Saturday, March 12, 2011

Cheese cake

BAHAN-BAHAN..

3 biji telur [saiz besar]
250gm tepung optima
2 sudu minyak masak

1 ketul [250gm] creame cheese phildephia
1/2 tin susu pekat yang saiz tinggi [manis ikut suka sebenarnya..:D]

1 ketul cheedar cheese, diparut [kalau nak kurangkan pun ikut suka]

CARA

1. pukul telur sampai kembang
2. masukkan tepung optima, pukul sampai putih krim [sebati]
3. masukkan minyak...pukul bagi rata
4. adunan di bahagi kepada dua dan di masukkan ke dalam loyang yang telah dialas kertas minyak [oles dengan minyak jer pun ok..huhuhu]... atau kalau nak bakar sebagai satu adunan pun boleh.
5. bakar selama 15-20 minit [hingga masak] dengan suhu 250 darjah celcius [ovenku, 180 darjah celcius ajer].. kalau atasnya macam hangus atau coklat hanya buang lapisan atas tu sahaja..
6. ketepi dan sejukkan sebentar [suhu bilik jer..bukan peti ais.. :D]...

Sambil tu...

7. pukul creame cheese dengan susu pekat sehingga menjadi creame dan tidak ber ketul2.

8. mulakan menghias... 1 bahagian kek disapukan dengan 1/3 daripada creame cheese bersusu tadi...
9. kemudian letakkan kek B, sapu baki creame cheese bersusu tadi di keseluruhan kek...atas, tepi..sehingga menutupi keselurahan kek...[bg yang bakar satu adunan..kek masih boleh dibahagi dua stlh msak..atau pun..sapu ajer keseluruhan kek dgn creame cheese bersusu tu..:D.. rasanya lg sedap klu berlayer sbb rasanya sekata...]
10. taburkan parutan cheedar di keseluruhan kek

4 comments:

  1. assalam....
    x bnyk bahan2 kek tu ye....
    yg x bnyk bahan ni senang nak buat...bahan dah ada...

    ReplyDelete
  2. chesz cake sedap..nk try la nnt..ank sedara cik 2 suke kek ni..hahaha =-)

    ReplyDelete
  3. kena try wat gak cheese cake nie..tp cheese lum bli..

    ReplyDelete
  4. Mawarmerimba:mmg berbaloi buat ni..lg pn berkat air tangan isteri,suami melekat kt umh..
    Mal:nnt blk semenanjung kita buat sama2
    Izaloma:cpt g beli..

    ReplyDelete