Saturday, August 13, 2011

Kuih siput pedas

600gram tepung gandum
2 oz marjerin
10 tangkai cili kering(cheFa guna cili boh-dlm 1 1/2 sudu besar dh cukup utk rasa pedas2 sikit)
3 pelepah daun kari (cheFa dh try,rasanya klu pelepah 2 kecik ltk xtra pn xpe..bru terasa)
1 biji telur ayam
1 cawan teh air
1 sudu teh penuh garam halus
minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1. tepung gandum dan marjerin digaul rata dengan menggunakan tangan dan diketepikan.

2. cili kering yang dibuang biji ditumbuk dan ditambah padanya daun kari yang dibuang urat daunnya, tumbuk sehingga hampir lumat.

3. cili kering dan daun kari yang telah ditumbuk dibancuh bersama air, garam dan telur kemudiannya dituang ke dalam adunan tepung tadi, diuli sehingga rata.

4. Jika adunan agak keras, tambah air sedikit-sedikit, jika agak lembik tambah gandum sedikit sedikit, terus menguli hingga adunan menjadi lembut dan sekata.

5. doh digentel bulat-bulat berdiameter lebih kurang 1 cm, kemudian digelek di atas acuan kuih siput (siput yg dh digelek ltkkan atas tudung periuk yg ditabur tepung...bila dh byk trus goreng) -part ni xde dlm blog yg cheFa tiru tu,so permulaannya cheFa getel byk2 dlm mangkok tp sume melekat2.so terpaksa gentel semula dgn letakkan atas tudung periuk)

6. selepas siap ia digoreng dengan minyak yang banyak dibalik-balik agar masak sekata.

7.  Kuih siput sudah masak apabila kelihatan keperang-perangan, diangkat dan ditoskan

3 comments:

  1. kuey siput sdap dimakan ngn ayaq ais..hahaha kena sirap bndung plak..perghhhhh!! hihihi cik..resipi serunding cik taun lepas xnk upload ke?hihihi sedap jgk 2..mal siap bwk g sabah lg tau..hihihi

    ReplyDelete
  2. serunding?hmmmm nnt eh...kuih siput ni pn dh nak abeh dah...nnt raya kna wat lg ni...hehehehe

    ReplyDelete
  3. wahh..sblm raya kueh dh nk hbs,..mmg meletop la..hahaha

    ReplyDelete