Saturday, April 30, 2011

Sasuka

Sasuka

Sasuka ni resepi kakak ipar cheFa kt Spore yg beri..kak Dalya ni mmg rajin ke dapur.maklumlah fulltime suri rumah...
Walaupun bahan2 nya byk,tp hasil nya mmg x mengecewakan..ppt cuba ni..

Bahan2:
(A)
1/2 kg daging kisar*
1 sudu mkn serbuk kari daging* perap 1 jam
50gm lada kering*
10gm halia*
4gm bawang merah *blend
4biji tomato-dadu
5biji bwg besar-dadu
1tin tomato puri
2 sudu gula
50gm bwg goreng
300gm sayur campur
6 sudu mkn sos tomato
Garam secukup rasa

(B)
10 gm daun sup&daun bawang-dihiris halus *
10gm daun ketumbar dihiris halus(ambil smp akarnya-ada khasiat) *
*1/2 digunakan utk masak,1/2 lagi utk ditabur diatas daging

6 biji telur
1biji cili merah-dihiris halus
1biji cili hijau-dihiris halus

Cara2:
1.Tumis bahan yg di blend.masikkan daging yg tlh diperap.masak hingga kering air
2.Masukkan sume bahan2 (A)
3.Masak hingga kering..
4.Letakkan garam secukup rasa.
5.Masukkan dlm loyang atau mangkuk kaca (microwave oven proof) yg telah di lenser dgn butter.
6.Pukul telur dan tuang atas daging yg telah dituang didlm loyang.
7.Tabur bahan (B)
8.Bakar hingga telur masak.

Makan bersama roti prancis yg telah dipanaskan..boleh dihidangkan semasa buat open house @ majlis2 tertentu..

No comments:

Post a Comment