Friday, July 20, 2012

Ahlan wa sahlan ya ramadhan

MALAM KEUTAMAAN PERTAMA SEORANG MUKMIN AKAN DIKELUARKAN DARI DOSANYA SEPERTI IA DILAHIRKAN DARI PERUT IBUNYA KEDUA DIAMPUNKAN BAGINYA DAN BAGI KEDUA IBU BAPAKNYA JIKA KEDUNYA ITU BERIMAN KETIGA BERSERULAH SEORANG MALAIKAT DARI BAWAH ; ARASY:MULAILAH OLEHMU DENGAN BERAMAL, ALLAH SWT TELAH MENGAMPUNKAN APA-APA YANG TERDAHULU DARIPADA DOSAMU KEEMPAT BAGINYA DARIPADA PAHALA SEPERTI MEMBACA TAURAT, INJIL, DAN FURQAAN. KELIMA ALLAH BERIKAN KEPADANYA SEPERTI PAHALA ORANG YANG BERSEMBAHYANG DI MASJIDIL HARAM, MASJID MADINAH, DAN MASJIDIL AQSHA. KEENAM ALLAH BERIKAN KEPADANYA PAHALA ORANG YANG THAWAF PADA ALBAITUL MAMUR DAN MEMOHONKAN AMPUNNAN BAGINYA OLEH SEGALA BATU DAN LUMPUR. KETUJUH MAKA SEOLAH-OLAH DIA MENGALAMI ZAMAN NABI MUSA AS DAN MENOLONGNYA DALAM MELAWAN FIRAUN DAN HAAMAAN. KEDELAPAN ALLAH BERIKAN KEPADANYA AKAN APA-APA YANG DIBERIKAN KEPADA NABIYALLAH IBRAHIM AS. KESEMBILAN MAKA SEOLAH-OLAH IA MENYEMBAH ALLAH SWT SEPERTI IBADATNYA NABI SAW. KESEPULUH ALLAH BERIKAN REZEKI KEPADANYA AKAN KEBAIKAN DUNIA DAN AKHIRAT. KESEBELAS KELUAR IA DARI DUNIA SEPERTI HARI LAHIR IA DILAHIRKAN OLEH IBUNYA. KEDUABELAS DATANG IA PADA HARI KIAMAT PADA WAJAH LAKSANA BULAN DI MALAM EMPAT BELAS. KETIGA BELAS DATANG IA DI HARI KIAMAT DENGAN KEADAAN AMAN DARIPADA TIAP KEJAHATAN. KEEMPATBELAS DATANGLAH PARA MALAIKAT MENYAKSIKAN BAHWA DIA TELAH MELAKUKAN SALAT TARAWIH. KELIMABELAS   PARA MALAIKAT DAN PARA PEMIKUL-PEMIKUL ARASY DAN KURSI MEMINTAKAN AMPUN UNTUKNYA.   KEENAM BELAS DITULISKAN ALLAH BAGINYA KEBEBASAN SELAMAT DARI NERAKA DAN KEBEBASAN UNTUK MASUK KE DALAM SURGA. KETUJUH BELAS DIBERIKAN KEPADANYA SEPERTI PAHALA NABI-NABI. KEDELAPANBELAS BERSERULAH SEORANG MALAIKAT:WAHAI HAMBA ALLAH,SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH RIDHO KEPADAMU DAN KEDUA IBU-BAPAKMU. KESEMBILANBELAS DIANGKATKAN ALLAH DERAJATNYA PADA SURGA FIRDAUS. KEDUAPULUH DIBERIKAN KEPADANYA PAHALA ORANG-ORANG YANG MATI SYAHID DAN ORANG-ORANG SALEH. KEDUAPULUH SATU ALLAH BUATKAN KEPADANYA SEBUAH RUMAH DARIPADA NUR DIDALAM SURGA. KEDUAPULUH DUA DATANG IA PADA HARI KIAMAT DALAM KEADAAN AMAN DALAM DUKA CITA. KEDUAPULUHTIGA ALLAH BUATKAN KEPADANYA SEBUAH KOTA DIDALAM SURGA   KEDUAPULUH EMPAT   ADA BAGINYA 24 MACAM DOA YANG MUSTAJAB.   KEDUAPULUH LIMA   ALLAH ANGKATKAN DARIPADA ADZAB KUBUR.   KEDUAPULUH ENAM   ALLAH SWT ANGKATKAN BAGINYA PAHALA 24 TAHUN/   KEDUAPULUH TUJUH IA AKAN DIMUDAHKAN MELALUI JEMBATAN SHIROTAL MUSTAQIM SECEPAT KILAT MENYAMBAR. KEDUAPULUH DELAPAN ALLAH ANGKATKAN BAGINYA SERIBU DERAJAT DIDALAM SURGA.   KEDUAPULUH SEMBILAN ALLAH BERIKAN PAHALA SERIBU HAJI YANG DITERIMA.   KETIGA PULUH ALLAH SWT BERFIRMAN:WAHAI HAMBAKU,MAKANLAH OLEHMU DARIPADA BUAH-BUAHAN SURGA DAN MANDILAH DARI AIR SALSABIL DAN MINUMLAH DARI AIR ALKAUTSAR.AKU TUHANMU DAN ENGKAU ADALAH HAMBAKU.

