Saturday, April 23, 2011

Ayam percik sunday



Bahan2nye mudah je...
1/2 ekor ayam dipotong 4
4 biji bawang besar dikisar
4 ulas bawang putih juga dikisar
1/2 cawan santan pekat
4 sudu makan cili kering
sedikit halia dikisar
garam &gula

Cara nk membuatnye:
Ayam direbus bersama halia,bawang putih,garam dan gula juga sedikit santan
Rebus sampai empuk
Kemudian ayam tadi dipanggang tapi kejap je ya
Santan, bawang dan cili kering tadi dimasak hingga kuah menjadi pekat
Selepas tu tuang je kuah keatas aym yg telah siap dibakar tadi.

Tuesday, April 19, 2011

Rojak Uda....

Ari tu g beli rojak kt tepi playground UDA..stylo sey akak tu mix kuah rojak dia.cheFa blk umh cheFa try..instead of using a seramic bowl utk "tonyoh2" all the kuah n gula,cheFa tonyoh2 je kt mangkok tupperware yg glam tu..

Bahan Kuah:-
1 cawan petis udang *
3 camca besar kicap pekat *
10 biji cili padi, * 
belacan sebesar 2ibu jari *
gula&garam secukup rasa 
3 camca sedang gula melaka * blend
2 camca teh bijan
1 cawan kacang tanah, digoreng dan ditumbuk kasar..

Buah-buahan:
Jambu batu
Nanas
Sengkuang
Mangga muda-adusss dh terliur ni..
*pssttt:dpn rumah ada tu..
Jambu madu/air
Timun

Cara-cara:
1.Masak sume bahan yg diblend td dgn api perlahan..kacau jgn stop smp naik bubble..sejukkan..
2.Potong sume buah
Masukkan kuah dlm mangkuk n sedikit gula n garam..tonyoh2 sikit dgn senduk kayu..baru gaul dgn buah.
3.Taburkan bijan n kacang yg dh ditumbuk kasar2..

# guna je apa2 buah ikt selera..ada org cmpur skali dgn kangkung celur..#

Pasembor Tikam Batu

Pasembor Tikam Batu

**Bahan cucur udang**
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan udang(saiz ikt suka hati)
2 biji bawang kecil
1 sudu besar cili boh
garam
air untuk bancuh tepung
1 1/2 sudu kecil baking powder
Cara-cara:
Sediakan cucur udang. Gaulkan semua bahan cucur udang. Bancuhan seperti nak buat cekodok. Kemudian goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan/ masak.

**Bahan cucur kelapa**
1 cawan tepung gamdum
3/4 cawan kelapa 
garam
air untuk membancuh( bancuh agak2 blh kepal-roll kn bentuk bujur2)
Cara-cara:
Sediakan cucur kelapa. Satukan semua bahan. Bancuhan jgn lembik sangat, agak2 boleh kepal. Buat bentuk bujur2..kemudian goreng sehingga kekuningan/ masak.

**Bahan kuah**(sekatan ni sesuai utk 1family-cm family cheFa)
1-2 biji keledek sederhana besar (direbus hingga empuk)
2-3 biji bawang kecil
1 sudu besar cili boh (terpulang pada citarasa masing2 kalau nak pedas)
Sedikit kicap
Air untuk kuah
1/2 cawan kacang tumbuk
minyak untuk menumis
gula merah & garam secukup rasa
Cara-cara:
Sediakan kuah. Tumis bawang sehingga wangi, masukkan cili. Blend keledek dengan air, kemudian masukkan dalam tumisan. Masukkan juga Kacang, garam & gula. Masukkan juga sedikit kicap (just nak bagi color jerr). Masak hingga mendidih. Kalau nak pekat, boleh letak lebih keledek

**Bahan lain**
3 biji kentang sederhana besar
4 biji telur
4 keping tauhu
1 biji timun
1/2 biji sengkuang sederhana besar
sedikit taugeh(celur sekejap)
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1.Bersihkan kulit kentang kemudian rebus kentang bersama kulitnya sehingga empuk. 
2.Kemudian goreng kentang tersebut bulat2 sehingga kekuningan (tak payah potong2).
3.Telur direbus (hard boil), kemudian buang kulit & digoreng bulat2 sehingga kekuningan.
4.Tauhu digoreng sehingga kekuningan.
5.Cara nak hidang, potong semua bahan2 yang telah digoreng tadi. 
6.Timun & sengkuang dihiris memanjang.Gaulkan semua.
6.Tuangkan kuah ke atasnya.

*
InsyaAllah sdp..ank nangis kt sebelah pn buat2 xdgr..sedap nye pasal..hahahaha