Assalam...ptg ni dok dpn umh tgk pokok betik..dah ada yg masak..tetiba teringat lak duku ummi pernah buat sos guna betik..dh tanya ummi,ni lh resepi nya..
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji betik masak ranum, kisar halus
10 biji cili merah
10 biji cili padi merah, jenis siam (optional)
1 mangkuk air
1 1/2 cwn gula pasir
garam secukup rasa)
6 ulas bawang putih
1 cwn cuka makan,1/3 camca besar tepung ubi*
1 camca besar air*(*disatukan dan kacau rata )
CARA MEMBUATNYA :-)
Kisar halus cili merah, bawang putih dan cili padi dengan 100 ml air, tuang dalam periuk bersama betik kisar, gula pasir dan garam. Kacau dan masak hingga mendidih, perlahankan api dan masak hingga pekat sambil dikacau selalu.
Masukkan cuka makan , kacau dan tuang bancuhan tepung ubi. Masak sekejap hingga sos kelihatan pekat dan berkilat. Matikan api. Biarkan sejuk sebelum disimpan dalan botol yang bersih dan kering.
Untuk tahan lama jika tidak masukkan bahan awet ,simpan sos dalam peti sejuk.
No comments:
Post a Comment