Thursday, September 15, 2011

Nasi berempah Arab

Salam 1 Mlaysia buat semua..hari ni Cuti MALAYSIA, cuaca pulak mendung jer..selak resepi2 dlm koleksi peribadi terjumpa plk resepi ni..cm nk buat..yg xde cuma minyak sapi jer..hmmm..guna minyak masak biasa je lh...lg pn dgr mcm2 version yg kata minyak sapi gee haram xleh guna..so apa2 yg ada jelh kan...


Bahan-bahan ( 3 orang )
6 ketul ayam
4 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
1 inci halia
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
1 kiub ayam
1/2 sdk jintan manis
1/2 sdb lada hitam
1/2 sdk jintan putih
3 cwn beras basmathi
5 cawan air
2 sdb minyak sapi
1/2 biji bwg besar - di mayang
1/2 cawan sos tomato
2 sdb rempah kurma
Garam dan gula secukup rasa

Cara2:

1.Bwg merah,bwg putih, halia ditumbuk kasar.
2..Masukan ayam, jintan manis, jintan putih, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, lada hitam, kiub ayam, rempah kurma,air dan bhn yang ditumbuk tadi kedlm periuk.
3.Masukan garam dan gula. Masak sehingga sup mendidih dan ayam masak.
4.Beras basmathi dibasuh dan direndam selama 20 minit toskan beras.
5.Apabila sup ayam telah siap, asingkan sup dan ayam.
6.Bahan2 rempah kasar dan bwg yg terdapat dlm sup tadi dikisar secara halus.
7.Masukkan 1 cwn cawan sup bg menggantikan air semasa mengisar.
8.Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Masukan bawang besar dan masak sehingga sedikit layu. Kemudian masukan bahan yg dikisar td.Tumis sebentar dan masukan 3 cawan sup dan tomato sos. Masukkan sedikit garam dan gula. Apabila hampir mendidih tutupkan api.
8.Masukan beras ke dlm periuk nasi dan diselang selikan dgn ayam.
9.Tunggu sehingga nasi masak. Bleh tabur dgn sedikit bwg goreng, daun sup dan daun bwg.Nasi ini sedap dimakan dengan acar timun dan papadom...

No comments:

Post a Comment