Assalam dan salam 1 Mlaysia buat teman2...haiiii rezki masuk mencurah2 2 minggu ni...tempahan coklat n cup kek sentiasa ada...rezki kn...jgn tolak...td terfikir kn wat tumpi utk my laling ahpek...so cari lh kt google...dlm byk2 resepi,yg cheFa jumpa, yg ni lh nmpk kuantitinya sedikit..rasa2nya sesuai lh utk "saya budak baru belajar" cm cheFa..insyaALLAH cuti sklh ni blh lh cheFa try..harap2 menjadi...my laling ahpek mmg suka ni...
Bahan-bahan :
300 gm tepung beras
4 sudu makan ketumbar
2 sudu makan jintan manis
2 sudu makan jintan putih
6 biji buah keras
50 gm udang kering
4 ulas bawang putih
1 sentimeter kunyit hidup
2 biji telur (kecil)
550-600 ml santan cair (dari 1 biji kelapa)
garam dan serbuk perasa secukupnya
500-600 gm kacang tanah kecil (jemur beberapa jam sebelum digunakan)
ikan bilis kering secukupnya (buang perut dan kepalanya)
(Untuk tumpi: gunakan 300 gm kacan hijau yang direndam selama 8 jam kemudian
toskan airnya.
Cara:
1. Cuci ketumbar dan jintan kemudian toskan dan tumbuk atau kisar bersama buah keras, udang kering, bawang putih dan kunyit hidup. Jika dikisar, tambahkan 200 ml air.
2. Satukan tepung beras, bahan kisar, telur, santan, garam dan serbuk perasa.
3. Untuk menggoreng rempeyek atau tumpi, panaskan minyak dalam kuali kemudian bubuh sedikit adunan kedalam senduk bersama sedikit kacang tanah dan ikan bilis (utk rempeyek) atau kacang hijau dan ikan bilis (utk tumpi),
4. kemudian curahkan adunan di tepi kuali dan biarkan hingga masak.
Sunday, November 13, 2011
Friday, November 4, 2011
Wantan Ayam
Agak lma cheFa x buat wantan ayam ni...sejuk2 ni sedap klu makan time ujan cm skrg ni...
Bahan2:
Kepingan kulit wantan secukupnya
5 keping fillet ayam-blend
1 labu bawang besar-dadukan
1ulas bawang putih }cincang halus
sedikit halia }
1 sudu teh lada hitam ditumbuk kasar
Garam n gula secukupnya
Cara2 :
1. Gaul semua bahan di dalam mangkuk..
2. Sudukan inti ayam ke atas kulit wantan.
3. Basahkan keliling kulit wantan dan cantumkan hujungnya..buat sampai habis inti ayam.
4. Goreng secara deep fry.
Bolah dicicah bersama sos cili atau sos thai....Sedap....

Rendang minangkabau
Assalam...salam jumaat buat semua..sejukkkknye kt JB..hujan rahmat almost everyday...lusa dh nk raya haji..dok terfikir nk masak apa nih..teringat plk ada fren mentioned rendang minangkabau..so tny makcik cheFa..so ini lh dia resepi nya..klu lh cheFa ni mmg sama dgn makcik cheFa punya..mmg grenti sedap...
Bahan-bahan:
1 kg daging lembu batang pinang - dipotong kiub sebesar 3 jari
*10 sudu cili kisar - ikut kepedasan masing2
*15 biji cili padi - ikut kepedasan masing2
*2 ketul lengkuas
*1 ketul kunyit hidup
*2 batang serai
*10 ulas bawang putih
*15 biji bawang merah
250gm santan kelapa
4 sudu makan kerisik
cara:
1. kisarkan bahan berbintang hingga hancur
2. panaskan minyak dan tumiskan semua bahan yg dikisar hingga naik bau
setelah garing
3. masukkan daging dan santan kelapa. 4. Renehkan hingga kering dan pekat (klu daging empuk tambahkan air)
5. masukkan kerisik dan garam.
Sedia untuk dimakan...

Friday, October 28, 2011
2seasonS flakes
assalam...hai..."ter"rajin lh pulak petang ni...cuaca cantik..hati pun riang...Aminul cakap.."iskh..iskh....wat tueh je.." hahahahahaha...ni lah tukang kepok kt umah ni...
ni rasanya paling senang kot...bahannya ada 3 benda jer...xde nak bakar2 kat oven pun..
bahan2 :
250 g kepingan coklat masakan (putih)
100 g kepingan coklat masakan (dark/milk)
2 cawan cornflakes
1 piping bag utk pancitkan coklat hiasan
cara2 :
1. masak coklat putih sampai betul2 cair
2. tuangkan dalam mangkuk dan masukkan cornflakes gaul rata
3. sudukan dalam tray sebesar duit 50sen
4. masak pula coklat (dark/milk) cheFa guna dark coklat
5. masukkan coklat dalam piping bag, potong hujung (sikit jer tau biar dapat lines yg halus dan cantik)
7. pancitkan atas flakes yang dah siap di atas tray
pssttt..: klu nak boleh gantikan hiasan atas tu dgn coklat kaler lain..ikut kreativiti masing2..

