Friday, November 25, 2011

K-PoP kek



assalam...ari ni cam bz je pepagi..menyelesaikan urusan anak2 yg x habis2... plan nak wat pop kek ni dh seminggu bertangguh...jd hari ni mmg dh bertekad MESTI BUAT...jd time dah tenang2 pas solat zuhur td cheFa pn dgn riang hati memulakan proses wat pop kek ni...tp assual 1/2 of the kek mmg habuan ank2..diaorang dah suka kan....biarlah...jadi at the end of proses dpt 25 biji jer...agak2 blh dpt lebih tp memasing dh join..hehehehe
masa nak celup dlm coklat cair pn diaorg dh amek..hai...ank...ank...
jom tgk bahan2 mudah pop kek ni....

bahan2 :
1 buku kek (cheFa guna marble kek)
1 cawan peanut butter (ada sesetengah org guna coklat paste)
1 bar coklat masak (dark coklat)
1/2 bar coklat (perasa strwaberri)-sekadar taambahan sekiranya nak lh
1 sudu penuh shortening/lemak sayuran
batang lolipop secukupnya
piping bag
sedikit rainbow strand(ala...coklatrice color2 tu  )

cara2 :

1. hancurkan kek dalam mangkok besar. blh guna manual (tangan) atau kisar sekejap dlm blander.
2. campurkan peanut butter dan gaul sampai serbuk kek tadi boleh dibulat2. ukuran bulat tu adalah sebesar duit 50sen atau bulat sebesar jari kita bila kita buat sign OK
3. simpan bebola kek tadi dalam peti ais selama 1/2 jam
4. sambil2 tu bleh lah panaskan cdark oklat sampai cair. masukkan dalam mangkok dan campurkan shortening dalam tu.gaulkan sampai shortening tu betul2 sebati dan nampak sedikit pekat..
5. celup batang lolipop dalam coklat dan cucukkan ke dalam bebola kek hingga habis. tujuannya supaya batang tu melekat dengan baik kt dalam bebola kek.
6. celup bebola kek dalam coklat (klu xdpt celup sepenuhnya blh guna sudu dan tunagkan pada bebola kek.
7. ketuk2 kan pada hujung sudu tujuannya supaya lebihan coklat x akan meleleh pada batang lolipop.
8. selesai proses bolehlah di simpan dalam peti ais utk seketika sampai coklat membeku.
9. kluarkan dan boleh lh hiasan dengan membuat corak2 menggunakan coklat strawberri cair yg diletakkan dalam piping bag.

tips : klu nak taburkan coklatrice tu blh tabur selepas celup bebola kek dlm dark coklat.

Monday, November 21, 2011

Nugget ayam PotatoChips

assalam...td sesaja bkk you tube..tgk cara wat nugget ayam..rupanya serbuk roti tu dia guma potato chips..hmmm penemuan baru bg cheFa..esok cuti HARI KEPUTERAAN SULTAN JOHOR..(happy birthday my lovely SULTAN..)blh la cheFa try wat resepi ni...

bhn2nye :

1kg fillet ayam di potong 3
2biji telur ayam diperasakan bersama :
                          sedikit garam
                          lada hitam yg ditumbuk kasar
                          serbuk perasa
tepung jagung yg secukupnye (tuang dlm pinggan leper supaya senang nak gaul isi ayam)
1/2 peket potato chips perasa kekemaran masing2)-masukkan  dalam plastik dan hancurkan guna roller atau apa2 yang sewaktu dengannye...  :)

cara2ny2:

1. bersihkan isi ayam
2. gaul dalam tepung
3. celup dalam telur
4. gaul dalam serbuk potato chips
5. deep fry hingga kekuningan
6. toskan minyak dan hidangkan...

sure anak2 suka...

Saturday, November 19, 2011

Pepes Ayam Setia

Assalam...cuti dh bermula..maklum2 je lah..yg ada kt rumah mmg semua yg aktif n lasak...cukup masa je mesti dengar "ummi masak ape? Dh lapar ni..." so b4 tido cheFa dh plan nak masak apa..(bkn senang nk jadi seorang ibu tau...
Hari ni cheFa buat nasi-tak-lemak,sambal tumis ikan bilis, sayur kukus n pepes ayam.. So cheFa nk kongsi resepi pepes ayam ni yg cheFa namakan PEPES AYAM SETIA. Sbb ank2 setia menanti tepi dapur nk tunggu pepes ni siap dimasak...



2 kg fillet ayam dibersihkan dan ditos airnye
4 biji lada hijau dipotong serong
1/2 cwn daun selasih
5 biji buah keras * disangar
2cm kunyit hidup * disangar
2cm halia * disangar
2cm lengkuas * disangar
1 btg serai *
7 biji bawang putih *
7 biji bawang kecil *
6 btg lada merah *
5 btg lada padi *
1'' belacan bakar
garam dan gula melaka secukupnye
 daun pisang utk membalut

Cara2:

1. kisar bahan2 bertanda * kemudian ditumis hingga wangi.
2. masukkan isi ayam, lada hijau , daun selasih , garam dan gula melaka
3. masak sebentar dan cukupkan rasanya.
4. sudukan bahan yg dimasak tadi kedlm daun pisang..bungkus saperti lepat atau otak2(cucuk hujung daun dgn lidi) dan bakar sebentar.
angkat dan boleh lah dihidangkan.

Bingka Roti Berlauk

Assalam...ari tu msa kitorang buat jamuan akhir tahun kt sklah..my ank dara (murid paaaling cheFa syg)cik layla bwk bingka ni..sedap sgt..so cheFa minta resepinya...(sdp nye pasal siap mintak2 lg..he3..x malu)...


