Saturday, July 16, 2011

Yam layer cheese cake


250 gm tepung optima
190 gm telur
80 ml air
1 sudu teh ovelet
1 sudu teh esen vanila
Pewarna purple
70 gm minyak masak

(B)
1 buku cheese philadelphia
                                           1/4 tin susu pekat
                                                      3 sudu teh pes keladi
                                                      Kelapa kering secukupnya utk hiasan

Cara2:
1. Masukkan telur n air dlm mixer..pukul sekejap dgn kelajuan tinggi
2. Bila dh kembang masukkan tepung sedikit2
3. Masukkan ovelet & pukul lg
4. Madukkan minyak smbil pukul smp gebu..
6. Masukkan pewarna purple
7. Masukkan dlm loyang..masak dlm oven dgn suhu 180c selama 40min(cucuk kt tgh,klu dh ok blh kuarkan walaupun lum smp masa)
SEJUKKAN
*******
1. Masukkan cheese,susu pekat & pes keladi dlm mixer..pukul smp cheese x berketul..
SEDIA UTK DIHIAS MENGIKUT KERATIVITI
2. Bahagikan kek pada 2@3 bahagian
3. Sapukan cheese
4. Lapiskan kek dan ulang proses 3.
5. Tabur kan kelapa kering dikeliling kek..

Thursday, July 14, 2011

ASAM PEDAS KEDAH


Salam buat semua...Ari ni cheFa wat asam pedas favourite si Abg Ngah...dia klu buat asam pedas ni,hmmmmm x yah lauk2 lain, kuah n nasi jer..tu pun bleh habis 2,3 pinggan...
Bahan2 nye pn mudah jer...jom tgk..

Bahan2:

1/2 kg ikan kembung(siang bersih)
8-10 biji cili kering *
2 labu bawang besar *
sedikit biji sawi(agak2 1 sudu kecil) * kisar lumat
sebatang serai di titik
secekak daun kesom
5-6 keping asam keping yg hitam tu
garam + gula secukupnya
serbuk perasa

Cara2:
1. Rebus bahan yg telah dikisar dlm periuk
2. masukkan serai dan asam keping...Rebus smp mendidih
3. Masukkan daun kesom dan ikan
4. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa...

Siap utk dihidangkan...

Psssttttt: Ummi cheFa kata makan asam keping tu ubat berkesan untuk awet muda...patut cuba tau!

Tuesday, July 12, 2011

Crispy pizza sempoi...



6kpg roti gardenia(roll smp betul2 nipis)
1/2 peket daging kisar
3 keping ayam slice(cheFa guna brand ayaMas)
2ulas bwg putih
1/2ulas bwg kuning
2-3sudu sos cili
2sudu sos tomato
1pokok daun ketumbar
Garam secukupnya

Mozarella cheese
Cheddar cheese(di gunting panjang2)

Cara2:
(A)
1.Tumis bawang2.
2.masukkan daging.goreng smp kering air.
3.masukkan kepingan ayam yg dipotong dadu.
4.masukkan sume sos.
5.masukkan daun ketumbar.

(B)
1.taburkan mozarella cheese atas roti
2.letakkan daging yg telah dimasak td
3.taburkan lg cheese cheddar n mozarella cheese

(C)
1.panaskan kuali leper dgn api perlahan
2.letakkan roti n tutup kuali dgn tudung periuk smp cheese cair..
3.hidang panas2..

*pisssst:nk panggang dgn oven pn blh..

Friday, July 1, 2011

ayam masak puteri maharani



salam petang jumaat...ari ni cheFa buka esbox tgk ada ayam lg..ni kira last kopekzz lh..saje je cipta resepi baru guna hazel nuts..sedap..taste nye ada lemak2 hazel,wangi daun pandan yg semerbak n pedas lada hitam+ketumbar..jom tgk bahan2 n cara masak nye..

bahan2:
1/2 ekor ayam goreng lemau2
3 sudu besar lada hitam*
1 biji bawang putih*
3 biji bawang merah*
sedikit ketumbar*
sedikit kunyit hidup*
sedikit halia* tumbuk halus
2 helai daun pandan
hazel nuts 20 biji-sangar n tumbuk halus
1/2 kotak santan(klu nak kurangkan pn blh)
sedikit minyak utk menumis
garam, gula n perasa secukupnya

cara2:
1. tumis bahan2 yang di tumbuk halus (hazel nut masukkan kemudian)
2. masukkan ayam n daun pandan yg di pintal
3.masak sekejap baru masukkan hazel nut yg dh di tumbuk
4. masukkan santan n kacau biarkan sampai mendidih
5. tambahkan garam, gula n perasa secukupnya

pssttt: baunye....haaaaaa...mengancam!!

