Saturday, April 30, 2011

Daging masak itam nasi kandaq



 Daging Masak Itam Nasi kandaq

Bahan-bahan :
Daging Lembu               1 kg (dipotong hiris mengikut urat daging 16 keping).
Bawang besar                2 biji dipotong hiris memanjang.
Rempah kari Daging       5 pkt.kecil atau 2 senduk besar.
Serbuk Jintan Putih        1 sudu kecil
Serbuk Jintan manis       1 sudu kecil
Serbuk Kas-kas            1 sudu kecil ( Tidak kemestian)
*Cili Giling (sedia)         2 senduk besar atau mengikut kepedasan anda inginkan.
Santan pekat                 250 gm jika kehendaki.

Bahan untuk kisar / Tumis:

Bawang besar 2 biji dikisar dan asingkan
Bawang putih 6 ulas + halia 10cm dikisar dan asingkan.
Serai 2 batang di ketuk di pangkal.
Daun pandan sebanyak 4 helai. Daun kari dua tangkai.(kisar n perah jus nya)
Kayu manis campur 2 btg.kayu manis + 5 buah pelaga + 4 bunga lawang + 8 cengkih.
Kicap Pekat Mee (tamim amat sesuai) 2 senduk besar sesuaikan warna yang dikehendaki.
Minyak masak dua senduk besar.
CARA PENYEDIAAN:

1. Bersihkan daging dan rebus daging sehingga empuk (cuba carikan daging sekiranya senang dicarik ; daging telah lembut dan sedia). Sekiranya menggunakan daging  segar, daging ini tidak perlu direbus dahulu.Tentukan air rebusan daging tidak dibuang. Paras air daging semasa rebus perlu diberi perhatian, jangan sampai daging hangus kerana paras yang terlalu sedikit.

2. Panaskan kuali dan masukan minyak masak. Apabila minyak panas masukan campuran kayu manis, Buah pelaga, cengkih, bunga lawang (garam masala)  dan serai. apabila ramuan mula keluarkan bau harum.

3. Masukan hirisan bawang kacau sehingga warna hirisan bawang bertukar keemasan.

4.Masukan Bawang kisar dan bahan kisaran Halia + Bawang Putih dan jus pandan+daun kari kacau sehingga bahan-bahan ini keluarkan bau harum.

5. Masukan bahan kisar cili /cili giling kacau rata atau serbuk cili. Selepas 3-4 minit masukkan Rebusan daging dan Airnya sekali. Kacau rata.

6. Masukkan serbuk kari,Jintan Putih, jintan manis , kas-kas dan kicap pekat mee. Kacau rata dan biarkan mendidih sehingga kuah menjadi pekat.

7. Kecilkan api dan  masukan 1 sudu besar gula pasir dan satu kecil perasa makanan (jika perlukan). masukan garam secukup rasa (awas dengan kemasinan kicap tersedia ada). kacau rata. padamkan api. Keluarkan dari kuali dan hidangkan. Taburkan daun pudina dan bawang goreng di atas dan sedia untuk hidangan. Selamat mencuba.

pssttt...:ari ni wat yg simple..xde kas2 pn..

2 comments:

  1. kalau mamak buat letak air daun kari dan air daun pandan.......kicap tak blh lupa!!

    ReplyDelete