Ni lah resepinya...cheFa prepare bahan2 b4 solat maghrib, pas isya' siap..mkn nye time breakfast td...


ahan Bingka:

1 buku kecil roti }10 -12 keping
800 ml santan @1/2 biji kelapa * sy guna susu UHT
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar butter} cairkan
3 biji telur
garam

Cara:

1- Roti dikoyakkan dan rendamkan dengan santan sehingga kembang.
2- Gaulkan semua bahan lain dengan roti yg telah direndam supaya sebati.
3- Masukkan dalam loyang 10 x 10 yg telah disapukan dgn minyak.
4-Bakar dalam oven 18 drjh C selama 30 minit.
5-Keluarkan loyang dan taburkan bahan berlauk dan bakar lagi selama 30 minit.
6- Bila telah masak taburkan bahan hiasan.
7- Potong dan dan hidangkan.

Bahan Lauk:

400 gm daging kisar - Sy guna daging ayam kisar
2 labu bawang besar }potong dadu
1 biji kentang } potong dadu kecil
1 batang carrot }potong dadu kecil
3 subu besar rempah kari
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
minyak
garam

Bahan Hiasan/hiriskan:

daun sup
daun bawang
cili merah
bawang goreng

Cara:

1- Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga layu dan wangi.
2- Masukkan daging kisar yg telah dicincang. Kacau rata.
3-Masukkan rempah kari dan kacau sehingga naik minyak.
4-Masukkan kentang, carrot, garam, sos cili & sos tomato. Kacau rata.
5-Masakkan sehingga kentang dan carrot lembut.
6-Bila telah masak masukkan dalam pinggan. (jangan ambil lebihan minyak)

Sunday, November 13, 2011

Tumpi2my ahpek...

Assalam dan salam 1 Mlaysia buat teman2...haiiii rezki masuk mencurah2 2 minggu ni...tempahan coklat n cup kek sentiasa ada...rezki kn...jgn tolak...td terfikir kn wat tumpi utk my laling ahpek...so cari lh kt google...dlm byk2 resepi,yg cheFa jumpa, yg ni lh nmpk kuantitinya sedikit..rasa2nya sesuai lh utk "saya budak baru belajar" cm cheFa..insyaALLAH cuti sklh ni blh lh cheFa try..harap2 menjadi...my laling ahpek mmg suka ni...

Bahan-bahan :
300 gm tepung beras
4 sudu makan ketumbar
2 sudu makan jintan manis
2 sudu makan jintan putih
6 biji buah keras
50 gm udang kering
4 ulas bawang putih
1 sentimeter kunyit hidup
2 biji telur (kecil)
550-600 ml santan cair (dari 1 biji kelapa)
garam dan serbuk perasa secukupnya
500-600 gm kacang tanah kecil (jemur beberapa jam sebelum digunakan)
ikan bilis kering secukupnya (buang perut dan kepalanya)
(Untuk tumpi: gunakan 300 gm kacan hijau yang direndam selama 8 jam kemudian
toskan airnya.

Cara:

1. Cuci ketumbar dan jintan kemudian toskan dan tumbuk atau kisar bersama buah keras, udang kering, bawang putih dan kunyit hidup. Jika dikisar, tambahkan 200 ml air.

2. Satukan tepung beras, bahan kisar, telur, santan, garam dan serbuk perasa.

3. Untuk menggoreng rempeyek atau tumpi, panaskan minyak dalam kuali kemudian bubuh sedikit adunan kedalam senduk bersama sedikit kacang tanah dan ikan bilis (utk rempeyek) atau kacang hijau dan ikan bilis (utk tumpi),

4. kemudian curahkan adunan di tepi kuali dan biarkan hingga masak.

Friday, November 4, 2011

Wantan Ayam

Agak lma cheFa x buat wantan ayam ni...sejuk2 ni sedap klu makan time ujan cm skrg ni...

Bahan2:

Kepingan kulit wantan secukupnya
5 keping fillet ayam-blend
1 labu bawang besar-dadukan
1ulas bawang putih }cincang halus
sedikit halia }
1 sudu teh lada hitam ditumbuk kasar
Garam n gula secukupnya

Cara2 :

1. Gaul semua bahan di dalam mangkuk..
2. Sudukan inti ayam ke atas kulit wantan.
3. Basahkan keliling kulit wantan dan cantumkan hujungnya..buat sampai habis inti ayam.
4. Goreng secara deep fry.

Bolah dicicah bersama sos cili atau sos thai....Sedap.... 

Rendang minangkabau

Assalam...salam jumaat buat semua..sejukkkknye kt JB..hujan rahmat almost everyday...lusa dh nk raya haji..dok terfikir nk masak apa nih..teringat plk ada fren mentioned rendang minangkabau..so tny makcik cheFa..so ini lh dia resepi nya..klu lh cheFa ni mmg sama dgn makcik cheFa punya..mmg grenti sedap...


Bahan-bahan:
1 kg daging lembu batang pinang - dipotong kiub sebesar 3 jari

*10 sudu cili kisar - ikut kepedasan masing2
*15 biji cili padi - ikut kepedasan masing2
*2 ketul lengkuas
*1 ketul kunyit hidup
*2 batang serai
*10 ulas bawang putih
*15 biji bawang merah
250gm santan kelapa
4 sudu makan kerisik

cara:
1. kisarkan bahan berbintang hingga hancur
2. panaskan minyak dan tumiskan semua bahan yg dikisar hingga naik bau
setelah garing
3. masukkan daging dan santan kelapa. 4. Renehkan hingga kering dan pekat (klu daging empuk tambahkan air)
5. masukkan kerisik dan garam. 
Sedia untuk dimakan...