Thursday, October 27, 2011
Almond Chip
Salam jumaat buat semua... Ahad minggu depan dh nak raya haji...so cheFa dh buat "sedikit" persediaan..hehe.. Biskut almond chip (suji badam)!!!
Senang sgt...jom lh jengah2 resepi nye...
Bahan2:
150gm mentega
30gm minyak sapi
80gm gula kaster
1/2 tsp esen vanilla
50gm serbuk badam
60gm tepung suji
220gm tepung gandum
1/4 tsp serbuk penaik
Cara2:
1. Pukul mentega, minyak sapi, gula dan esen vanilla hingga berkrim.
2. Kemudian masukkan pula tepung suji, tepung gandum, serbuk penaik dan serbuk badam.
3. Uli lembut adunan dan terap dengan acuan bulat atau di sukai.
4. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 140c selama 30 minit atau sampai kekuningan.

Wednesday, October 26, 2011
NASI ULAM UTAGHA
assalam...dh ujan lg kt JB...sebenarnye nk bg tau yang cheFa ni dr malam td dok berbayang-bayang nasi ulam cm ummi cheFa buat...so ari ni dgn penuh semangat waja cheFa pn buat...tp biasalah kan..tinggal kt tgh2 bandar ni kt mana nak cari ulam-ulam kampung...jadi apa yang ada depan mata je lah...
bahan2:
1cawan beras - masak cm mansak nasi biasa(biar berderai)
2-3 sudu makan sambal blacan (sume kawan2 pandaikan wat sambal blacan)
segenggam kelapa parut (amil yg putih jer) goreng hingga kuning keemasan dan tumbuk msa masih panas2 (tp jangan sampat jadi kerisik yg nak wat kari @ rendang tu, cuma jadi halus dan berderai)
2 sudu makan lada hitam }
2 batang serai-mayang halus }
1/2 inci lengkuas } sume ni ditumbuk lumat2
1 inci halia }
untuk ulam-ulaman:
1/2 helai daun kunyit
5-10 tangkai daun kesom }
sedikit daun pegaga} guna kan daun kunyit tu untuk balut semua ulam2 tu dan potong halus2 *pisau mesti
*klau ada pucuk gajus } betul2 tajam bru hirisannya halus n cantik
1 kuntum bunga kantan }
1 labu bawang besar potong bulat } yang dua2 ni pun kena hiris halus2
cara2 :
1. sejukkan nasi dalam bekas (klu nasi masih panas, bla kita gaul, ulam akan lebam)
2. tuangkan sume bahan yang disediakan, gaul rata. tambahkan garam klu tak cukup masin.
pssttt.....boleh dimakan bersama ikan kering, telur asin dan asam pedas utara atau sayur keladi..
Tuesday, October 25, 2011
Sagon Nyioq
assalam...slmat deepavali buat rakan2 yg menyambutnya...dh 2 ari bercuti kt Melaka..hmmm betul2 ronda2 melaka sampai sakit kaki..tapi anak2 sangat enjoy..the best part g shopping kt gerai2 yg jual kraf tangan tu..dalam byk2 jenis makanan tradisional yg dijual, sagon jugak yg diaorang pilih...agaknya diaorang biasa mkn kt sekolah kot...
AMARAN: JANGAN BERCAKAP @ KETAWA MASA MAKAN SAGON NI...nnt menyembur klu x pun takut tersedak...
nilah bahan-bahanya :
AMARAN: JANGAN BERCAKAP @ KETAWA MASA MAKAN SAGON NI...nnt menyembur klu x pun takut tersedak...
nilah bahan-bahanya :
- 1 biji kelapa parut (cheFa gantikan dgn 2 cawan kelapa kering)
- 200 gm tepung beras
- 50 gm tepung pulut
- 80 gm gula halus
Cara-cara
- goreng kelapa parut / kelapa kering sehingga separuh kering atau sehingga wangi
- Kemudian masukkan tepung beras n tepung pulut.
- Goreng kesemuanya hingga garing n berderai
- Sejukkan dulu , baru digaul dgn gula halus
- Klu zaman kecik2 dulu tgk org bungkus dlm plastik aiskrim...yang kt melaka ni dia guna A4 paper dia war calong dan bungkus...siap ada jalur kalerfull lg..
pssssttttt : ikut lah kreativiti masing2 cmne nak balut...janji sedap....
Subscribe to:
Posts (Atom)