Sunday, May 29, 2011

Apam sesukehati...

3 biji telur(jgn ambil telur dri peti sejuk,nnt telur yg di pukul ssh nk kembang)
200 gm gula icing (boleh kurangkan jika tak suka manis)
275 gm tepung gandum*
3 sudu teh baking powder* (diayak bersama tepung gandum)
150gm susu segar (fresh milk) cheFa ganti dgn susu sejat
1 sudu teh ovallete
Filling blueberry/strawberry/kaya secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna & Esen Vanilla

Cara-cara

1.Pukul telur dan gula hingga kembang dgn kelajuan maxima selama 10 minit.
2. Masukkan susu BERSELANGSELI dengan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul perlahan dengan mixer. Tambah esen vanilla & Ovallette ,pukul lagi sehingga sebati dan nampak adunan akan berubah texture menjadi gebu .
3.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ,titiskan pewarna mengikut citarasa
4.Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
5.Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas(anggaran 1/2 acuan) yang telah disusun didalam acuan lompang. *blh guna acuan tart , acuan apam..boleh je mana2..asalkan berlapik
6.Picitkan blueberry filling secukupnya
 7.Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan(atau ikut sukehati-cam cheFa hehehehe) dengan warna pilihan
8.Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit
Jangan buka api besar semasa mengukus. Nanti merekah
9.Boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka.

*tu sbb nama apam ni APAM SESUKAHATI coz design kt atas apam tu ikut sedap ati je cheFa buat)

No comments:

Post a Comment