Monday, August 1, 2011

Air kathira JB

susu sejat penuh krim
air “ice-cream soda”
buah semangkuk
getah anggur (katira)
biji selasih
Buah kabung
air masak
ais
gula batu
daun pandan
vanilla essence
Cara membuatnya

Rebus 1 liter air hingga mendidih dan matikan api. Masukkan 5 biji buah semangkuk, 200 gram katira, biji selasih, buah kabung, 200 gram gula batu dan 1 helai daun pandan. Kacau dan biarkan sehingga buah semangkuk kembang. Asingkan biji buah semangkuk. Biarkan sejuk.

Masukkan 2 tin susu sejat ke dalam bekas minuman/jag. Bancuhkan 1 liter air ice-cream soda dengan mengacau secara perlahan-lahan supaya tidak berlaku pemendakan (susu mejadi berketul). Tambahkan sedikit air gula jika ingin lebih manis. Masukkan secubit garam, sesudu vanilla essence dan campuran buah semangkuk tadi.

Masukkan ais dan hidangkan ketika sejuk.

*Nisbah buang semangkuk, susu sejat dan air ice-cream soda boleh diubah secukup rasa.
*Sentiasa tuang air ice-cream soda ke dalam susu dan bukan sebaliknya.

Sunday, July 31, 2011

ICY MANGO

ICY MANGO

Salam ramadhan buat semua..sebagai ibu kita x lari dr memikir nk masak apa utk juadah berbuka kan?pg2 ni cheFa dh mula pening memikir..hm...memandangkan dlm esbox ada mangga sebijik lh,blhblh buat ICY MANGO..

Bahan2:

1/2 mangkuk aiskrim vanilla
1 biji mango(dipotong dadu)
1/2 mangkuk nata de coco
Sedikit buah2an koktail
Sirap gula secukupnya

Kiub ais(klu nak)-cheFa x letak coz xberapa tahan-jap lg sure sakit tekak..

Cara:
1. Masukkan sumua bahan (kecuali aiskrim) dlm mangkuk besar gaul rata
2. Sendukkan dlm mangkuk kecil2.bila nk berbuka puasa baru skop kan aiskrim..

Sure hilang dahaga..terasa segar je msa berbuka...

Monday, July 18, 2011

YOYO BALL



1 cawan corn flakes
1 cawan coco pop
1 cawan honeystar
10 keping coklat waffer
300gm peanut butter
250 mg cooking coklat
coloured coklat rice

1. hancurkan sume cereals n waffer dlm mangkuk besar
2.masukkan sume peanut butter gaul smp blh kepal2 kan
3. masak cooking coklat (double boiled) masukkan dlm mangkuk kecik
4. celup yoyo ball td n letakkan dlm mangkuk kertas.
5. celupkan dlm coloured coklat rice@sprinkle jer ats coklat tu..

siap dlm 45 min tanpa proses masak yg remeh2..

Saturday, July 16, 2011

Yam layer cheese cake


250 gm tepung optima
190 gm telur
80 ml air
1 sudu teh ovelet
1 sudu teh esen vanila
Pewarna purple
70 gm minyak masak

(B)
1 buku cheese philadelphia
                                           1/4 tin susu pekat
                                                      3 sudu teh pes keladi
                                                      Kelapa kering secukupnya utk hiasan

Cara2:
1. Masukkan telur n air dlm mixer..pukul sekejap dgn kelajuan tinggi
2. Bila dh kembang masukkan tepung sedikit2
3. Masukkan ovelet & pukul lg
4. Madukkan minyak smbil pukul smp gebu..
6. Masukkan pewarna purple
7. Masukkan dlm loyang..masak dlm oven dgn suhu 180c selama 40min(cucuk kt tgh,klu dh ok blh kuarkan walaupun lum smp masa)
SEJUKKAN
*******
1. Masukkan cheese,susu pekat & pes keladi dlm mixer..pukul smp cheese x berketul..
SEDIA UTK DIHIAS MENGIKUT KERATIVITI
2. Bahagikan kek pada 2@3 bahagian
3. Sapukan cheese
4. Lapiskan kek dan ulang proses 3.
5. Tabur kan kelapa kering dikeliling kek..

Thursday, July 14, 2011

ASAM PEDAS KEDAH


Salam buat semua...Ari ni cheFa wat asam pedas favourite si Abg Ngah...dia klu buat asam pedas ni,hmmmmm x yah lauk2 lain, kuah n nasi jer..tu pun bleh habis 2,3 pinggan...
Bahan2 nye pn mudah jer...jom tgk..

Bahan2:

1/2 kg ikan kembung(siang bersih)
8-10 biji cili kering *
2 labu bawang besar *
sedikit biji sawi(agak2 1 sudu kecil) * kisar lumat
sebatang serai di titik
secekak daun kesom
5-6 keping asam keping yg hitam tu
garam + gula secukupnya
serbuk perasa

Cara2:
1. Rebus bahan yg telah dikisar dlm periuk
2. masukkan serai dan asam keping...Rebus smp mendidih
3. Masukkan daun kesom dan ikan
4. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa...

Siap utk dihidangkan...

Psssttttt: Ummi cheFa kata makan asam keping tu ubat berkesan untuk awet muda...patut cuba tau!

Tuesday, July 12, 2011

Crispy pizza sempoi...



6kpg roti gardenia(roll smp betul2 nipis)
1/2 peket daging kisar
3 keping ayam slice(cheFa guna brand ayaMas)
2ulas bwg putih
1/2ulas bwg kuning
2-3sudu sos cili
2sudu sos tomato
1pokok daun ketumbar
Garam secukupnya

Mozarella cheese
Cheddar cheese(di gunting panjang2)

Cara2:
(A)
1.Tumis bawang2.
2.masukkan daging.goreng smp kering air.
3.masukkan kepingan ayam yg dipotong dadu.
4.masukkan sume sos.
5.masukkan daun ketumbar.

(B)
1.taburkan mozarella cheese atas roti
2.letakkan daging yg telah dimasak td
3.taburkan lg cheese cheddar n mozarella cheese

(C)
1.panaskan kuali leper dgn api perlahan
2.letakkan roti n tutup kuali dgn tudung periuk smp cheese cair..
3.hidang panas2..

*pisssst:nk panggang dgn oven pn blh..

Friday, July 1, 2011

ayam masak puteri maharani



salam petang jumaat...ari ni cheFa buka esbox tgk ada ayam lg..ni kira last kopekzz lh..saje je cipta resepi baru guna hazel nuts..sedap..taste nye ada lemak2 hazel,wangi daun pandan yg semerbak n pedas lada hitam+ketumbar..jom tgk bahan2 n cara masak nye..

bahan2:
1/2 ekor ayam goreng lemau2
3 sudu besar lada hitam*
1 biji bawang putih*
3 biji bawang merah*
sedikit ketumbar*
sedikit kunyit hidup*
sedikit halia* tumbuk halus
2 helai daun pandan
hazel nuts 20 biji-sangar n tumbuk halus
1/2 kotak santan(klu nak kurangkan pn blh)
sedikit minyak utk menumis
garam, gula n perasa secukupnya

cara2:
1. tumis bahan2 yang di tumbuk halus (hazel nut masukkan kemudian)
2. masukkan ayam n daun pandan yg di pintal
3.masak sekejap baru masukkan hazel nut yg dh di tumbuk
4. masukkan santan n kacau biarkan sampai mendidih
5. tambahkan garam, gula n perasa secukupnya

pssttt: baunye....haaaaaa...mengancam!!