuk lada hitam
4. cincangkan daun ketumbar dan masukkan dlm kuali & letakkan garam secukupnya, goreng hingga kering
5. belah roti hot dog (jgn smp terputus)
6. panaskan kuali leper & lenser kan dgn butter
7. pecahkan telur dalam mangkuk & masukkan daging. Gaul smp betul2 sebati..
8. sendukkan daging keatas kuali mengikut saiz roti hot dog
9. tekapkan roti di atas daging & tekankan supaya isi daging masak rata.
10. angkat dan letakkan apa2 sos juga mayonis mengikut kegemaran masing2
psssttt : sedap di makan panas2...
No comments:
Post a Comment