Thursday, October 27, 2011

Almond Chip

Salam jumaat buat semua... Ahad minggu depan dh nak raya haji...so cheFa dh buat "sedikit" persediaan..hehe.. Biskut  almond chip (suji badam)!!!
Senang sgt...jom lh jengah2 resepi nye...


Bahan2:

150gm mentega
30gm minyak sapi
80gm gula kaster
1/2 tsp esen vanilla
50gm serbuk badam
60gm tepung suji
220gm tepung gandum
1/4 tsp serbuk penaik

Cara2:

1. Pukul mentega, minyak sapi, gula dan esen vanilla hingga berkrim.
2. Kemudian masukkan pula tepung suji, tepung gandum, serbuk penaik dan serbuk badam.
3. Uli lembut adunan dan terap dengan acuan bulat atau di sukai.
4. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 140c selama 30 minit atau sampai kekuningan.

No comments:

Post a Comment