Nasi kandaq penang (cheFa dpt resepi ni dlm google)
1. Basuh Beras dan rendamkan selama 15 minit dan tapis. (jangan lama beras anda akan kembang).
2. Didihkan air dalam periok anggaran air biasanya 1:4 maknanya 1 cup beras 4 cup air.
3. Masukkan minyak masak (minyak sayuran “vanaspathi” ) dlm air sedang didih 1 sudu besar (1 sudu besar untuk 1 cup beras).
4. Masukkan garam secukup rasa ( periksa keasinan melalui air).
5. Masukkan “campuran garam masala” (1 btg kayu manis, 2 biji buah pelaga, 3 bunga cengkih dan 2 biji bunga lawang).
6. Masukkan beras . Tutup tudung dan mediumkan api dapur.
7. Selepas 12 minit buka tudung dan kacau perlahan supaya beras dibawah periok tidak hangus. Cuba ambil nasi yang sedang masak dan rasa kelembutan. sekira tidak mencukupi 95 peratus tutup kembali. Buka semula tudung dan periksa kelembutan sekiranya capai masak 95 peratus. Buang air kanji dengan menggunakan tuang kanji itu kedalam tapis (nasi yang keluar boleh dimasukkan kembali dalam periok.
8. Tutup kembali tudung dan 5 peratus lagi nasi itu masak dengan wapnya sendiri.
Selamat mencuba. Kalu tak mencuba ia tak jadi. “Practice make perfect”.
No comments:
Post a Comment