Saturday, June 25, 2011

Pepes Ayam Setia....

1/2 kg fillet ayam dibersihkan dan ditos airnye
4 biji lada hijau dipotong serong
1/2 cwn daun selasih
5 biji buah keras * disangar
2cm kunyit hidup * disangar
2cm halia * disangar
2cm lengkuas * disangar
1 btg serai *
7 biji bawang putih *
7 biji bawang kecil *
6 btg lada merah *
5 btg lada padi *
1'' belacan bakar
garam dan gula melaka secukupnye
 daun pisang utk membalut

Cara2:

1. kisar bahan2 bertanda * kemudian ditumis hingga wangi.
2. masukkan isi ayam, lada hijau , daun selasih , garam dan gula melaka
3. masak sebentar dan cukupkan rasanya.
4. sudukan bahan yg dimasak tadi kedlm daun pisang..bungkus saperti lepat atau otak2(cucuk hujung daun dgn lidi) dan bakar sebentar.
angkat dan boleh lah dihidangkan.

*psssttt:aroma daun pisang membuatkan Q pnjg kt dapur..x sempat makan dgn nasi..

Saturday, June 18, 2011

Mee Racun

Naik cuti sekolah baru2 ni kitorang dok sembang2 kt kantin..ada kwn dr BP cerita kt sana ada mee yg rasanya menyentap kalbu coz sedap n pedas..nama nye pun ala2 seram gitu..tapi bukan lh racun betul..maybe rasa nye pedas n high kalori kot..anyway mmg sdp.. 

Bahan2:
600 g mee kuning(speggheti)
1/2 kg tulang kambing(cheFa guna tulang rusuk lembu)
1/2 inci halia ditumbuk
beberapa ekor udang, boleh tambah ayam / sotong
3-4 biji bawang merah dikisar
2-3 ulas bawang putih dikisar
4 sudu besar cili boh
5 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili
1 kiub ayam
1 sudu besar gula
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
2 kelopak kobis ( nak letak sawi pun boleh coz dlm esbox ada sawi je)
2 tomato (dibelah 6)

Cara2:

1.Rebus tulang kambing dengan halia hingga empuk.
2.Dalam kuali, tumis bahan kisar hingga kekuningan n naik bau.
3.Masukkan lada boh, tumis hingga garing.
4.Masukkan air rebusan tulang kambing, masukkan sos tomato n sos cili biar mendidih
5.Masukkan udang, tulang kambing, gula, garam secukup rasa, kiub ayam n serbuk lada sulah.
6. Masak hingga kuah agak pekat masukkan kobis(sawi) n tomato.
7. Celur kan mee/speggheti
8.nak mkn bru tuang kuah.
9.Taburkan daun bawang n bawang goreng..

Pssstttt: cik abang cheFa elergi mee kuning, so cheFa tukar pada speggheti..walaupun rasa x menyentap tp ok lah..

Friday, June 17, 2011

Kek puding koktel

BAHAN-BAHAN:
1 gulung kek gulung
1 tin koktel buah²an

BAHAN KASTARD:
250 gm tepung kastard
300gm to 500gm gula (ikut suka)
1000 ml air
250 ml susu cair
Sedikit garam

BAHAN PUDING:
1 peket agar² serbuk = 8 gm
500 ml air
Sedikit garam
2-3 sudu makan gula (ikut suka)

CARA-CARA:
1. Potong kek dan susun dalam bekas kaca atau bekas plastik kecil2.
2. Tuang sedikit air sirap koktel buah²an keatas kek agar hasilnya lebih cantek dan ketepikan.
3. Dalam bekas lain, masukkan tepung kastard, gula dan susu cair.. Kacau hingga ianya tidak berketul.
4. Masukkan pula air dan sedikit garam. Kacau rata
5. Kemudian masak di atas api sederhana. Kacau selalu hingga hampir pekat.. (jangan pekat sangat nanti susah nak tuang (ratakan) di atas kek)
6. Tuang kastard di atas kek tadi.
7. Tabur buah² campuran tanpa sirap di atasnya dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 10 minit.. (jangan lama sangat sampai berjam² sbb nanti puding atas takmo melekat)
8. Sementara menunggu sejuk, masak agar² hingga hancur atau larut (bagi yg guna serbuk) dan kacau hingga mendidih.
9. Masukkan sedikit garam dan gula.
10. Masukkan perwarna merah (jika suka). Kacau rata dan tutup api.
11. Tuangkan adunan ini di atas puding kastard tadi.
12. Sejukkan semula di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Psssttt:sedap makan di bulan puasa..atau sebagai pencuci mulut utk Open House Hari Raya..