Sunday, March 25, 2012

assalam...

wahhh...rindu cheFa kt geang2cheFa ni..lama betul x bukak blog..apatah lg nak update blog..sesgt bz..skrg ni dh tambah kerjaya baru..I'M A STUDENT NOW"..huhuhuhuhu
walaupan kelas once a month bz byk benda nak buat..kerja2 kt sklah n menguruskan dua rumah skrg ni..plus dh mula wat asignments...(hopefully cheFa blh handle sume kerja2 ni)
td pg dh attand 1st class.enjoy..cam x percaya rupa2nya belajar bahasa arab tu senang (actually senang sbb cara lecturer deliver tu betul2 enjy n mudah faham)
sesibuk mana pun hari ni cheFa smpt masak untuk family...td sempat balik umh masa break..so benda paling mudah is to cook sosej masak kicap..senang maaaaa...

jom tgk apa bahan2nya..

bahan2:
1 paket sosej black pepper (potong ikut kegemaran masing2))
1 labu bawang besar (potong bulat)
2 ulas bawang putih (di ketuk)
1 mangkuk sos cili + sos tomato + kicap masi, lemak
1 mangkuk kecil karot + brokoli
daun bawang n daun sup
minyak secukupnya

cara2:
1 panaskan mnyak masak
2 masukkan sosej gorang hingga sedikit garing
3 jangan angkat sosej tapi terus masukkan semua jenis bawang
4 bila bawang dah layu masukkan sayaut2 pastu sume sos+kicap
5 dila dh cukup rasa masukkan daun sup n daun bawang....

hmmmm..simple kan..

*gambarnye nanti yer...

Saturday, February 25, 2012

Ayam 1 Malaysia

Assalam buat kengkawan yang rajin menjengah Gebang2cheFa...Hari ni sempat masak dgn tenang...dh lama x masak2 cm ni..ntah lh,ras cm masuk 2012 ni cheFa ni tersangat lh sibuk nya..sentiasa berkejar ke sana sini...

Bahan2:
1kg kepak ayam (basuh bersih & toskan)
1mangkok kecil sos thai
1mangkok sos lada hitam
1sudu yoguart plain)
3sudu lemon jus
1mangkok kecil madu
2pelepah daun kari
1mangkok bijan yg tlh disangar
Garam secukupnya

Cara2:
1. Gaul semua bahan..perap selama 1 jam..
2. Goreng dlm minyak yg sederhana panas..
3. Sebelum angkat dari minyak masukkan daun kari, bila dah garing cepat2 angkat dan toskan..
4. Tabur bijan dan hidangkan...

Thursday, January 26, 2012

Coklat Milonut

Assalam...alhamdulillah..kesihatan cheFa rasanya dh 100% mantop..so dh mula ada mood nak masak2..huhuhu..
So cheFa pn try lh coklat milonut ni..senang bha...

Bahan A:

100g gajus (dipanggang 10min, disejukkan dan dicincang kasar)
60g milo
40g susu tepung
80g gula icing 

Bahan B;

250g cooking choclate
150g crisco putih

Sediakan acuan dan cup kertas secukupnya

Cara2:
1. Gunakan cara double boil
-masak coklat & crisco putih hingga cair..
2. Masukkan bahan A dan gaul rata..
3. Sendukkan coklat kedalam acuan..
4. Keraskan, keluarkan dari acuan dan letakkan cup kertas..

Resepi ni cheFa pinjam dari rakan group masak2 JALINAN RASA..tq Ayu...mmg lain rasanya..yummy..

Monday, January 23, 2012

Kebab daging/ayam Sutera

Assalam...hmmmm lama betul cheFa x update gebang2cheFa ni...terrrrr sangat2 lh bz nye dgn kerja sekolah dan persiapan nk ke rumah baru..huhu..moga rumah baru ni penuh keberkatan..amin...

Anak2 nak sgt mkn kebab..jd layan je lh keinginan ank2...

200 g daging kisar/ayam
1 btg karot (dihiris halus)
1/3 timun racik halus( buang bijinya)
3 biji telur (goreng & cincang) 
2 bji bawang besar (potong dadu)
4 ulas bawang putih (potong dadu) 
1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk halus) 
5 kpg roti pitta 
Mayonis, sos cili dan tomato (banyak mana ikut citarasa masing2)
garam secukup rasa

Cara-cara

1. tumis bawang besar, bawang putih hingga naik bau.. 
2. kemudian masukkan daging.. goreng hingga daging masak..
3.  masukkan lada hitam, telur cincang,  timun dan lobak.. kacau rata..
4. apabila sudah rata, masukkan pula sos cili, tomato garam dan sesuaikan rasa..
4. belah 2 roti pitta dan masukkan mayonis ,  inti daging kedalamnyer..

Thursday, January 5, 2012

KEK DURIAN

Assalam buat rakan2..minggu ni ank2 ni asyik nak makan durian..lagi2 si kecil tu..memang minat sangat makan durian..agaknya masih belum banyak di pasaran jadi harganya memang agak "unreasonable".. rm15/kg..mak aiiii..kalau lah kg cheFa tu sebelah jb je agak2 setakat kt pontian jer..tentu durian kt BBU ni dh x laku..hehehe..
biasa lah kan..anak2 ni time xde meminta2.dah ada x nak pulak makan..so dari membazir 1kg 15hengget so cheFa pn buatkan kek durian...
nilah keknya...(tapi agak hitam manis sbb oven cheFa dh penat kot, suhunya dah x rata...hmmm sabo jelah...)

bahan2:
2 cawan tepung gandum*
1/2 sudu bikabonat*
1sudu baking powder*  (*ayak bersama)
* cheFa guna mug brand tupperware

1/2 peket yis kering(yg 11gm tu tau)*
1/2 air panas*  (bancuh)

1 cawan minyak jagung/masak*
3/4 cawan gula pasir*
10 ulas isi durian ikt saiz..yg cheFa guna ni isinya montel2*   (*blend)
3 biji telur saiz B

cara2:

1.  tuang bahan yang di blend dlm mangkuk.
2.  masukkan yis yg telah dibancuh.
3.  masukkan tepung sikit2 sampai habis kaup-balikkan jer..jgn gaul kuat sangat.
4.  tuang dlm loyang yang teleh dilengser dengan butter.
5.  bakat pada suhu 180c selama 45minit atau hingga klalau di cucuk dengan lidi kt tengah tu x de melekat..

saLam Tahun Baru 2012

ASSALAM..rasanya belum terlambat untuk cheFa ucapkan selamat tahun baru buat rakan2 semua..mula tahun baru ni memang sibuk sgt..
cheFa nk share 1 pengalaman awal persekolahan 2012 ni dgn rakan2..kelakar n pelik pun ye jugak..1st day sekolah ada anak murid nangis sebab takut dengan cheFa..hahahahahaha...muka cm ni pun ada orang takut??siap nangis lagi..kalau tahun 1 , 2  mungkin x kisah lah..mungkin jugak kan..ni dah tahun 4..pelik nye...cheFa pn tengok muka kt cermin "aku garang?"...hmmmm...kt mana garangnya? suara cheFa ke? kalau suara logik jugak..(suara cheFa memang power-powerful gitu...hahahahahahahaha)